Pengalaman pakai braces (almost 9 month)

Farah
13


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Almost 9 month pakai braces, dari tak pernah selesa dengan braces and now dah selesa.

Kalau nak lagi selesa, tiap sebulan sekali lah kena jumpa doctor dan fix balik braces tu. Kalau tak, hadap lah ketidakselesaan tu ye.

Dalam entry ni, huda nak share tips sebelum dan semasa pakai braces. Mana yang I tahu jelah ye, ikut my experience, hehe.



Pengalaman pakai braces (almost 9 month)


Tips sebelum pakai braces. 
1. Survey macam mana diorang pakai braces, kat mana diorang buat, sakit ke idok pakai braces ni, etc etc..

2. Survey harga.
Braces ni sama jer semua. Tapi setiap klinik berbeza harganya. Ada yang murah, ada yang mahal. So pilihlah mana yang ok. Terpulang pada diri sendiri dan ikut kemampuan.

3. Jumpa doctor.
Nak pesan kat korang, janganlah jumpa doctor fake (yang belajar pasang braces kat youtube tu). Better jumpa dentist. 
Sebab treatment braces ni, bukan sekali dua tau sepanjang pakai braces. Tapi berbulan - bulan. Contoh doctor jangkakan, kau akan pakai braces dalam masa dua tahun. Sepanjang dua tahun tu, dalam setiap bulan kau kena jumpa doctor untuk buat treatment.
Treatment pula, doctor tu sendiri akan tentukan based on patient. Setiap patient berbeza cara treatmentnya. 
So better jumpa dentist. Tak kisahlah nak jumpa dentist dekat kerajaan atau swasta. Terpulang.


Masa pakai braces.
1. Kena disiplin jumpa doctor/dentist.
Bila korang dah pakai braces, tiap - tiap bulan korang kena jumpa doctor. Kalau ter miss nak jumpa doctor, paling lambat dua bulan lah gap. Jangan nak gap lama - lama. 
Karang, korang yang tak selesa dengan keadaan gigi korang sendiri. Sebab tu, doctor selalu pesan, bulan depan datang lagi. (Maksudnya, setiap bulan kena datang).

2. Berus or kumur.
Lepas makan kenalah selalu berus or kumur. Kang nanti ada yang terselit celah braces, dah sendiri yang malu. 
So kena pandai - pandai jaga, macam mana nak kasi gigi bersih lepas makan. 

3. Jangan paksa gigit benda keras/liat.
Dah kalau rasa macam tak boleh nak gigit benda keras/liat masa pakai braces, janganlah awak gigit. Karang ada braces terbuka, dah pula kena jumpa doctor lagi. 


Sakit tak pakai braces ni?
Pertama sekali, korang perlu tahu yang keadaan atau condition gigi setiap pesakit adalah berbeza. So, sakit dia pun tak sama. 
Ada yang condition gigi dia ok, cuma dia nak ratakan lagi. Mungkinlah, rasa tak sakit sangat. Kalau sakit pun sikit.
Ada pula, condition gigi yang agak teruk, yang sakit dia tu tak menahan. Kadang sakit sangat, sampai satu tahap, ubat yang boleh melegakan sakit gigi tu, adalah tidur. 
Jadi setiap pesakit mempunyai pengalaman yang berbeza bila pakai braces ni. 


Oklah, sampai sini jer yang sempat huda tulis. Next time kalau ada masa, huda update lagi entry dalam blog ni. 
Assalamualaikum =D

Other entry related about braces:
1. Cabaran memakai braces - Pengalaman pertama kali pakai braces.
2. Selepas setahun lebih pakai braces - cerita pasal treatment secara ringkas

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. pernah terfikir nak pakai. tapi takutttt. hehe

    ReplyDelete
  2. good luck braces, bape taun tu kena pakai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks awak.
      In about 2 years macam tu

      Delete
  3. Azab nak pakai braces ni masyaAllah memang azab teruk. Sampai sekarang menyesal pakai braces xD

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ye awak, memang sakit.
      Tapi sakit tu based on orang juga dan treatment yang doctor buat. Sebab treatment ni pun kadang - kadang berbeza ikut keadaan gigi seseorang.

      Delete
  5. Sakit nye masa awal2 pakai braces. Skrg dh tak sakit sangat n boleh makan ape je haha. Tak sabar nak tunggu gigi cantik hehe.

    http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. yup ada.
      so bila rasa longgar tulah, kena terus jumpa doctor dan ketatkan balik.

      Delete
    2. Yup.tp kn dia ketatkan tu mse appoinment sbulan skali je.

      Delete
    3. Yup.tp kn dia ketatkan tu mse appoinment sbulan skali je.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !