Degree ni susah ke senang?

Farah
8


Assalamualaikum, =D

Hai semua,
Pagi.

Sebelum huda ambil degree, huda pun fikir yang degree ni susah ke senang. Orang cakap degree ni, susah. Betul ke? Kalau tanya huda, betul je. Tapi, bila kita indeed nak sesuatu, apa pun kita akan usahakan jadi mudah.Pada huda, setiap level pelajaran yang kita ambil, ada tahap kesukaran yang berbeza. Sesuatu benda akan jadi senang, kalau kita usaha. 

Image result for degree tumblr
Tapi biasalah, dekat mana pun, kita kena kuat untuk hadapi segala rintangan dalam setiap keputusan yang kita ambil. Contoh, kalau dah ambil keputusan untuk sambung degree misalnya, kita kena kuat walau apa jua kesukaran, rintangan yang mendatang. Usaha untuk habiskan degree, jangan mudah give up.

Once korang dah ada niat nak further study tu, sambung jelah. Jangan takut. Sebab kalau korang jenis hard working, doesn't matter lah bab - bab belajar ni. Cuma bila dah masuk alam belajar ni, memang nak kena bersungguh dan usaha lebih, InsyaAllah semua dipermudahkan.

Setiap orang ada cara belajar sendiri. Ini sedikit tips dari huda, hope dapat membantu.

Tips study degree
Tips ni juga, boleh untuk SPM& diploma. Tips study sama je. Kat mana kita study sekalipun, yang penting focus, minat. Belajar untuk minat, even kita tak minat subject tu.


1. Niat
Orang cakap, kalau nak study ni kena betulkan niat dulu. Contoh, niatkan nak belajar kerana Allah. Niatkan nak belajar sebab nak tengok parents happy. Niatkan nak belajar sebab nak ada masa depan yang cerah.

Masa belajar ni pun akan ada pelbagai ujian dan dugaan. Dugaan dengan studynya lain, dugaan dengan examnya lain, dugaan dengan kawannya lain, dugaan dengan housemate roommatenya lain, dugaan kalau bergaduh dengan boyfriends dan putusnya lain. Semua dugaan ni, boleh effect study korang. So apa - apapun berbalik pada niat korang nak study. InsyaAllah, nanti Allah permudahkan semua. 

2. Minat
Nak study kena ada minat. Minat tu penting. Dari minat datangnya suka, dari suka datangnya cinta. Dari cinta, InsyaAllah result kita akan ok.

Ala korang bayangkan bila korang minat someone, haha. Ok dah nanti terlajak pula cerita. 

Apa - apapun, kalau nak sambung study tu, sambunglah dengan course yang kita minat.

Kalau tak minat, tapi dapat course tu? (depends on situation).

Study jelah. Haha simple je jawapan aku. Dulu aku pun, takdelah minat sangat course yang aku ambil ni. Tapi cuba. Cuba untuk belajar. Alhamdulillah kena dengan jiwa, sebab dah ajar diri untuk belajar minat dengan course ni(eh bukan minat someone tau haha).

Dulu masa diploma, lecturer aku pun pesan dekat aku. Kalau kita tak suka course yang kita ambil, belajar untuk suka dan minat. InsyaAllah semuanya dipermudahkan.

3. Tabah
Sekarang aku lebih tabah dari dulu, ku tak perlukan kamu, maaf jika aku telah mengelar jantungmu yang rapuh...sila sambung lagu Tabah by Elizabeth Tan.

Image result for be strong tumblr

Semakin kita further study, semakin kita kena tabah. Sebab apa? Sebab selalu adanya ujian. Its life. Allah takkan datangkan ujian pada hambaNya, jika DIA tak rasa yang hambaNya mampu. Jadi Allah akan turunkan ujian tu, bila Dia rasa hambaNya mampu. 

So get prepare. 

Bukan aku nak takutkan korang, tapi just nasihat je. 

Contoh, masa tengah - tengah study member buat hal. Masa tengah - tengah nak exam, bergaduh dengan boyfriends dan effect study. Masa tengah - tengah buat assignment, ada pula sleeping partner. Dan macam - macam lagi bentuk ujian, yang Allah datangkan pada hambaNya. 

Harap tabah harungi setiap dugaan. 

Kunci dia satu, walauapapun badai melanda (ewah ayat aku), please berbalik pada niat kita nak study. 

Dalam kelas pun, lecturer akan cakap benda sama. Berbalik pada niat, berbalik pada niat. Nasihat simple, tapi penuh meaning. 

4. Kewangan
If nak sambung belajar, kena usha korang nak sponsership yang mana. Either nak PTPTN, MARA, JPA, and the other scholarship?

Kalau nak full sponser PAMA(papa and mama, our parents), pun boleh. Terpulang nak yang mana.

Related image

Belajar ni memang nak kena jimat cermat dengan duit belanja yang diberikan. Dengan duit sponsership yang diberikan.

5. Focus
Part ni pun penting. Masa lecturer ajar, please focus. Sebab jenis degree punya level, ada macam - macam jenis lecturer yang kita jumpa. Kalau diploma, boleh lagilah lecturer 'suap', and focus pada student, kasi student betul - betul faham.

Dekat university, tengok lecturer. Bukan tak ada, ada je lecturer yang focus pada student. Dia jenis tegur sekali minta focus, then dia sambung ajar. Sebab satu kelas kadang dekat 60 something. Kau rasa, macam mana lecturer nak focus seseorang? So kena pandai - pandai focus sendiri. 

Ada juga lecturer, yang direct je mengajar. Kau faham ke kau tak faham ke, suka hatilah. Ok, kalau nak cerita, memang macam - macam jenis. Tapi apa yang penting, focus. Jangan nak harapkan lecturer 100%, kalau kita tak usaha dalam kelas pun, tak boleh juga. 

Masa lecturer ajar tu, take a note apa yang dia cakap. Sebab apa yang lecturer terangkan tu sangat important. Kadang tak ada dalam slide. Eh, memang banyak tak ada dalam slide pun. So kitalah kena tambah information dari lecturer tu, dan tulis dalam slide (yang diberikan lecturer). 

Sebab tu lah, kita akan dengar. Ada student yang tak study, tapi dia focus dalam kelas dan boleh belajar, and score kat exam. Yes, benda ni memang selalu ada. Even dalam kelas aku pun ramai je, student yang sebegini rupa haha. 

Aku paling tak percaya dekat kawan aku yang tanya - tanya markah, padahal markah dia paling tinggi. Masa tu rasa nak cepuk pun ada, mengada. Eee geram, nasib kawan, haha. 

Oh, lagi satu. Kalau lecturer bagi tips tu dalam kelas before final exam, focus kat tips tu. Penting untuk exam. So study sendiri apa lecturer bagi. Sebab tu kena focus masa dalam kelas, sebab dari awal semester, lecturer akan selitkan tips final exam sebenarnya. Nanti at the end of semester, ada je lecturer yang akan bagi hint "ok, apa yang saya sebut selalu dekat kelas, tu akan keluar nanti final exam ye". So masatu, dah menjajau tanya kawan "weyh apa ek, apa ek". Kalau tanya lecturer, memang ada je lecturer yang tak layan sebab dah berbuih dia cakap kat kelas, korang tak focus. 

So focus, penting.

6. Belajar sendiri
Part ni pun penting sangat. Mana - mana level pun kau belajar, (I mean dari SPM till the highers u can), part ni memang kau kena buat sendiri. Belajar sendiri. Sebab, takkan nak harapkan lecturer 100%. Tugas lecturer dalam kelas, just bagi lecture, selebihnya kita sendiri yang kena buat.

Masa nilah kita perlu cari mr google, buku teks (pun penting kena ada ye). Dua perkara nilah akan selalu berkepit dengan kita, bila kita study. Sebab dekat google banyak je information. Contoh, Green HRM (human resources management). So nanti banyaklah result akan keluar, pung pang, pung pang dia terangkan kat situ pasal green HRM.

Study group. Yes, yang ni pun korang boleh buat study group dan belajar sama - sama. Kalau tak nak ramai - ramai, buat group 2 or 3 orang enough. Sebab bila ramai - ramai ni pening weyh, nanti bukan belajar. Berbual lebih, hehe. Lagi sikit, lagi bagus.

Macam aku memang jenis suka belajar sorang - sorang. Tapi bila tak faham, mulalah pergi rumah kawan dan ajak dia study sama - sama.

Image result for study hard tumblr

Kalau belajar kita memang nak kena focus dan struggle.

If you are in semester 1 in university, so try to get highest marks as u can. Sebab, bila dah last - last semester ni, nak kejar susah. 

Good luck =D.

7. Jumpa lecturer, personal
Bila kita tak faham kat kelas, kenalah jumpa lecturer tu secara personal. Buat appointment dengan beliau, bila beliau free. So nanti dia akan ajar one by one dalam bilik dia.

So, lagi mudahlah kita nak faham sesuatu subject kalau macam ni.

Tapi at first sebelum jumpa lecturer, kenal pasti dulu mana yang betul - betul tak faham.

8. Belajar is belajar. Enjoy is enjoy
Kita kat universiti ni chill - chill je. Jangan nak belajar 24/7, nanti kita yang haru, kita yang stress. So better active juga dalam aktiviti - aktiviti kolej. Join la event sana, event sini. Satu message yang penting, bila kita join event (dan jadi AJK event tersebut), sebenarnya kita akan develop soft skills kita. Soft skills ni sangat penting untuk alam pekerjaan.

Image result for enjoy tumblr

Oh, plus dekat setiap universiti mesti akan ada scoran (scoran ni kira markah koko korang). Kalau tak complete scoran korang, bermaksud korang tak boleh convo. So nak tak nak kena complete kan juga. Aku pun bukan active bersukan dan active badan beruniform, jenis aku memang suka follow event - event. Pernah gak jadi AJK and assist them to handle one program. Its a big program. Peh penat. But Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Lagi satu, kalau nak hang out dengan kengkawan pergi jelah. No worries. Asal korang jangan lupa belajar time exam, quiz, pop quiz udah ler. Belajar is belajar. Enjoy is enjoy. That's simple things.

9. Solat
Usaha - usaha juga. Tapi solat jangan sesekali tinggal. Make it 5 waktu all times, if ada masa buatlah solat sunat. Solat dhuha. Baca Al - Quran. InsyaAllah semua tu akan lagi dipermudahkan.

Image result for pray muslim tumblr
Bila korang study pun, InsyaAllah akan rasa smooth je nanti. Senang nak masuk.

10. Jangan fikir masalah sangat.
Oh ye, biasalah kat mana - mana pun mesti ada cabaran yang mendatang. Masalah housemate roommate, kawan, boyfriends, ni semua benda biasa yang akan berlaku. Kadang - kadang memang boleh ganggu study kita, dan boleh effect result kita (yang boleh effect result, tu yang punah segala harapan aku rasa).

Huaaa...

Image result for stay happy tumblr

So kalau ada masalah, jangan campur adukkan masa tengah study. Be cool. Try be cool, walaupun sebenarnya susah nak be cool when we have a problem. Just ingat kita nak study and terus berjaya.

11. Penaik semangat
Masa study ni, kita mesti cari orang yang akan tolong naikkan semangat kita. Aku dah lah duduk kat Pahang, memang kalau free time tu tanya je mak aku tengah buat apa, masak apa. Walaupun benda yang sama. Haha macam tak membazir credit je kan. Tapi tulah aku buat.

Image result for family tumblr

Sebab bila dengar suara mak, rasa macam kuat sikit. Kadang nak menangis pun ada.

Lepas tu carilah geng - geng yang ok dan gila - gila, boleh layan perangai kita.

Senang cerita, cari geng yang boleh masuk kepala. Lepas tu enjoy sama - sama, study sama - sama, dan graduate sama - sama.

Kalau rasa stress, ambil masa untuk balik rumah. Tak pun call je parents, sebab dioranglah penaik semangat kita sebenarnya.

Ok guys, rasa dah banyak benda aku share. Kalau ada terkurang ke terlebih, harap dimaafkan ye. Dan harap entri ni dapat membantu korang.

Thanks luangkan masa baca entry ni.

Salam


Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. airah teringin nak smbung deg tapi keje dulu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga semuanya dipermudahkan =)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni hihi :'D

    ReplyDelete
  3. Degree boleh tahan susah tapi belum cuba belum tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul. Yang penting usaha, doa dan yakin pada diri =)

      Delete
  4. Assalam..sya bru sambung degree sem 1..sya mmg lemah inggeris & math..kos sya keushwann pelancongan (sememngnya sy nk kos kauseling tp xdk rezki sambng kos yg minat)..so ada lh bljr akaun..sy x dk basic akaun..kadang give up,rasa nk kerja je...dan nk truskn bisnes yg sya ada,walau sy mint bisnes tp sy x minat kos yg sy ambil ni..kena hadapi akaun,marketing..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !