Assalamualaikum, =D
Hai semua,
Sekarang ni ramai je fresh graduate yang bekerja di luar bidang yang dia belajar. Contohnya, aku sendiri.
Belajar business studies, tapi jadi operation kat office, haha.
Kau rasa?
Lagi sedih, bila dengar kawan - kawan yang terus dapat kerja dalam bidang yang kiteorang belajar, masa kat universiti dulu. Ada yang terus jadi executive. Ada yang jadi, assistant manager. Itu ini, pung pang pung pang. Sampai sometimes aku rasa down, pernah je nangis sebab ni.
Macam dah lack of motivation. Padahal masa tu, aku dah kerja (baru sebulan, dua macam tu).
Dalam masa yang sama, mak ayah aku memainkan peranan yang bijak, diorang pujuk aku. Nasihat aku. Cakap, tak apalah, kerja kat sini pun ok. Ambil pengalaman. Nanti mana tau ada rezeki lain akan menyapa, etc etc. Dan begitulah nasihat kedua orang tua aku.
Aku rasa bersyukur, sebab diorang selalu bagi support kat aku. Dari zaman aku study, sampai aku dah bekerja. Perlahan - lahan aku terima rezeki yang Allah dah bagi kat aku. Alhamdulillah, sebenarnya aku dapat job ni sebelum aku graduate (masa bulan puasa tempoh hari). Sekarang dah masuk 4 bulan, aku bekerja sebagai seorang operation.
Alhamdulillah.
Lagi satu, aku suka kerja kat sini sebab dari pekerja hingga ke boss, tak pernah nak lokek ajar apa yang pekerja baru ni tak tau. They are so sporting! (Ni bukan kes nak membodek eh, tapi ni betullah).
Hari demi hari, aku dapat terima position ni. Kerja pun rasa macam tak bosan, sebab hati dah mula merelakan. Lepas tu, environment office aku pun aku dah boleh accept.
Untuk sedapkan hati, aku kaitkan apa yang aku kerja ni, dengan apa yang aku belajar masa diploma dan degree. Adalah kena - mengena (both). Walaupun kekadang kerja tu, bagai tak menang tangan. Tapi tulah, orang cakap kalau hati dah mula merelakan, jadi kerja yang kita rasa macam tak menang tangan pun, jadi senang jer kita siapkan semuanya. Alhamdulillah.
Up and down, masa bekerja tu biasalah.
Environment kat tempat kerja tu, pun biasalah.
Rasa motivasi dan kadang - kadang lack of motivation, tu biasalah.
Apa yang penting, kuatkan semangat. Dan fikir yang kita nak cari rezeki yang halal buat diri dan keluarga.
Ambil pengalaman dari pekerjaan yang kita dah kerja, current or past.
Ambil pengalaman dari pekerjaan yang kita dah kerja, current or past.
Pernah je tau, aku rasa macam nak berhenti kerja. Tapi cepat - cepat aku cakap kat diri, weh weh kau tu, fresh graduate jangan nak dok lompat - lompat kerja. Jangan nak buat - buat lupa apa kau belajar masa kat universiti. Nama je budak HR, tak tau tampo kang (haha, yang ni tipu jer). Takkan nak tampo diri sendiri. Aduh.
So, apa yang aku boleh cakap. Walaupun kita kerja kat mana je, apa sahaja position kita, accept jelah. Memanglah rasa macam 'lain sikit', sebab kerja luar bidang kita belajar. Tapi, pengalaman tu sangat penting tau. Pengalaman tu kau takkan jumpa kat mana - mana, selain kau sendiri yang tempuh.
Kesimpulannya apa sahaja rezeki yang dah tertulis buat kita, just accept it. Mana tau, akan ada rezeki lebih better akan datang. Who knows, right?
To all fresh graduate, kalau mana - mana ada kerja kosong tu, korang try je apply. Mana tau ada rezeki. Plus economy sekarang kan up and down, bukan senang nak dapat kerja. Kalau ada pun, kena compete dengan others. Tapi andai kata dapat kerja, do your best ok =D
Thanks baca entry ni,
Salam
I haven't started working yet but I could understand the feeling of not doing enough when I compare myself to my friends who's now working at the big company with high salaries. While, I, is still struggling to finish my studies. It sucks but I everyone has their own path.
ReplyDeleteGood luck to all of us!
betul tu. kerja ja dulu.
ReplyDeletesebelum jump to bisnes, awk kena tau operation mcm mana.
i think you in a right track
Alhamdulillah, tahniah farah dah bekerjaya! Haha. Tina ni still terkontang-kanting tengah belajar
ReplyDelete