Dari stalk blog kini jadi kawan

Farah
2


Assalamualaikum =D


Hai semua,

Sebenarnya dah lama ada niat nak buat entry ni, tapi asyik terbatas sebab sibuk dengan kelas. Bila dah sibuk dengan kelas seharian, malam adalah masa untuk aku berehat. Kalau buka laptop pun, paling tak aku akan tengok drama online, buka blog orang dan baca. Tu jelah kerja aku, kalau tak ada idea nak update blog. Penat, katillah yang aku cari haha :P . 


Permulaan;
Satu hari tu, Nbla ada anjurkan satu segmen. Kebetulan tiba - tiba rasa nak join, sebeb rasa macam best je segmen tu. So aku pun join, dan dalam entry tu Nbla siap minta tinggalkan num phone apa semua. Kami yang join tak adalah kot sampai bagi number phone segala bagai. Siap cakap dekat entry "sorry pnc" haha. Tapi tak tahu pula, Nab ni seorang yang serious (kihkihkih :P), sampai gigih contact sesorang minta number phone dan persetujuan nak masukkan kami dalam satu group ni. Aku punya fikir nak bagi keputusan tu, macam kemahin lama. Sorry ek nab, haha.

Selepas bebual pung pang, pung pang, aku pun kasi jelah number phone kat adik sorang tu. Berapa hari lepas tu, dia pun masukkan aku dalam group ni - family blogger dekat WhatsApp.

Maka dari situlah kami kenal antara satu sama lain. Jujur memang tak kenal ramai orang dalam group ni, cuma kenal beberapa orang saja. Tu pun sebab aku acap kali juga stalk blog diorang. Antara blog yang dulu selalu aku stalk - aisyah, syaza, om, tu jela antara kami. 

And this is Farrah, one of member dekat dalam group 'family blogger'.
Kebetulan aku singgah Kuantan last a few month, tu yang jumpa kejap.
Rindu pula time ni, hahhaa..

Bila group tu 'mula meriah', rasa macam best, rasa macam boleh hilang stress kejap sebab diorang ni semua boleh layan kepala masing - masing. 

Guys, kalau ada masa dan kesempatan, hope one day kita dapat jumpa k =D 

bye, Salam.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Harap one day dapat reunion jumpa semua blogger's family hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup exactly, hehe. teringin nak jumpa semua =)

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !