Review Drama/Novel Hati Perempuan

Farah
0


Assalamualaikum,=D


Bila sebut je hati perempuan. Semua tahu. Maklumlah sekarang drama ni tengah hot. Novel apatah lagi. Dekat Muadzam Shah ni siap kena tempah lagi novel dia tau (even dah dua minggu aku tempah novel Hati Perempuan tu, tapi sampai sekarang tak dapat call dari tuan empunya kedai). Takpelah drama dah ada kan, so follow up jelah. 

Tapi..
Tak sama. 
Sebab tak sabar nak tahu cerita selanjutnya tu yang sanggup beli novel, haha.

Memandangkan dekat sini takde TV, so kita tengok online je. 
Tengah malam/awal pagi dah terpacak depan laptop buka Hati Perempuan (yelah, time - time macam tu je line laju sikit. Kalau siang gini takde line sangat. Maklumlah guna WIFI dekat Universiti macam tulah. Semua orang dok guna).
Kalau busy sangat on week day, kita orang layan time weekend je.

eleh, sweet lah tu konon! Haha. 
Masa tengok scene ni, aku dok senyum sorang - sorang tau =)
Yang tak boleh bla, bila si Anis tersedar, TZ pun buat - buat ambil phone. Konon phone anis terjatuh. Ecehhh, cover sangat tuh TZ...

confirm ramai yang melting tengok Tengku Zaril (TZ) ni, kan? =)

si Anis ni pun cantik jeee weyh aku tengok...


Sinopsis.
Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia Tv3.

Novel yang mendapat sambutan.
Sampai kena tempah weyh, haha...


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !