Kisah throwback aku dan kawan - kawan

Farah
2


Assalamualaikum =D


Hai semua...

Setelah sekian lama buat draft untuk entry kali ni. Edit sana sikit, edit sini sikit, tambah sana sikit, tambah sini sikit then publish! Maka inilah kisah throwback aku dan kawan - kawan...

Jumaat yang lepas, aku dan kawan - kawan yang lain telah pun berjaya buat satu program. Program yang diberi nama Program Sentuhan Kasih bersama pelajar Uni*** di Rumah Kanak - Kanak Terencat Akal, Kuantan. Alhamdulillah. *muka dok senyum happy - happy bila ingat kisah Jumaat yang lepas =D*.

Best!
Aku bagi lima bintang!
Thumps up sikit!

Sepanjang aktiviti, aku boleh lihat yang mereka (penghuni rumah tersebut) sangat gembira dan enjoy dengan aktiviti yang kami rancang buat mereka. Bila buka je lagu, bila ajak menari mereka pun menari. Enjoy weyh! Kami dengan rentak kami, mereka dengan rentak mereka. Siap menari sambil loncat - loncat sampai tak pernah kenal erti penat. Bila habis satu lagu, kami buka pula lagu lain. Menari dan terus menari sehingga aktiviti pertama tiba ke penghujungnya...

Then...
Kami continue aktiviti kedua, iaitu...
Aktiviti bermain puzzle dan mewarna.


Apa yang dapat aku lihat sepanjang aktiviti ni, ada dikalangan mereka yang kenal pada nombor dan boleh susun nombor dari 0 - 9 mengikut urutan yang betul, ada yang just main letak je puzzle (numbering) ni ikut suka mereka seperti gambar di atas, dan ada juga di kalangan mereka yang pandai membuat bentuk tanpa kami ajar. Letak je puzzle depan mereka, mereka terus buat bentuk segi empat tepat. Unexpected! 

Bila tiba aktiviti mewarna pula, ada di antara mereka yang pandai mewarna. Cantik dan agak kemas. Dan ada juga di antara mereka yang tidak pandai mewarna. Beri kertas, beri pensil warna dan mereka conteng kertas itu ikut rentak dan gaya mereka sendiri. Bila pensil warna tumpul, mereka akan beri pensil warna itu kepada kami untuk di asah. Siap di asah, mereka continue mewarna semula. 

Ketika aktiviti ini sedang berjalan, kami pun bukalah lagu untuk menceriakan lagi keadaan. Tahu jelah mereka kan, memang suka pada music. Bila dengar je music ada lah beberapa orang di antara mereka yang bangun lalu menari mengikut rentak mereka. Bila satu lagu habis, mereka meminta kami pasang lagi lagu yang lain....

Ada satu part tu aku ajak mereka menonton cerita cartoon yang aku download khas buat mereka. Memandangkan ada satu saja cartoon yang aku download, so terpaksalah mereka tengok cerita tu berulang - kali. Alahai, kesian pula aku tengok. Tapi nak buat macam mana, den tak download pula cerita cartoon yang lain masa tu. Kesudahannya, bila diorang dah bosan tengok cartoon tu, diorang pun suruh aku tutup. 

Selesai semua aktiviti. Tibalah masanya untuk kami melakukan aktiviti seterusnya, iaitu aktiviti bergotong - royong. Ala setakat bersihkan kawasan rumah, dengan sapu ruang tamu aje. Kebetulan ahli kumpulan aku seramai 10 orang. Pung pang, pung pang, Alhamdulillah sekajap dah siap. 

Selesai bergotong - royong, tibalah masanya untuk bersurai. 
Sebelum bersurai, kami agihkan sedikit cenderahati buat mereka. Cenderahatinya setakat jajan (makanan ringan tu) dan sedikit mainan setiap seorang. Bila tengok sorang - sorang dapat mainan, reaksi muka diorang kemain gembira lagi. Happy dapat mainan baru.

Dan tamatlah saja kisah kami di sini.
Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke Muadzam Shah.

Biarpun ada dugaan yang kami hadapi tika ini, tapi Alhamdulillah kami bersyukur sangat sebab program yang kami rancang selama ini berjalan dengan lancar. Feedback dari penghuni rumah tersebut sangat baik. Mereka gembira sangat dapat berhibur bersama kami. Dan penjaga/pekerja rumah tersebut juga telah memberi feedback yang baik kepada kami. Alhamdulillah.

Jika diberi kesempatan lagi...Aku memang nak pergi buat program dengan mereka.
Serious memang seronok.
Thumbs up sekali lagi!
^_^


Mereka tetap dengan dunia mereka,
mereka tetap dengan kehidupan mereka,
itulah rumah, itulah dunia mereka.

Mereka juga manusia,
perlu kasih sayang dan belas kasihan,
perlu kehidupan seperti kita,
biarpun mereka begitu, tapi ketika aku di sana,
aku dapat lihat ada di antara mereka yang dapat hidup sendiri, 
yang dapat berdikari dengan sendiri.

Contohnya, 
mereka boleh menyuap makanan sendiri,
mereka juga boleh tolong suapkan makanan rakan mereka yang tidak berdaya,
mereka siap tolong kawan - kawan mereka pergi mandi,
dan ada lagi beberapa perkara yang mereka boleh buat dengan sendiri.

Jika aku tiada di situ, 
mungkin saja aku tak tahu bagaimana mereka sebenarnya,
tapi...
Bila aku sendiri turun padang dan bersama mereka pada hari tersebut,
aku sendiri dapat lihat bagaimana kehidupan mereka,

Pada aku mereka tidak ganas,
Cuma ada yang aggressive, tetapi mereka di pantau dan di jaga dengan rapi.
Kita yang berada di situ tidak perlu rasa gusar dan takut,
just be cool and relax,

Hati mana yang tidak sayu jika melihat keadaan mereka yang sebenarnya,
tapi apakan daya, kita hanya mampu memberi pertolongan mana yang termampu saja.

Akhir kata di sini, selepas dah banyak membebel siap panjang entri aku di buatnya...Jika ada kesempatan untuk bersama mereka, cuba grab kesempatan yang ada. Cuba merasa bila bersama mereka. Cuba selami hati mereka. Serious memang best. Dalam best tetap ada rasa sayu beb bila tengok sendiri keadaan mereka.

Hokey. 
Cukup - cukup sudah...
Cukup sampai di sini saja,
bila huda dah mula menulis bila entah nak habis.

Ok,
bye...
Assalamualaikum.
Nanti kita update entri lain pula naaaa...
=D

*entri ini adalah sambungan daripada entry yang lepas. KLIK SINI kalau nak baca entri yang lepas. Terima kasih =)*

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kalau spent time dengan kawan memang syiokkk :D

    ReplyDelete
  2. satu hari pun tak cukup bila outing dgn kawan2.. rinduuuuu!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !