Assalamualaikum, =D
Budak era 80 an dan 90 an, pada aku mainan diorang lebih kurang sama. Tapi budak era 20 an ni permainan diorang dah tentu - tentu lainnya. Kalau masa zaman aku kecil - kecil dulu, paling - paling aku akan minta parents aku belikan aku mainan pondok - pondok yang harganya tak lebih dari RM 10 hingga RM 20. Tapi tu zaman dululah.
Kalau dengan member - member atau sedara seusia pula, kadang - kadang main pondok - pondok (siap main masak - masak ala 'tipu - tipu' dan ada juga main masak - masak tu ala betul - betul), main teng - teng, main galah panjang, congkak dan yang paling best kadang - kadang masa balik kampung kita orang suka buat story cerita hantu dengan cousin yang hampir sebaya. Dan sebenarnya banyak lagi benda yang menarik untuk di imbas kembali, tapi kang aku cerita sampai ke esok tak habis.. La hai.
Pernah nampak tak benda ni? Dulu masa cikgu lambat masuk, aku dan kawan - kawan riang gembira main permainan ni dengan kawan - kawan kelas aku. Peh, tak macam seronok pula. Tak pun main permainan bingo, atau permainan yang ada pangkah dan 0 ( X + 0 ) - errr aku tak ingat nama permainan ni. Siapa ada 3 - X atau 3 - 0 sama tu dia menang.
Ok tapi tu budak zaman dulu. Budak zaman sekarang lain pula ceritanya. Kalau tak main barbie, atau jenama patung lain tak sah. Ada juga lah beli mainan pondok - pondok tapi maybe kurang lah kot. Dan yang paling seronok sekali diorang lebih suka layan permainan - permainan di Ipad, android dan seangkatan dengannya juga kadang - kadang layan game dekat internet.
Semalam anak sedara aku nampak aku pegang phone dan dia apa lagi nak ambil lah phone aku tu. Aku pun bagi. Tanpa ajar dia buka game, dia terus tekan button menu dan terus cari folder game (memandangkan aku dah susun kemas semua application dalam phone, yang aku letak dalam folder - folder yang tertentu). Then dia click dekat satu game ni - temper run (sebab dalam phone aku ada 3 game je. Aku bukan main game pun, hehe). After that, dengan khusuknya dia main. Tak payah ajar apa - apa semua dia pandai buat sendiri. Padahal umur baru 2 tahun lebih, tapi nampak gayanya mana - mana phone semua aku rasa dia dah tau. Hebat, hahahaa....
Tapi pada pandangan akulah (dah macam buat karangan sekolah pun ada, hehe), mainan tradisional lagi best dari mainan budak zaman sekarang. Kan?
Ok dah. Sekian sahaja entry aku buat masa ni. Thanks kepada semua sebab baca entry aku yang simple ni.
permainan Wawasan 2020 :D zaman Qis pun ada main game tu! >3<
ReplyDeletehaha trigat zaman kecik2 dulu..masa tu telepon pun x cangih lagi harapkan nokia 3310 je paling cangih.
ReplyDeletehaha..teringat gak permainan ni...bagus la, boleh meningkatkan pengetahuan am. Tapi akak jarang bagi anak-anak sedara main handphone.tak elok manjakan budak2 dengan gadget.
ReplyDelete