Boleh ke aku pass semua paper ni?

Farah
1


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Boleh ke aku pass semua paper ni? Soalan ni akan datang menyapa dalam diri, setiap kali aku nak exam. Tak kiralah, quiz, mid term exam, apatah lagi final exam (final exam, lagi kecut perut tau). Fuh! Nak buat karangan. Karangan pula kena ada isi, tak ada isi totally out and you have given no marks!

I was like... Boleh ke? Boleh ke?

Pernah je terdetik dalam hati, "kau akan gagal". Tapi aku lawan semua kata - kata tu (walaupun tipulah, tak pernah rasa down sepanjang aku belajar). Tipu juga kalau air mata tak pernah mengalir membasahi pipi (gitu. Kan dah keluar ayat drama haha). Tapi, hati kena kental. Biar orang nak cakap apa, jadi jelah diri sendiri. Kejar jelah cita - cita, yang penting diri kau happy, masa depan kau cerah dan keluarga kau gembira tengok kejayaan kau. Right?

Lagilah bila dah masuk tahun 3, mula sibuk nak siapkan research paper (thesis kami). Dalam masa yang sama, sibuk belajar, sibuk pula siapkan research, sibuk siapkan assignment yang lain. Kadang - kadang rasa tak menang tangan. Tapi ini adalah perkara biasa yang di hadapi oleh para pelajar di universiti, lagi - lagi budak tahun akhir.

Nak buat research tu pula, perlukan commitment yang sangat tinggi. Siang sibuk dengan kelas, malam pula sibuk siapkan research. Kadang - kadang ada kelas ganti (sebelah malam), etc etc...

Bukan nak complain, tapi inilah reality. Bila dah tahun akhir, tidur pun dah semakin kurang sebab hati tak senang, bila research tak siap.

Walauapapun, aku cuba juga kuatkan hati,dan cuba yang terbaik dalam nak habiskan belajar. Alhamdulillah, I did it! =D

Berjalan menuju ke pintu gerbang, 



kenangan di pintu gerbang, :P
Officially graduate (campus Uniten Muadzam Shah, Pahang).

Permulaan untuk memulakan sebuah kerjaya ✌.

Banyak lagi gambar lain, tapi huda sempat kongsi dua gambar ni jer, hehe. 
Alhamdulillah dah sebulan convo,
Hadiah ni untuk my parents =)

Bila dah habis belajar, bila dah mula bekerja, perasaan rindu pada zaman belajar membuak - buak rasa. Rindu nak pergi kelas, buat assignment, sibuk dengan quiz, sibuk itu sibuk ini, tapi dalam masa yang sama, boleh lepak dengan kawan - kawan and release tension bersama. Yelah, bila dah penat study, mesti nak release tension seketika, kan? 

So nasihat huda di sini, buat adik - adik yang masih lagi belajar. Belajar lah rajin - rajin. Ambil peluang yang ada sehabis baik. Carilah kawan yang belajar sama, main bersama. Enjoy your study life ok, nanti korang akan rindu zaman study korang.

Bila dah kerja, walaupun seharian bekerja, esok tak ada tau bos nak cakap ok guys, esok cuti, kerja batal. Haha. No. No. So apa - apa pun, good luck guys. Study well ok ;)

Thanks singgah baca entry kali ni, 
Salam =D

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ok guys esok semua cuti dan kelas batal sebab saya kena oustation!!! yahoo!!! tapi, bila nak dekat habis, kemain sakit nak cover semua benda...huhuhuh
    have fun huda!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !