Review buku (dalam waiting list) - Part 2

Farah
3


Assalamualaikum, =D

Hai semua. 

So hari ni huda nak review dua buah buku yang huda dah baca. Dan buku ni juga antara yang ada dalam waiting list huda. Maklumlah banyak buku/novel yang huda beli dulu, tapi masih belum sempat dibaca. Jadi sekarang kalau ada masa, habiskan baca buku - buku yang dalam waiting list tu. 

Inilah dua buah novel yang dalam waiting list huda. 

Nak baca review (waiting list) Part 1 - tekan sini.


Sarkastik Cinta - by Kitab Terfaktab
Novel ni huda bawa ke hulu ke hilir. Memang sentiasa ada dalam beg. Kalau ada masa, memang buka dan baca novel ni. 

Buku terbitan Kitab Terfaktab juga antara yang popular masa kini. Genre buku ni more kepada percintaan zaman remaja. Aku sendiri tak faham, kenapa aku beli buku ni. Nak cakap remaja, dah dewasa (kang mengaku remaja, ada orang muntah hijau kejap lagi haha :P). 

Buku ini mengisahkan teori cinta. Yes. Teori dari segi sains, fizik, dan nama teori yang aku tak pernah dengar pasal cinta, semua ada dalam buku ni. Dari segi penulisan dan pengolahan ayat, memang sempoi. So adik - adik yang berjiwa remaja (mana suka baca bab - bab macam ni), mungkin boleh masuk jiwa. 

Akak rasa lah yer, hehe. 

Dan aku sebagai seorang yang tak berapa nak remaja sangat (sebab umur tu dah more to dewasa. Tahun depan dah 26 tahun dah). Jadi, aku tak adalah hadam sangat buku ni, just baca macam sepintas lalu gitu. Sebab bukan jiwa. Baca pun sebab nak mengisi masa lapang, dan dalam masa yang sama, nak habiskan buku dalam waiting list.

Banyak lagi buku dalam waiting list, yang tak sempat aku baca lagi.

Limitless - Writer Nick Vujicic
Sekarang buku - buku ber-genre macam ni yang masuk jiwa. 
Aku beli buku ni sebab aku suka tengok semangat dia. 

Buku ni lebih kepada penceritaan diri penulis dari kecil hingga dewasa. Macam mana dia ada dan dapat kekuatan untuk berjaya macam sekarang, even dia tak sempurna. 

How?

First dia terima siapa diri dia. Kesedihan dalam menerima kekurangan, tu ada. Tapi beliau berazam dan tekad, untuk berjaya seperti orang normal. Penulis juga cakap, accept who we are. Jika kita ada kekurangan, kita kena accept apa adanya dengan ikhlas dan carilah sesuatu yang istimewa yang boleh buat kita berjaya pada masa akan datang. 

Dan dalam buku tersebut, berkali - kali penulis tekankan, bahawa setiap sesuatu dekat muka bumi ni, dicipta sebab God has His plan for us. We created because of His reason. 

My advice, we are as Muslim can read this book, but please just take positive advice from writer. Penulis ni dia beragama Kristian dan dalam buku ni ada sebut banyak kali pasal kepercayaan dalam agama dia. Sebab aku pun baca skip skip sebenarnya, mana yang ada part positive je aku baca. 

Oklah guys, sampai sini sahaja yang sempat huda tulis. Kalau ada masa lagi, nanti huda update entry seterusnya, InsyaAllah. 

Thanks guys luangkan masa baca entry ni. 

Assalaualaikum

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. e'in tak penah bace novel english.. huhu

    ReplyDelete
  2. yg terfktab lama dh tak baca. last baca buku dia yg warna merah rasanyaa. tajuk lupa dah. huda nanti kalau dh baca, review pleasee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !