Review novel dalam waiting list (novel)

Farah
1


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Review novel dalam waiting list (novel). So hari ni aku nak review novel, sebab dah lama sangat tak review novel dalam blog aku ni. Kot mana tau, korang interested ke nanti boleh beli dekat kedai - kedai buku yang berdekatan dengan rumah korang. 

Ni antara novel dalam waiting list (novel aku).
Nak baca entry tentang waiting list (novel), CLICK sini.

Tanpa berlengah marilah kita terus kepada review novel. Karang huda membebel, lain jadinya. 

1. Mohon jatuh cinta. 
Duhai kekasih mohon jatuh cinta dengan I. Euuuuuuuuuu, geli tekak. 
Novel Mohon jatuh cinta ni, paling lama aku ambil masa nak habiskan. Dari zaman study, sampai beberapa minggu lepas baru aku gigih habiskan baca tau. 

Novel mohon jatuh cinta ni, biasalah cerita cinta yang agak klise (so faham - fahamlah, why I cakap macam ni tau, hehe). Tapi still baca. 

Image result for mohon jatuh cinta novel

Sinopsis.

Novel ni mengisahkan tentang kisah Aimin Humairah dan Dani Isyraf. Aimin ni seorang yang agak kasar perwatakannya. Manakala Dani Isyraf pula, seorang yang agak panas baran. Anything suka mengamuk kat office. Dalam novel ni juga, Amin Humairah merupakan seorang pekerja kepada Dani Isyraf. 

Kira si Dani ni macam syoklah dekat Aimin. So tackle punya tackle, ingat dapat? Dah Aimin tak suka, macam mana nak dapat. Entah macam mana, one day ada orang fitnah diorang, dan kena tangkap berdua - duaan dekat rumah. Kena fitnah, dengan mak sedara dia pula tu. Lepas tu adalah watak antagonis yang lain. Jadi untuk tak mengerohkan lagi keadaan, mereka setuju jela dinikahkan. Jadi bernikahlah mereka. Tu pun ayah Aimin yang suruh, sebab nak tutup mulut orang kampung.

Masa dah nikah, si Aimin ni tetap juga macam keras hati, dan susah nak terima si Dani. Tulah tajuk dia, mohon jatuh cinta. Dalam cerita ni, si Dani tak putuslah tackle si Aimin. Kesian aku tengok Dani ni, penat tackle, tabah jela Dani oi. Nasib ada berlaku satu peristiwa, at last si Aimin terima juga si Dani ni. So, happy ending. 

2. Jodoh berdua.

Related image

Jodoh berdua ni, mengisahkan dan mengumpulkan cerita kisah benar mengenai percintaan. Kira macam, ada beberapa cerpen lah dalam buku ni.

Basically semua kisah tu, tentang jodoh. (Of course ler, dah nama jodoh berdua). Apa yang aku dapat simpulkan. It is not ease, to know each others. Nak dapatkan sefahaman antara dua orang tu agak susah (memang pun). Dalam perhubungan mesti ada cobaaaannn (bak kata P Ramlee). So apa - apa pun, kena sentiasa berdoa bahawa jodoh kita sentiasa berdua. Ewah haha.

3. Langit vanilla
Ok yang ni bukan novel klise, yang ni sebuah buku puisi. Tapi ada juga dia tulis, cerita pendek yang berkisar tentang diri dan orang di sekeliling si penulis. 

Image result for langit vanilla novel

Banyak puisi dalam buku ni, ada juga diselitkan cerita pendek. Tapi bahasa digunakan, melayu lama. Sampai aku yang baca ni, kena hadam betul - betul, kasi faham setiap bait dan patah perkataan yang cuba disampaikan penulis. 

Aku ambil masa beberapa hari juga nak habis baca satu buku ni. Semua puisi yang ditulis, mempunyai maksud - maksud yang tersendiri, mendalam. Deep kata orang.

Sejak baca dia punya buku ni, aku dah jadi jatuh hati pada tiap patah yang cuba disampaikan. Aku jenis, bila dah minat memang akan beli even one day (one day yang entah bila, sempat cari dan beli). So yeah, nanti kita search buku lain yang ditulis oleh si penulis. Tak sabar ✌.

4. Kitab terfaktab

Image result for kitab terfaktab kontrasi rasa novel

Kitab terfaktab pun bukan sebuah novel yang biasa aku baca. Kitab terfaktab ini juga, mengumpulkan cerpen - cerpen dari beberapa orang penulis. Tiap bait yang cuba disampaikan juga, penuh dengan seribu satu makna. Sampai terdetik dekat hati aku, deep weyh baca buku ni.

But it is reality. 

Menarik. Aku ada usha satu buku, nanti aku nak beli dan baca. Again, one day haha. 

5. Apokalips. 
Apokalips ni sebuah buku, atau cerita pendek yang di tulis oleh para doktor tentang kisah yang berlaku, sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang doktor. 

Image result for apokalips novel malaysia

Sejak baca buku diagnosis, aku suka baca buku macam ni. So ni, buku keluaran ketiga diorang, tak silap. Kalau ada lagi, nak beli. 

Bercerita tentang buku ni, bila kita mendalami setiap patah yang ditulis oleh para doktor, secara tak langsung si pembaca juga turut akan berasa cemas, jika ada situasi yang diceritakan itu amat mencemaskan. Misalnya, bila ada accident berlaku, mangsa akan dikejarkan ke bilik kecemasan. Dalam bilik tu, para doktor dan nurse akan sehabis baik dalam menyelamatkan si pesakit. Ya Allah, serious aku baca keadaan tu, cemas. 

Bila mereka dapat selamatkan, aku rasa lega dan tersenyum sampai ucap Alhamdulillah.

Haha, over betul 🙈😂😂.

6. Pujuk. 
Buku pujuk ni, juga adalah sebuah buku puisi. 

Image result for pujuk novel

Puisi yang direka oleh penulis sendiri. 

Basically oklah, best juga. 

7. Syurgaku tak sempurna
Sebuah novel yang agak klise, tapi lain sedikit. Kenapa lain? Mana tak lainnya, di akhir novel ni, aku rasa macam, banyak betul watak antagonis nya. Rasa macam nak marah penulis, kenapa buat watak diorang semua macam tu.

Image result for syurgaku tak sempurna novel

Zahlia yang baik, end up watak dia berubah. Heroin tu.
Ayah dia pun, jahat. 
Mak mertua dia pun, jahat. 
Apa ni??? Aku bermonolog sendiri.

Sinopsis 
(Mohon maaf sinopsis ni agak pening lalat. Tapi aku cuba cerita kasi simple. Dia punya cerita pun, pada awalnya buat aku pening dan tertanya - tanya, sebenanrya). 

Syurgaku tak sempurna, mengisahkan kisah percintaan di antara Zalia dan Tengku Zarif. Kira Tengku Zarif ni, cinta pandang pertamalah dekat Zalia. Then diorang kahwin atas restu ayah Zalia disempadan Thailand. Dah kenapa? Lepas tu, ayah dia pula tak nak jadi wali. Aku dah mula pelik, bila masuk part ni.

Then ada pula kisah ayah dia dengan mak mertua dia. Rupanya kekasih lama. 

Tapi ayah dia berdendam dengan keluarga Tengku Zarif. Complicated kan?

Waduh...

Ada satu babak, ayah dia yang bunuh Zaeem (anak Zalia dan Tengku Zarif). Ayah dia siap cakap, ayah akan tuntut hak keluarga kita. 

Apa ni? 
Setiap kali ada perkara macam ni, aku bermonolog sendiri. 

Lepas tu, mak mertua dia bagi pil gugurkan kandungan (Zalia mengandung kali kedua). Then kandungan tu gugur. 

Ending dia. Rupanya ayah dia dendam dengan keluarga Tengku Zarif sebab nak balas dendam untuk isterinya yang bernama Laili (ibu kandung kepada Zalia). 

Rupanya, Zalia tu anak tak sah taraf antara ayahnya, Tengku Kamal (ayah tiri Tengku Zarif) dan Laili (ibu kandung Zalia).

Tengku Zarif pula anak tak sah taraf, Tengku Zaharah(ibu kandung Tengku Zarif) dan Zahid (ayah tiri Zalia). Tengku Zahara dan Zahid sepasang kekasih, sebelum Tengku Zahara di nikahkan dengan Tengku Kamal, oleh bapa Tengku Zaharah. 

Akhirnya, Zahid (ayah tiri Zalia), mengaku bunuh Zaeem sebab dia tak nak Zaeem terus hidup, disebabkan kisah silam mereka.

Tak masalahnya, Zalia dengan Tengku Zarif tu tak salah apa. Si Zaeem anak diorang pun sama. (Huda bermonolog).

Ni keluarga 69 kot ahhaha. Adoi pening aku baca novel ni. 
Pun susah nak hadam pada awalnya, bila baca ending baru faham. 


Image result for syurgaku tak sempurna novel
Oh nak ada adaptasi. Ok kepada yang pening lalat baca sinopsis aku tulis ni,
boleh tengok drama ni. (Aku pun pening lalat baca novel ni, mula - mula). Search dia punya buku, tiba tiba jumpa benda ni. 

Oh dah di tayangkan pada Januari 2017. 
Cuba search kalau nak tengok cerita ni hehe.  


So oklah, sampai sini sahaja yang sempat aku type dalam entry ni. Thanks ok singgah dan baca, entry yang agak panjang juga. 

Yang ni ada yang dah baca separuh. Nak habiskan lagi separuh. 
Ada yang tak baca langsung lagi, pun ada.
Nanti aku review yang ni pula bila dah habis baca. hehe

Happy weekend guys,

Salam =D

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !