Off to Kuantan - Akhir December 2016

Farah
4


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Ni kisah pada akhir tahun lepas - pada 30/12/2016, tapi baru hari ni sempat nak throwback dalam blog, hehe. Maaflah sebulan busy dengan presentation fyp, dengan final exam jadi tak sempat nak update blog dengan kisah kami yang satu ini. 

Selepas hantar je paperwork kami (final year project), pada hari Jumaat 30/12, kami bertiga (me myself, and the other two is my friends), bertolak ke Kuantan selepas Zohor, so sampai Kuantan dalam pukul 4 petang macam tu (if I'm not mistaken). 

Sampai - sampai je, singgah Krim by Kula Cakes kejap.

Menu yang kami order, only this two. Makan dua ni pun dah rasa kenyang. 
Waffle red velvet dia sedap sangat dan ice cream tu tak silap honeydew kot. 
Brownies tu pun, memang sedap. One of my friends, suka gila dengan brownies dia tu. Aku just harap dia tak termimpi - mimpi laaa, lepas makan brownies tu HAHA 😝.


So lepas makan, terus balik ke rumah ummi and we stay there. I stay for only one night je, lepas tu I pergi kacau adik I, and stay dengan dia for only two days (on weekend). Yelah, kebetulan adik aku ada kerja dekat area Kuantan, tu yang aku decide dah alang - alang dekat Kuantan tu, lepak je dengan dia. Dalam masa yang sama boleh release - kan tension sekali, ye dok? 

Sabtu 31/12/2016. 
Dalam pukul 10 pagi macam tu, kami dah keluar pergi Kauntan Prade sebab nak teman mak ummi cari buku. So kami bertiga, ambil kesempatan untuk window shopping (it just, kiteorang tengok mana - mana design baju yang cantik, without buying anything. Sebab petang nanti lepas Zohor, kiteorang nak pergi ECM pula beli baju untuk presentation nanti). 

Lepas je window shopping, kiteorang singgah makan dekat Giant Kuantan pula. Then balik rumah ummi semula, solat lepas tu keluar balik.

Memang berjalan sungguh kami hari tu, hehe. 

So lepas Zohor, ambil adik aku dekat tempat kerja dia, and terus pergi ke ECM (East Cosmos Kuantan) yang tak jauh dari situ. Sampai - sampai je, terus pergi singgah satu kedai baju ni, then cari baju kemeja, dengan tema yang kami dah pilih untuk presentation nanti pada 13/1/2017. Takkan beli baju je kan? Haha, kebetulan bebudak ni ada nak buat farewell party, dekat rumah diorang sambil tukar - tukar hadiah. So kenalah beli hadiah. Beli hadiah, just yang simple - simple ikut budget yang telah ditetapkan (tak murah sangat, tak mahal sangat. Sedang - sedang ikut budget student). Lepas penat berjalan satu shopping mall tu, kiteorang pun decide balik rumah masing - masing. 

Malam pula, aku ajak adik aku makan ikan kukus. Sekali sekala nak treat diri sendiri untuk hilangkan stress. Kebetulan dah lama sangat tak makan ikan kukus ni, so sharelah berdua dengan adik. Ikan ni boleh tahan besar, jenuh jugalah kami nak habiskan, haha. 

Malam tu makan dekat Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang. 
Memandangkan orang ramai, lambat sikitlah hidangan kami sampai. Tapi memang berbaloi lah makan dekat sini. Sedap pun sedap...


Ahad 31/1/2016

Pagi - pagi lepas sarapan, aku dgn adik aku pun gerak pergi rumah Ummi, untuk siapkan poster untuk presentation nanti pada 13/1/2017 (tempoh hari). Walaupun masih dalam mood nak enjoy dan bercuti, kadang - kala kena lupakan seketika sebab kerja tak siap lagi beb. Apa - apa hal kasi kerja siap, barulah hati senang sikit. 

