Assalamualaikum, =D
Hai semua,
Hari ni huda nak review Green Tea Cleansing Foam dari Innisfree, dan juga routine skin care yang di kongsi bersama seorang blogger yang terkenal.
Dah kempas kempis dah aku buat, sebab dah nak habis.
2 bulan guna, Alhamdulillah bertahan.
Satu ni RM 35.
Green Tea Cleansing Foam ni berasal dari Jeju Island, Korea.
Dan ini adalah product organic, yang berkesan merawat kulit wajah kita. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Normal skin, oily skin, sensitive skin dan jenis - jenis skin yang berkaitan , pokoknya sesuai aja sih untuk kamu semua.
Aku jadi yakin dengan Innisfree ni, sebab hari tu aku tengok video tutorial make up dekat youtube, dari seorang v-blogger yang popular di laman tersebut. Ha, nampak tak di situ, aku sekarang dah gemar tengok video make up ni ha, aduh! 🙈🙈.
Itulah yang bila terlalu depan Jusco, aku terus ajak adik aku masuk. Sambil mata melilau, sambil tanya adik aku tentang product Innisfree dari Korea ni. Adik aku pula cakap, dia pun banyak baca product korea ni, ok. Bila dah pusing - pusing satu kedai, sampai satu persatu product aku tengok, then aku tanya seller kat situ. Product mana yang sesuai untuk kulit sensitive.
Dia suggest kat aku, gunalah....Greentea dari Innisfree.
Aku dengan tawakaltu masa tu, beli je. Dalam hati berdoa, haraplah ianya berkesan dan tidak memberi apa - apa kesan yang membuatkan aku bertambah pening, dikemudian hari.
Sebelum Selepas
Sebelum dan selepas dua bulan, menggunakan product dari innisfree (green tea).
Selepas dua bulan penggunaan, Alhamdulillah scar dan parut jerawat makin berkurangan. Tapi bukanlah 100%, cuma nampaklah perubahannya sedikit demi sedikit.
Biasalah product - product organic ni, bukannya bagi kesan seminggu dua kat kulit wajah. Sebaliknya, nak dapat result tu kena sabar. Huda tunggu dua bulan. Alhamdulillah, hasilnya positive.
Hope lepas ni, product ini dapat membantu menghilangkan lagi kesan jerawat, dan scar yang masih ada pada kulit wajah.
Sejak pakai skincare green tea dari Innisfree, aku dapat rasa yang kulit wajah aku ni, sesuai dengan product - product organic. Since that, I buy this two product and hopefully, ianya juga akan memberi kesan yang baik pada kulit wajah aku.
Suka untuk huda kongsi di sini, to those yang mempunyai sensitive skin, korang bolehlah cuba product dari bahan organic ni. Pilih mana yang sesuai dengan kulit wajah korang.
Lupa pula,
Sekarang kan tengah popular yang routine skincare dari korea tu. So why not, kita semua try.
Ini adalah routine skincare, yang di kongsi oleh salah seorang blogger well known. So, huda saja nak share dengan korang. Harap dapat membantu =D
Oh ye, dekat bawah ni link blog dia. Korang boleh baca entry - entry beliau, berkenaan dengan routine skincare ni ok.
Harap entry ni dapat membantu semua. Thanks baca entry ni,
Salam =D
BV pun guna green tea cleansing foam tu, suka dengan bau dia :D nasib sesuai dengan jenis kulit muka :D
ReplyDeleteentah bila pula nak cuba ni tapi macam best je kan.
ReplyDeletekena beli online nampaknya nanti huda. Hihihi.
sy pun suka jenama innisfree ni,tahan lama,dan murah :D
ReplyDelete