Biar blog nampak simple dan tak berserabut

Farah
2

Assalamualaikum, =D

Dulu masa aku jadi newbies (tiga tahun yang lepas), kalau boleh semua aku nak letak dekat dalam blog aku ni sebab kononnya nak nampak blog ni cantik dan mungkin akan ramai pengunjungnya. Kononnyalah, perasan - tan je pun masa tu. Tapi lepas aku baca sikit - sikit pasal tips blogging (tahun demi tahun) dekat blog blogger - blogger lain, baru aku tahu yang blog simple - simple pun tak apa, asalkan kita tahu apa yang pembaca kita tu suka dan apa yang pembaca kita tak suka. Dan dari situ aku decide untuk design blog aku ni sesimple mungkin, hehe...

Cuba korang tengok blog Kak Maria Elena, simple je tapi ramai je visitor yang datang blog dia, ramai je orang yang follow blog dia. Atau tak pun cuba tengok blog Ben Ashaari, Yuyu Zalikha pun simple je blog diorang, tapi berapa ramai visitor yang diorang dapat. So nampakkan dekat situ? 
"Memanglah diorang popular!" Ok jangan tengok pada popularity mereka, tapi cuba korang tengok cara diorang menarik pengunjung blog untuk baca blog diorang. Entry diorang semua best, entry diorang semua nampak cool dan bersahaja, kalau baca pun rasa macam bestlah....

Tapi aku tengok yang tak se- popular diorang pun ada je yang mendapat comment yang banyak dan mungkin visitor diorang pun ramai, siapa tahu. Contohnya macam .... Aminin.my, Azwar Syuhada dan ada lagi blogger lain sebenarnya. Blog diorang simple je kalau korang tengok, follower pun tak seramai blogger popular yang aku sebutkan tadi, tapi cuba tengok entry - entry yang diorang updated semua - nya memang menarik perhatian pembaca. Nampak tak dekat situ? 

So conclusionnya tak semestinya blog yang cantik, blog yang cun dan kebabum tu mendapat visitor yang ramai. Sebaliknya blog mereka yang simple yang mendapat ramai visitor. Kenapa? Sebab entry diorang best, sebab diorang tahu apa yang pengujung diorang nak dan apa yang pengunjung diorang suka. Diorang tak perlukan penghias - penghias blog untuk mencantikkan blog mereka, cuma mereka memerlukan idea yang bernas dan bakat yang ada sahaja untuk membuatkan ramai pengunjung datang ke blog mereka. 

"Nak buat sesuatu kena ada minat. Macam kau ada blog, so kau mesti ada minat dalam ber-blogging. Buat blog ni bukan setakat upload gambar tapi kena mengarang juga. So dalam erti kata yang lain kita kena ada minat menulis. Sebelum menulis pula kena ada idea dan tahu apa yang kita nak sampaikan, ha dekat situ baru kita dapat satu entry yang cool." 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. jemput lawat blog saye pasal kesihatan,tq.
    http://kesihatanseisikeluarga.blogspot.com/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !