15 cara meningkatkan trafik blog dari seorang blogger popular

Farah
9

Assalamualaikum, =D


Aku rasa cukup dengan design yang teramat simple dalam blog ni dan aku rasa aku patut laa belajar ilmu - ilmu blogging dari blogger terkenal. Semalam aku baru je terjumpa 15 cara untuk meningkatkan trafik blog dari seorang blogger terkenal - Denaihati. Dekat bawah ni aku just copy paste je dari blog beliau, jadi selamat membaca dan marilah sama - sama kita belajar sedikit tentang ilmu blogging ni.

  1. Daftarkan blog anda di search engine GoogleYahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
CREDIT SINI. Dan korang boleh terjah blog beliau untuk belajar ilmu - ilmu blogging yang lain yang telah pun beliau kongsi bersama pembaca blog Denaihati.

Post a Comment

9Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !