Assalamualaikum =D
Hye semua,
Awal bulan 12 hari tu, aku dengan family singgah melaka dan bermalam dekat sana. Kiranya, macam short vacay lah, sambil melawat abang dan akak ipar kat sana.
Jalan - jalan sekali dengan diorang.
Memandangkan bosan dah jalan dekat shopping mall, so aku ajaklah parents aku pergi The Shore Sky Tower tu.
Masuk je perkarangan bangunan The Shore, nampak pula ada river cruise tengah dok merentasi Sungai Melaka. One of our family member, nak naik pula. Tu yang kiteorang pun naik dulu river cruise.
The Shore Jetty/River Cruise Melaka.
Sebelum naik river cruise tu, sempatlah masuk shopping mall The Shore kejap, cuci mata dan tengok barangan yang di jual dekat situ.
Then beli pula Tealive
Awal bulan 12 hari tu, aku dengan family singgah melaka dan bermalam dekat sana. Kiranya, macam short vacay lah, sambil melawat abang dan akak ipar kat sana.
Jalan - jalan sekali dengan diorang.
Memandangkan bosan dah jalan dekat shopping mall, so aku ajaklah parents aku pergi The Shore Sky Tower tu.
Masuk je perkarangan bangunan The Shore, nampak pula ada river cruise tengah dok merentasi Sungai Melaka. One of our family member, nak naik pula. Tu yang kiteorang pun naik dulu river cruise.
The Shore Jetty/River Cruise Melaka.
Then beli pula Tealive
So sambil merentasi Sungai Melaka, sambil tu menikmati TeaLive, perisa Mocha.
Sebenarnya, this is my first time lah beli tealive ni. Oklah rasa dia, sedap gak.
Dan pertama kali juga naik river cruise dekat Melaka ni. Selama ni, jalan - jalan dekat Bandar Melaka naik kereta.
Sambil naik river cruise ni, mata asyik memandang pemandangan sekitar Sungai Melaka. Sambil tu juga, kiteorang dihidangkan dengan sedikit sejarah Melaka (melalui rakaman yang dipasangkan). So sepanjang 45 minit dekat dalam river cruise tu, sepanjang tulah Sejarah Melaka diceritakan serba sedikit kepada kami, para pelancong.
Harga tiket nak naik river cruise ni, RM 15.90 (adult/person).
Tempat pertama yang kiteorang lalu, adalah rumah ni.
Rumah ni adalah rumah lama di Melaka, yang kini menjadi perhatian para pelancong.
Sebenarnya aku suka gak, tengok reka bentuk rumah - rumah lama Melaka ni. Unik.
Seni bina masjid diorang, pun cantik.
Duduk atas river cruise pun dah rasa tenang, sambil melihat pemandangan - pemandangan dekat sini.
Sesekali tangan dok leka snap picture, sebab suka sangat tengok seni lukisan mural dekat bangunan - bangunan yang kami lalui.
Antara Mural yang sempat aku snap.
Sebenarnya ada lagi, tapi kang kalau letak semua gambar kat sini, penuh pula entry ni dengan gambar mural sahaja.
Ok ni pula, panggung wayang pertama di Melaka.
Lepas naik river cruise tu. Kita masuk pula dekat bangunan The Shore.
The Shore Sky Tower.
Dekat bangunan The Shore pun, banyak tempat yang kita boleh masuk. Antaranya, The Shore Sky Tower, Toy Museum, The Shore Oceanarium, shopping mall, dan boleh juga menginap dekat The Shore Hotel and Resident.
Lepas naik river cruise, kiteorang terus masuk dekat The Shore Sky Tower. Sekali masuk, harga tiket untuk dewasa RM18/person, kanak - kanak RM12/person.
Apa yang menarik dekat The Shore Sky Tower ni? Menarik dia, korang dapatlah tengok sekitar Bandar Melaka.
View Bandar Melaka dari The Shore Sky Tower.
Orang cakap kalau tengok pemandangan malam Bandar Melaka, lagi cantik. Tapi kita pergi tengah hari terik pula, hehe.
Lepas puas tengok Bandar Melaka, kiteorang singgah makan pula. Kalau dekat Melaka ni, mestilah semua orang nak pekena asam pedas orang Melaka.
Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampung/Asam Pedas Pak Man.
Masuk je gerai Asam Pedas Pak Man ni, Ya Allah ramai gila orang dekat sini.
Nak makan, orang siap beratur,
Siap tunggu lagi dekat situ.
Sesak.
Lagi pula, time budak cuti sekolah, tu yang lagi ramai orang singgah gerai Asam Pedas Pak Man ni.
Orang cakap, kalau berduyun orang makan kat sesebuah kedai/gerai, confirm sedap.
Jomlah kita rasa dulu...
Selepas beberapa minit menunggu dan cari meja kosong, Alhamdulillah berpeluang gak rasa Asam Pedas Pak Man ni.
Sementara tunggu asam pedas yang dah di order sampai, kita pekena kuih keria Melaka/ Kuih keria Antarabangsa yang memang popular sejak kebelakangan ni.
Lembut dan sedap.
No wonder lah orang berduyun datang sini, sampai sanggup beratur.
Sebab asam pedas dia sedap.
Selesai menjamu selera. Kiteorang balik ler.
Oklah guys sampai sini sahaja yang sempat huda share. Thanks luangkan masa baca entry kali ni.
Bye,
Assalamualaikum =D
Tak pernah jalan-jalan dekat Melaka. Kesian.
ReplyDeletewishlist tahun ni untuk ke The shore sky tower
ReplyDeleteThe Shore best jugak. Suka berada di tempat tinggi walaupun gayat. Hehe.
ReplyDelete