Balik daripada rumah Ummi, kiteorang pun plan nak jalan - jalan kejap. Punya lah pening fikir, last - last Berjaya Megamall juga, yang jadi tempat persinggahan kami. Tak tau nak buat apa, jadi first thing first, tengok wayang. Ok, selama aku belajar hampir dua tahun setengah dekat Pahang, ini adalah pertama kali, aku pergi tengok wayang dekat Pahang tau, tu pun dengan adik aku. Jujur weyh haha. Why? Sebab, entahlah. Bila dengan kawan - kawan, diri sendiri lebih selesa nak window shopping, and keluar makan macam tu, atau ikutlah diorang buat activity yang diorang suka (which is menyanyi dekat dalam shopping mall tu). Tapi bila dengan keluarga, selesa nak buat itu dan ini. Plus, aku pun, bukan jenis suka tengok wayang sangat, kalau dah rasa tension sangat, barulah nak tengok wayang lah, nak jalan - jalan lah. Kalau tak, stay jelah dekat kampus tu. 

Lepas tengok wayang, window shopping kejap, singgah beli barang keperluan, then balik. 

Lepak - lepak sambil buka laptop buat kerja. 

Malam tu, lepak je dekat bilik adik aku, and study sebab next weeknya (dalam awal bulan 1, aku ada quiz). So gagahkan juga bawa buku and baca. 

Isnin 1/1/2017
Eh eh, dah new year gitu. 

Pagi - pagi, dah siap berkemas dan terus pergi rumah Ummi semula. Again, buat kerja dan betulkan poster yang kami dah buat sikit - sikit, (buat pembetulan berdasarkan comment yang supervisor kiteorang bagi). Lepas siap buat pembetulan, hantar dekat supervisor semula then lepas supervisor kata ok, baru submit dekat coordinator yang handle final year project kami. 

So lepas siap semua, terus plan nak pergi makan ikan patin kejap. Ya Allah, aku punyalah beria nak rasa, tapi masa makan tu kemahin dok main telan je (sebab tak kena dengan tekak kot). Aduhai...
Tapi apa - apa pun, ikan patin dia sedap, cuma yelah, aku ni orang Johor. Orang Johor biasanya makan asam pedas je, kalau makan ikan patin ni memang ambil masa sikit, (tulah, mengada sangat nak try, last - last sendiri yang tak boleh masuk, haha). 

Selesai menjamu selera tengah hari tu, kiteorang pun bergerak balik ke kampus semula. Sebab esok nya dah start kelas. Tak lama lepas tu, entah berbual apa pula. Tetiba lah pula, decide nak beli tudung untuk presentation. Nasib baik tak jauh lagi tau, boleh lah akak patah balik singgah shopping mall kejap. Nak pilih tudung pun berejam, pusing sana, pusing sini dalam shopping mall tu. Biasalah, nak beli tudung kena matching dengan warna baju. At last, jumpa juga. Lepas dah jumpa, apa lagi terus decide nak balik ke kampus, memandangkan hari dah petang. Nanti takut sampai kampus malam. 

Maklumlah, perjalanan dari Kuantan ke Kampus memakan masa hampir 2 jam. Selalunya begitulah, aku akan sampai petang, before maghrib atau maghrib. Kang nanti malam sangat (hari dah gelap), aku pula takut nak drive, sebab keadaan jalan dia gelap gelita, tak ada lampu (yelah, jalan kampung kan). 

So, oklah...Sampai sini sahaja kisah throwback, yang sempat aku tulis. Ni pun ada kisah yang tak dapat aku selitkan, sebab dah lupa kisahnya bagaimana. Maaflah kalau ada story yang ter cut - cut tu. Maklumlah, dah jadi makcik, mudah lupa, haha :P.

Sekian...

Thanks singgah blog huda dan baca kisah ni.

p/s: I will miss all my friends. Good luck for internship buddies 💕

Salam, =D

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Huishh. Farah kolej mana? Rindu Kuantan!

    ReplyDelete
  2. banyaknya berjalan haha kalau saya ajak adik saya jalan jalan, mesti dia taknak

    ReplyDelete
  3. rindunye kuantan.. rindu kula cake, ecm, berjaya megamal, kp...omg..anyway gd luck for your stdy...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !