Apa Khabar? Sihat?
Ok, setelah sekian lama tak updated entry untuk mykarya so for today huda nak share dengan korang semua. p/s : Tajuk untuk cerita kali ini datang dari seorang teman dan yang mengarangnya huda. ^_^
Selamat membaca...
Aku adalah wanita biasa yang memerlukan cinta dari seorang lelaki. Ya aku memang seorang wanita yang agak kasar tetapi hati wanitaku sangat lembut dan mudah terasa. Dalam erti kata lain, aku sama dengan wanita yang lain, seorang wanita yang lemah - lembut, mudah terasa dan juga memerlukan seseorang yang dapat membimbingku ke jalan Allah.
Hanya doa yang mampu aku pohon supaya satu hari nanti ada seorang lelaki yang hadir untukku dan boleh membimbingku ke jalan Mu. Alhamdulillah, tahun demi tahun aku menanti,datang seorang wanita yang amat aku kenali menghampiriku dan menyatakan hasrat seorang jejaka terhadap aku. Aku diam, bak kata orang diam tu tandanya setuju, ye tak?
Dua minggu berlalu, datang seorang lelaki menghampiriku lalu menyapa aku. Aku menjawab salamnya. Si jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Hykal dan aku pula memperkenalkan diriku sebagai Aya. Dari situ kami mula saling bertukar cerita. Jujur aku katakan di sini, Hykal seorang lelaki yang peramah tetapi aku tidak boleh menilainya buat setakat ini sahaja, aku perlu lebih kenal dia dahulu sebelum kami bersama.
Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan kini sudah dua tahun kami saling kenal di antara satu sama lain. Tidakku duga pernilaian aku dua tahun yang lepas tepat tentang Hykal, dia bukan sahaja seorang yang peramah malah dia seorang yang baik, memahami, hormat orang tua dan yang paling penting dia boleh membimbingku ke jalan Mu Ya Allah.
Selepas tamat kuliah aku dijemput oleh Hykal dan dia membawaku pergi ke luar kolej, aku tidak tahu ke mana arah tujunya. Lima minit perjalanan, kini kami tiba di sebuah taman permainan yang kosong. Aku pelik, megapa Hykal mengajak aku ke situ dan aku mula berfikir yang bukan - bukan. Setibanya di taman permainan tersebut Hykal menyuruh aku duduk di satu kerusi lalu tanpa membantah aku turuti. Hykal menyuruh aku menuggu sebentar, entah ke mana dia menghilang aku tidak pasti. Apa yang aku pasti, dia tinggalkan aku keseorangan di situ. Mak ai, bukan main takut lagi...
Sepuluh minit berlalu, kelihatan rakan - rakan sekelas kami tiba - tiba muncul. Aku yang baru sahaja dikejutkan dengan kedatangan rakan - rakanku kini bertambah lagi satu kejutan di mana Hykal yang tiba - tiba melutut di hadapanku lalu menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. Lantas, aku menyambut huluran cincin tersebut dengan linangan air mata lalu mengucapkan ribuan terima kasih di atas pemberian tersebut.
" Thanks," ucapku. Hykal mengesat air mata yang sedang mengalir di pipiku.
" Jangan nangis sayang, malu orang tengok," bisiknya lembut lalu aku pantas melihat ke arah rakan sekelas kami.
" Tahniah Aya and Hykal," ucap mereka serentak.
Tiga tahun berlalu, kini kami sudah tamat pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan. Aku dengan Hykal tidak satu tempat kerja, masing - masing sibuk dengan kerja masing - masing sehinggakan kadang - kala kami tidak berhubung apatah lagi bertanya khabar. Hati ini semakin di palut rindu, lantas aku menelefon Hykal tetapi hanya voice mail sahaja yang menyambut panggilan tersebut. Aku bukanlah seorang wanita yang mudah berputus asa, aku cuba buat kali yang entah ke berapa tetapi panggilan tersebut tetap tidak disambungkan.
Hari minggu menjelang, aku mengambil keputusan untuk pergi melawat Hykal di rumah sewanya tetapi kereta milik Hykal tiada di rumah tersebut. Aku hampa. Hampa dengan Hykal yang seperti sudah tidak menghiraukan aku lagi. Aku tidak berganjak dari situ, aku tunggu kemunculan Hykal. Nyata penantian aku tidak sia - sia, kelihatan kereta Hykal baru sahaja memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Pantas aku keluar dari perut kereta My-vi milikku. Baru sahaja aku hendak melangkah, kelihatan seorang wanita seusia ku keluar dari perut kereta BMW milik Hykal.Pantas aku masuk semula ke dalam kereta lalu memecut laju.
" Hykal, kau tipu aku!" jerit aku sekuat - kuatnya setibanya aku di rumah sewaku.
Ya Allah, betapa pedihnya hati ini. Betapa sakitnya hati ini. Nyata segala apa diucapkan oleh Hykal selama ini, hanya dusta semata - mata. Air mata yang sedang berlinangan ku biarkan begitu sahaja. Aku melihat cincin pemberian Hykal di jari manisku, pantas aku cabut lalu ku campak ke jauh dari pandanganku.
Telefon bimbit yang sedang berdering tidak aku endahkan. Kerana aku tahu siapa yang membuat panggilan tersebut. Tiga kali ia berbunyi dan kemudiannya mesej pula tiba. Aya menggagahkan diri untuk membaca pesanan ringkas tersebut.
Hubungan kita tamat di sini sahaja. Sekian. Wasalam.
Pantas telefon bimbit di balingnya jauh ke penjuru biliknya. Penipu punya lelaki!!! Air mata yang tadinya mengalir, kini semakin deras. Putus? Tapi kenapa?! Ya Allah, inikah ujianmu padaku. Sungguh percintaan ini amat menyakitkan hati, Ya Allah...
Sudah dua minggu kejadian tersebut berlalu, Hykal tidak juga hadir untuk berjumpa dengan aku untuk memberi keterangan yang lanjut. Aku hanya menanti dengan penantian yang kosong. Kosong! Selama ini aku rasa aku di tipu, aku di permainkan oleh seorang kaum adam. Telefon bimbit yang sedari tadi berbunyi dicapai lalu pantas aku menekan punat berwarna hijau.
" Nak apa?" tanya Aya hambar.
" You tengah buat apa?" tanya Hykal.
" Tengah termenenung!"jawab Aya hambar.
" I nak jumpa you, penting!" beritahu Hykal. " Dekat tempat biasa," beritahu Hykal lalu memantikan talian.
Seperti yang dijanjikan, kini Aya sedang menanti kehadiran Hykal. Lima belas minit dia menunggu, akhirnya Hykal datang jua tetapi dia bukan datang berseorangan malah bertemankan seorang wanita. Wanita yang dilihatnya di rumah Hykal dua minggu yang lepas.
"Assalamualaikum," sapa Hykal lembut lalu menarik kerusi untuk wanita itu.
"Waalaikummuasalam,"jawab Aya hambar. "Nak apa jumpa I ni? Kalau sekadar nak sakitkan hati baik tak payah!" tegas Aya lagi.
"Aya, kenalkan isteri I. Mira,"Wanita yang diperkenalkan sebagai Mila menghulurkan tangannya.
Aya seperti tidak percaya apa yang didengarinya. Isteri? Gila ke apa? Habis aku ni apa?
"Aya maafkan I, I tahu you terkejut tapi nilah hakikatnya. Hubungan kita dah tamat setahun lepas sejak I memperisterikan Mila," beritahu Hykal tenang.
"You tipu I!" tegas Aya. " Tapi kenapa you diamkan je, kenapa tak bagi tahu I dari awal lagi!" tegas Aya lalu air mata yang tidak dijemput mula berlinangan.
"Aya maafkan kami, saya tahu Aya sayangkan Hykal tapi Aya juga kena tahu perkahwinan kami ini kerana kehendak kedua ibu bapa kami," terang Mila lembut.
Aya mengesat air mata yang sedang mengalir dan kemudiannya dia cuba berlagak tenang, walaupun hatinya perit. " Its ok, I doa kan semoga you berkekalan sehingga ke akhir hayat. Hykal jaga isteri you ni baik - baik, jangan pernah sakiti hatinya," lantas dia pergi meninggalkan kedua pasangan tersebut selepas meminta diri untuk beredar.
Aya yang baru sahaja selesai bersolat lalu duduk berteleku di atas sejadah sambil di dalam hati memohon keredhaan Allah dan meminta permudahkan hari - hari mendatang. Tamat sahaja doa terakhir, Aya melipat sejadahnya. Lalu dia mengambil segala gambar - gambar kenangan mereka dan hadiah pemberian Hykal dan di simpan di satu kotak.
'Nyata kau bukan untuk aku Hykal. Nyata segala kata - kata kau hanyalah dusta semata - mata dan kau telah menyakiti hatiku dan dalam masa yang sama kau telah membuatkan aku katakan bahawa cinta itu amat menyakitkan tapi aku redha dengan ketentuannya bahawa kau bukan untuk aku'.
- Tamat-
Thanks baca this cerpen yang panjang berjela. HEHE...
^_^.
the end
^_^
by.hudahud
smile.smile.smile
^_^
nice...
ReplyDeletegmabr kim hyun joong tu cerita playfull kiss/naughty kiss kan hehehe ^^
http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/05/segmen-up-follower-tambah-kenalan.html
sedih!
Deleteagak sedih juga la =)
DeleteThank you Miss Z,
ReplyDelete@huda
ReplyDeleteoh no adakah ini cerpen??
@Aifa izfaa'aa cerpen, kenapa eh? hehe
ReplyDeletependek je tapi best :D
ReplyDeletependek je tapi best :D
ReplyDeleteKenapa cerita ni habis macam tu je? Oh no sedih nyer :'(
ReplyDelete