Minggu ke 6.

Farah
6


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Minggu ke 6. Kejap je dah minggu ke 6 ni, rasa macam baru masuk semester,bulan 10 hari tu. Ingat lagi hari pertama kelas je jumpa supervisor, dah kena present semula project paper kami. Time tu dah lah tak prepare apa, jadi kami pun present dengan bahan apa yang ada, dengan apa yang kami dah faham tentang project ni.

Beginilah keadaan bila dah jadi final year student. Mula berkenalan dengan subject yang core untuk course masing - masing. Mula rasa susah. Tapi walaupun susah, kenalah sabar. Mulalah lecturer asyik tiba - tiba suruh present, tiba - tiba kena get ready dengan presentation, tiba - tiba itu dan tiba - tiba ini. Tu belum sebut lagi, kisah berhadapan dengan final year project. Memang di akhir tahun ni, akan sibuk dengan kelas, quiz, mid term, assignment, final year project then after siap semua, struggle pula dengan final.

Image result for computer tumblr


Biarpun rasa letih, tapi kadang - kadang seriously, aku rasa have fun. Bak kata orang, nanti benda - benda nilah yang membuatkan kita akan rasa rindu nak study balik. So have fun dengan life study, dan ni ramai yang menasihati benda yang sama. 

As a student, memanglah walaupun penat tetap kena redha berhadapan dengan ujian semasa belajar ni. Belum lagi sebut pasal ujian - ujian lain, yang terkadang membuatkan emosi dan pelajaran sedikit terganggu. Dah nama ujian, jadi kita kena face it, dengan sabar dan redha. 

Berbalik kepada Minggu ke 6 tadi. This week memang orang dok struggle pulun baca buku sebab ada mid term exam. Lepas habis mid - term exam, kami pun cutilah seminggu. Cutilah benda yang paling menarik untuk di dengar, haha. Kan? Korang student pun minat dengan cuti sebab boleh huha huha. Tapi bila dah final year ni, nak bergembira pun rasa serba salah sebab project paper tak siap lagi, hehe. 

Selalu dengarkan student suka study last minute. Dan yang study last minute tulah dia punya pointer serious gempak! Its fact. Contoh terdekat, kawan - kawan akulah! Cakap je belum study, mengadu stress, sekali hamek...Dean pula tu. Haisyh. Aku pun tak ada lagi rezeki nak dean, tiba - tiba makcik rasa sayu, huhu. But at the same time, selalu pujuk hati, kau dah buat yang terbaik and yeah I did it on last semester, Alhamdulillah =). Semester ni, still dengan cita - cita mahu buat yang terbaik. Doakan ye.

p/s: Walaupun sibuk dengan kerja - kerja atau kelas sekalipun, solat tetap jangan tinggal. Sebab itu adalah kunci kejayaan.
Kalau tanya budak 4flat, apa tips diorang. Diorang akan cakap tak ada tips, sebab cara diorang belajar memang sempoi habis. Tapi satu rahsia diorang, diorang tak tinggal solat 5 waktu, kalau ada masa diorang akan tunaikan solat sunat. Cubalah practicekan solat sunat dhuha, InsyaAllah semua akan dipermudahkan. Kita hanya mampu berusaha.

Bye, 
Salam...

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. huhuh.. rindunya zaman stdy bila baca enrty ni farah..

    ReplyDelete
  2. Kipidap farah :)

    Maximisekn mse ntuk enjoy time study. Bkn enjoy yg mlncong, enjoy stiap angle of study. Nt dh kje lain dh suasana :)

    ReplyDelete
  3. Tak tahu kenapa sekarang rasa malas sangat. Malas nak study, ahhh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !