Assalamualaikum =D
Hai semua,
Balik je dari Uni hari tu (last two weeks), terus fikir nak balas dendam dengan layan drama korea, drama melayu (yang tak sempat aku nak tengok selama ni). Tapi bab drama korea tu semua,mimpi! Niat je nak tengok, tapi sampai ke sudah...Tak tengok - tengok. Hurm...
Asyik - asyik layan drama melayu, haha. Sampai dah katam semua!
So hari tu, aku siap buat marathon kot tengok drama bukan isteri sempurna ni, dari episode 1 hinggalah episode 11,(episode 12 & 13, akan di tayangkan next week di kaca TV).
Asyik - asyik layan drama melayu, haha. Sampai dah katam semua!
So hari tu, aku siap buat marathon kot tengok drama bukan isteri sempurna ni, dari episode 1 hinggalah episode 11,(episode 12 & 13, akan di tayangkan next week di kaca TV).
Tu sebab, hari tu (last week)...Tak sabar nak tunggu episode 12 & 13, sampai sanggup beli novel dia ni, semata - mata nak tahu ending, haha....
Review Novel Bukan Isteri Sempurna - Fara,
Dia seorang gadis yang baik dan sopan santun. Hinggalah satu hari, satu peristiwa hitam berlaku terhadap dirinya sendiri. Dia di perkosa oleh anak majikannya, Danny. Apabila hal ini di ketahui keluarga Nina, mereka menyuruh Danny bertanggungjawab tapi Danny enggan. So Armanlah yang kena ganti tempat Danny masa tu.
Ada satu peristiwa yang berlaku, sehingga membuatkan Nina terpaksa keluar dari rumah banglo milik keluarga Arman. Mereka terpisah hampir lima tahun lamanya. Dan akhirnya mereka di pertemukan semula di satu bumbung (I mean mereka bekerja satu office).
Dan di situlah, hubungan mereka kembali baik. Tetapi tanpa mereka sedari, ada badai melanda hubungan mereka buat kali kedua.
Memandangkan Nina dah nampak cantik, lawa...So Danny pun nak rebut Nina kembali dari adiknya, Arman.
Dan si Zura beria - ia nak kahwin dengan si Arman, kononnya dia cintakan Arman.
Bapa Arman pula, tak habis - habis paksa Arman kahwin dengan Zura.
Zackary juga menaruh hati pada Nina, 3 tahun lamanya...
Dan yang paling membuatkan Arman marah, bila dia terdengar Nina mengaku di hadapan bapanya...Yang dia menggoda Danny satu ketika dahulu dan tujuan dia kahwin dengan Arman sebab dia nakkan harta Arman dan keluarganya...
Yang si Arman pun satu, tak selidik dulu dan tidak minta penjelasan pada Nina. Terus jadi panas baran, ha last - last dia yang menyesal dengan sikap dia tu. Setelah di nasihati oleh ibunya, barulah dia beria - ia nak pujuk Nina kembali padanya semula.
Rasa Nina nak? Hisyh of couselah merajuk. Kalau aku pun merajuk!
Pujuk punya pujuk, last - last barulah Nina termakan pujuk suaminya tu.
Ok, macam biasalah happy ending.
Dan itulah serba sedikit kisah Bukan Isteri Sempurna...
Review Novel Bukan Isteri Sempurna - dari Kaki Novel
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”
Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”
“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun… bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”
credit - Kaki Novel
So, oklah nanti kalau ada cerita huda share lagi ye. Thanks baca entry huda kali ni.
Bye, salam =)
Related - Review Novel : Hijrah Cinta Kerana Dia
lama tak baca novel dah..hhuu
ReplyDelete