Kurma dan badam

Farah
5
hye hye semua...
Apa khabar?Sihat?

Selamat malam buat semua... Ok, kurma dan badam <-- pernah dengar tak, eh bukan, pernah makan tak? Hmmm...sedap tau... Nak tengok? hehe... Ok, jom kita review.


kurma from Mekah.


Ha tu dia kurma dan badam. Mana huda dapat? Ni parents huda yang beli masa diorang pergi umrah - (last week - dua hari yang lepas baru je balik)... 


Nampak lebih jelas - kurma dan badam

Ha, bila buka macam tulah view dia. Nampak macam menyelerakan tak? - bagi mereka yang meminati kurma? . Makan kurma ni banyak khasiatnya tau - Nak tahu? Jom baca text ringkas dekat bawah ni...

Khasiat kurma :-
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Lagi --> Khasiat  Kurma

Banyakkan khasiat buah kurma ni rupanya? 

Creadit to khasiat kurma


Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah . bestt nye . budak nakal shuke mamam dorayaki nan kurma . hehe . nak nak . nanti pos laju kat bdk nakal sikit tau . **

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2, bg akamat blog nanti huda pos laju pnye <-- haha, joking ^_^

      Delete
  2. dah dekat bulan puasa ni, musim kurma kan.. hehe tak pernah rasa lagi kurma badam :) sedap tak?

    ReplyDelete
  3. http://celotehbudakbushuk.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

    Akak ditag

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !