Assalamualaikum, =D
Hi,
Kepada penggemar makanan Thai, korang boleh singgah di Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018, yang diadakan di Hero Market Desa Tebrau, Johor Bahru, pada 16 Aug sehingga 31 August 2018.
Johor Bahru – Rasai budaya Thai, makanan dan pelbagai persembahan Thai di 'Sabai Sabai
Thai Food Festival 2018'! Dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa Promosi,
Kementerian Perdagangan Thailand (DITP), HeroMarket dan HPG Marketing (M) Sdn Bhd,
festival ini diadakan di semua 24 gerai Pasaran HERO dari 3 - 31 Ogos. 2018.
Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 di adakan dari 16 Aug sehingga 31 Aug, di Hero Market, Desa Tebrau.
Sabai Sabai, yang bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa, dengan sempurnanya
merangkumi budaya dan gaya hidup Thai. Dengan tema ini, pesta ini telah menampilkan
pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan dijual di HeroMarket seluruh
negara. Selain itu, terdapat banyak tawaran-tawaran istimewa untuk produk Thailand terpilih.
Majlis Perasmian Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018, yang diadakan di Hero Market Desa Tebrau, pada 16 Aug 2018.
Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa
Thailand berkata, “Ini adalah 'Pesta Makanan Thai SabaiSabai 18’ yang pertama dianjurkan
bersama HeroMarket dan kami menjangka lebih daripada 70,000 pengunjung sepanjang
tempoh perayaan. Sejak kebelakangan ini, kami melihat peningkatan dalam permintaan produk Thailand yang berkualiti daripada pengguna Malaysia.”
“Kami memilih HeroMarket sebagai rakan kongsi untuk promosi, kerana semangat dan
sokongan berterusan mereka. Di samping itu, kami berkongsi wawasan yang sama untuk
pengguna Malaysia, iaitu untuk terus memberi lebih banyak pilihan produk berkualiti baik dari
Thailand,” katanya.
Suasana perasmian Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018, pada 16 Aug di Hero Market, Desa Tebrau, Johor Bahru.
“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’ untuk
mempromosikan produk dan budaya Thailand dengan para pelanggan kami. Kami berbesar hati
untuk bekerjasama dengan Kementrian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand
untuk inisiatif ini, dan mengalu-alukan kerjasama yang sama pada masa akan datang," kata
Francis Teng, Pengarah HeroMarket.
Antara makanan thai yang di jual di Pesta Makanan Thai Sabai - Sabai 2018.
Sepanjang tempoh perayaan, pelbagai produk baru akan dilancarkan di Malaysia. Ini termasuk
snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai - HACKS, keropok beras
Jepun- Doca, udang goreng dan kerepekketam - Manora, snek coklat Pocky, snek ikan rangup -
'Madam Fish', kerepek beras - Tawan.
Selain itu, snek kacang panggang - Otori, asam manis dari
Tamarind House serta makanan ringan dan minuman dari jenama antarabangsa yang
dihasilkan di Thailand, seperti Schweppes + C Lemon Flavor Soft Drink, Jus 100% Malee, Birdy
3-in-1 coffee, Hales Blue Boy Syrup dan banyak lagi, juga turut dipamerkan di Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018.
Menurut Encik Soh Vleong, Pengarah Urusan HPG Marketing, "Kami telah mengimport produk - produk
Thai sejak permulaan operasi kami kira-kira tujuh tahun lalu. Produk Thai mendapat
sambutan baik di Malaysia, kerana rakyat Malaysia memang amat gemar dengan kebudayaan
rakyat Thai yang unik, produk yang inovatif dan rasa makanan yang diterima.
Menjadi
sebahagian daripada 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’ telah memberi kami peluang untuk
bekerjasama dengan DITP, dan kami berharap kerjasama ini akan membuka jalan untuk
meningkatkan permintaan produk Thai untuk rakyat Malaysia."
"Thailand adalah salah satu daripada jiran terdekat kami, dan setiap kali rakyat Malaysia
melawat Thailand untuk perniagaan atau beriadah, kebanyakan mereka membeli produk Thai
semasa perjalanan mereka. Walau pun kami mempunyai pelbagai produk Thai di rak-rak kami,
sebagai rakan kongsi 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, kami dapat menawarkan lebih
banyak kepada pelanggan kami yang inginkan pelbagaian produk Thai, "kata Sharon Hew,
Pengurus Pemasaran HeroMarket .
Pertandingan yang diadakan:-
Sepanjang 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di
HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018, pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk
memenangi hadiah-hadiah menarik.
Hadiah untuk para pemenang
Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket
penerbangan Phuket dengan penginapan untuk 4 Hari 3 Malam.
Pemenang hadiah
kedua berpeluang memenangi dua tiket penerbangan pulang ke Hua Hin, dengan penginapan
untuk 3 Hari 2 Malam.
Pemenang hadiah ketiga akan menerima hamper bernilai RM500,
Pemenang hadiah
keempat: hamper bernilai RM300,
dan hadiah kelima: hamper bernilai RM200.
Untuk maklumat lanjut, mengenai Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18', sila layari facebook kami di,
#Sabaisabaifoodfestival #sabaisabaimy
Sabai sabai hehehe...
ReplyDeleteMeriah tau, macam-macam ado..
sabai sabaiii,,sambil shoping barang2 dari thai , jangan lupa nyanyi2 lagu sabai sabai sekali tauuu..hahhaha
ReplyDelete