Assalamualaikum, =D
Hai semua,
Selamat pagi!
Dengan bernada gembira, sapa korang yang baca entry aku di pagi hari ni. Huaa serious semangat gila nak update entry pagi ni. Lalaaa, mari kita menari, haha.
So Alhamdulillah exam dah habis, maka dengan itu , habis jualah semester 5. Semester depan dah masuk semester 6. Kejab je masa berlalu, kan? Tiba - tiba semester depan dah jadi budak final semester. Orang cakap, bestnya dah nak habis! Huaaa jeles I. Ha'aa, memang nampak best, tapi korang sebagai budak - budak second year kena bersediaaa jiwa dan raga, bila jadi budak last year ni. Kena sangat bertabah sebab cabaran nak habis ni, memang agak mencabar dan sedikit stress. Kalau first year, second year even stress pun masih boleh handle, tapi kesibukan budak third year ni tak tahu macam mana nak cerita, kena sendiri berhadapan baru faham.
Tapi Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi, but still everything is going so ok. Kalau nak sebut rintangan dan cabaran, one by one seems like macam panjang je entry ni. Cuma apa yang aku boleh cakap, sabar. Setiap ujian tu dari Allah, jadi dengan Allah jualah kita minta untuk pinjamkan sedikit kekuatan. InsyaAllah...
24/9 - Maka bermulalah cerita aku dan rakan - rakan. Kihihkihhhh, punya panjang intro. Maaf sih.
Habis je paper pukul 12 tengah hari, kami terus singgah ke pasar sabtu, beli popia dan kebab untuk alas perut. Pukul 1.15 tu kami bergerak ke Kuantan dengan menaiki bas. Sampai Kuantan dalam pukul 3.30 macam tu. Shoot pula solat zohor then terus beli tiket untuk balik ke Johor pada esok hari (25/9). Then tunggu kawan kepada kawan, pick up kami dari terminal terus ke ECM.
Sampai ECM pula dekat pukul 5 petang. Sampai - sampai je, terus solat asar sebab kami belum asar lagi. So after that, terus cari makan. And masa tu craving nak makan bento mix. Nasib kawan - kawan sekepala sejenis yang makan sushi. Dulunya, aku tak adalah sejenis makan sushi ni. Tapi bila masa tu member dia boleh pula nak kirim bento mix ni kat aku, so aku pun macam rasa nak mencuba. Bila dah sekali cuba, rasa sedap ya amat. Tu yang ajak member makan lagi sekali. Kira baru 2 kalilah aku menjamah bento mix ni.
Lepas je dibenarkan masuk, kami terus order menu masing - masing.
1 - menu yang ada nasi + sup (lupa pula nama dia, haha)
3 - bento mix
dan beverage ikut cita rasa masing - masing.
Actually baru 3 kali aku singgah sini. 2 kali makan kat sini. 1 kali tu beli bungkus je.
Yelah, kalau nak selalu pokai duit haha. Dah lah perjalanan dari Kampus ke Kuantan ni agak jauh.
Bila dah tengok, sushi ni asyik berjalan - jalan kat atas tu. Aku pun ambil 1 piring ni. Nak merasa. Not badlah rasa dia..
Bento mix.
Ok makan bento ni, serious kenyang sampai ke malam.
Haha, tapi pukul 10.30 malam, kiteorang makan juga nasi empit (ketupat nasi) dengan rendang.
Balik malam tu, kiteorang terus lepak, bersihkan diri dan solat. Penat sangat! Yelah, habis je jawab paper siang tu terus shoot ke Kuantan, then singgah ECM pula tu. Lepas tu baru balik. Bermalam kat rumah Ummi semalam. Thanks ummi and family =).
25/9 - Pukul 8 lebih tu dah siap - siap, sarapan apa semua. Then terus pergi ke Terminal. Bas pukul 9 pagi.
Aku ni bukan boleh pergi ke shopping mall. Ada je benda nak beli. Gedebak - gedebuk berbelanja, dah habis berapa dah. Siap beli bantal tu lagi, haha.
Lena tidur dalam bas. Minta pula sit single, lagi lena kan :P
So ini pemandangan laut di Pekan, Pahang yang sempat aku rakam.
Bila tengok laut ni, teringat waktu PLKN dulu. Yelah, dulu aku dapat PLKN kat Pekan. Pula tu, kem kiteorang memang betul - betul bersebelahan dengan laut. Kulit pula dah jadi rentung masa tu, sebab tiap - tiap hari berjemur selama 3 bulan kat situ. Sekali je dapat keluar pergi pantai. waktu tu PT pagi. Ingat lagi, nampak deruan ombak dia yang MasyaAllah, tenangnya berada dekat situ. Dengan pasir dia yang sangat lembut. Bestnya....
Haha ok, boleh pula throwback masa zaman PLKN 6 tahun lepas, kihkih...Dulu masa first time berjauhan dari keluarga dapat PLKN kat area Pahang, now sambung belajar pun, dapat area Pahang juga. Berjodoh betul dengan Negeri Pahang ni, kihkih...
Oklah sampai sini sahaja yang sempat huda tulis. Btw, thanks dekat korang yang singgah blog huda even huda jarang update blog pun. Sorry lah ye, bila dah terlalu sibuk, memang jarang sangat update. Apa - apa pun, thanks juga sebab baca entry ni.
Bye,
Salam =)
tengok sushi nampak sedap tapi tekak saya still tak boleh terima...
ReplyDelete