Last week - Toolkits for job seekers

Farah
2

Assalamualaikum, =D

Hai semua,

Alhamdulillah last week, dapat peluang untuk attend satu program yang diberi nama "Toolkits for job seekers". Huda dan kawan - kawan hanya sebagai peserta dalam prgram tersebut, tapi Alhamdulillah banyak ilmu yang dikongsi untuk kami bakal graduan. Terima kasih kepada penceramah yang sudi datang dari Kuala Lumpur ke Pahang ni. 


Thanks juga kat korang yang buat program ni dan mewajibkan semua budak final year HR pergi program ni. Haha, memula rasa macam terpaksa lah, tapi once penceramah buka mulut rasa macam dah mula minat untuk ikuti program tersebut hingga pukul 5 petang. Penceramah tersebut merupakan seorang CEO di salah sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. The way beliau menyampaikan ceramah, sangat menghiburkan. 

Dari satu ilmu ke satu ilmu beliau kongsikan, khas untuk kami peserta program tersebut. Oh lupa nak cakap, objective program ni adalah sebagai persediaan buat kami bakal graduan untuk ke alam pekerjaan kelak. Kira tak lama lagilah. Next year masing - masing dah kena pergi intern dan terus masuk ke alam pekerjaan selepas tamat intern nanti. Eh, eh berdebar pula kami dibuatnya.

Mengikut apa yang penceramah kongsi bersama kami para peserta, statistik unemployment pada masa kini semakin meningkat. Hal ini kerana, ramai di antara mereka yang sangat demand tentang gaji. Dan dari apa yang huda buat research (based on proposal FYP kami), pun huda dapat reason yang sama. Bukan itu sahaja, ramai di antara job seekers juga mencari pekerjaan di syarikat - syarikat terkemuka. Dan ada lagi beberapa faktor, kalau nak rungkai satu persatu, jawabnya sampai keesok tak habis. Tapi setakat ni, dua faktor tu yang membuatkan ramai unemployment kat negara kita ni. Atau dalam kata mudah, mereka tidak meminati pekerjaan/bidang yang mereka ceburi. 

Huda ada kongsikan beberapa tips mudah di dalam satu article. Tapi nanti kalau dah di approve huda letak link dalam entry ni ye. Sekarang ni baru hantar dekat editor dan masih menunggu jawapan, haha.

Alhamdulillah, after beberapa bulan ada juga idea nak taip article ni ek.

Bukan tak ada idea ke apa, tapi bila dah terlalu busy dengan proposal FYP, sampai tak ada masa nak fikir semua benda. Ni pun kira kes curi masa, haha. Nasib baik kelas tak ada hari ni, jadi masa - masa yang ada ni di habiskan sepenuhnya dengan buat kerja dan selingan dia dengan menulis article dan blog kejap. I miss to write something la. Asyik taip proposal dan assignment saja, nak juga meluah rasa kat blog I, ye tak? Huhuhu...

Oh ye, lupa nak kongsi satu perkara ni. Mengikut kata penceramah, seseorang pekerja itu dikira mempunyai pengalaman jika beliau berkhidmat selama 2 tahun di sesebuah syarikat. So if less then 1 year tu kira masih kurang pengalaman. Nasihat dari penceramah, sebolehnya cuba stay at least 2 atau 3 tahun. Barulah kalau kita nak pergi ke tempat kerja baru, orang akan percaya pada pengalaman yang kita ada. 

"First 5 year is to learn not to earn" - From Puan Penceramah

Oklah, sampai sini saja yang sempat huda tulis. InsyaAllah kalau ada masa huda share story kat sini lagi. I nak sambung type proposal jap, sebelum sambung berdiskusi petang ni. 

Bye, 
Salam semua =D

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Omg bagusnya program macam ni. Kalau ada peluang nanti pun nak join XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ada peluang tu nanti, hihi =D

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !