Assalamualaikum, =D
Sekarang ni bukan main banyak jenayah yang berlaku dekat negara kita. Lepas selesai satu kes, timbul pula satu kes yang lain, sehinggakan buat kita semua kecut perut dengan benda ni. Hari tu ada buat hari keluarga di kawasan perumahan aku ni dan dalam masa yang sama juga mereka telah menjemput seorang anggota polis untuk menyampaikan taklimat berkenaan dengan bagaimana untuk atasi jenayah.
Apa yang masih aku ingat, En Polis tersebut menyatakan bahawa jenayah berlaku di atas kecuaian kita sendiri dan mereka yang selalu melakukan jenayah adalah golongan yang mengambil dadah. Kenapa aku cakap macam ni. Ok contoh, ada seorang wanita A kena rompak, tengok juga situasi dia dekat mana. Kalau dia dekat depan bank denganb mengira duit depan orang ramai, tak ke nama nak bagi orang free - free je meragut. Atau wanita A pakai barang kemas ohhh mak ai banyak sungguh dileher, di tangan....Tak ke namanya peragut tunggu je masa untuk meragut. Ok ni sekadar contoh sahaja dan contoh ni aku ambil dari iklan tv (tv3 kot rasanya) yang ada memaparkan tentang kes ini.
Jadi dalam kata yang lain kita memang kena berhati - hati walau dekat mana sahaja kita berada, sebab kita tak tahu lagi sama ada kawasan itu bebas jenayah atau tidak.
Kadang - kadang bila baca benda - benda macam ni, kita jadi takut. Tapi bila fikir balik mereka bukan mahu menakutkan kita, sebaliknya mereka nak kita lebih berhati - hati dan lebih berjaga - jaga dengan keadaan sekeliling.
minta dijauhkan lah.. takut.,
ReplyDelete