Assalamualaikum, =D
Pernah tak korang dok teringin nak makan ice - cream goreng ni? Yelah, kalau nak beli dekat luar, dah tentu - tentu agak mahal kan? Sebiji around RM 1 something to RM 2, kalau tak silap huda. So untuk menjimatkan cost, korang boleh buat sendiri sebab cara nak buat pun senang saje. Ha, nak tahu tak? Jom follow step dekat bawah ni :-
Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat roti ice - cream goreng.
> Roti Gardenia/apa apa roti buat sandwich
> Ice - Cream (apa - apa perisa yang korang suka),
> Minyak masak (untuk menggoreng).
> Sediakan dua keping roti . Letak Ice - Cream di antara 2 keping roti tersebut.
> Ambil cawan, kemudian korang tekankan permukaan cawan tersebut di tengah - tengah roti yang dah ada ice cream tu.
Finally, korang akan dapat result macam ni.
> Masukkan roti ice cream yang korang dah buat tadi dalam peti sejuk selama 4 - 6 jam, atau semalaman. Pastikan ice cream korang tu betul - betul beku sebelum di goreng.
Cara untuk memasak :-
> Panaskan Kuali.
> Panaskan pula minyak masak. Pastikan minyak masak tersebut betul - betul panas.
> Kemudian masukkan pula ice - cream yang dah dibekukan, ke dalam minyak yang dah betul - betul panas tadi.
> Ice cream tersebut perlu di goreng sekejap sahaja, bila dia dah kuning terus angkat. Sebab kalau terlalu lama nanti hangus pula.
> Selesai menggoreng, toskan minyak dan hidangkan.
Dah siap. Jemput makan guys.
Selamat mencuba!
wah, boleh cuba ni! sekarang pun cuaca panas.. thanks akak! =D
ReplyDeletesgt simple~ nampak sedap :)
ReplyDeleteda prnah buat..mmg sedap!! :)
ReplyDeleteAs-salaam. Mohon share ya dik.
ReplyDeletesdpnyeee..Thank u for the recipe :))..
ReplyDeleteNanti nak cubalah ^^ Time school holiday
ReplyDeleteNurin tag kak Huda ^^
ReplyDeletehttp://nurin-aqilah.blogspot.com/2013/03/2nd-giveaway-by-ohhaeen.html
pernah buat,tp xjd..hihihi..kena tingkatkan usaha lagi la mcm ni :)
ReplyDeleteSedapnya, tapi lebih sedap kalau makan ice-cream begitu sahaja. Macam gardenia---> ' Gardenia, sungguh enak dimakan begitu sahaja'. Hihihi...
ReplyDelete