Assalamualaikum, =D
Hi,
Baru berkesempatan nak update blog. Ok, kali ni huda nak share salah satu restoran makanan Itali dekat korang semua, iaitu Oasis Restoran - Thistle Hotel, Johor Bahru.
View sebelah Oasis Restoran.
Apa yang menariknya dekat sini, korang boleh dapatkan juadah dari Itali dekat Oasis Restoran, seperti pasta dan Pizza, dengan harga yang bermula dari RM18nett. Bukan itu sahaja, pelbagai menu lain juga turut disediakan, untuk para tetamu di restoran ini. Antara menu yang lain seperti, baked lobster, macaroni, dan beef rip.
Pasta dan Pizza adalah antara menu utama yang dihidangkan di Oasis Restoran.
Signature Pizza - Oasis Restaurant
Untuk makluman semua, terdapat 15 jenis pasta, 18 jenis sourse, dan 10 jenis pizza, yang disediakan khas dari chef - chef yang berkredibiliti, untuk para pengunjung restoran tersebut.
Ok guys, untuk bulan September ni. Pihak Oasis Restoran, ada buat 3 signature pizza untuk para pelanggan. Antaranya adalah,
Nusantara Pizza.
Nusantara pizza ni, di buat khas dari taste orang Malaysian. Which is topped yang digunakan, adalah sambal ikan bilis dan rendang ayam.
Dome Pizza.
Dome Pizza ni pula, memang dibuat khas ala - ala pie, dan isi dalam dia pula adalah daging dan sayur - sayuran.
Role Pizza.
Pizza biasa yang di role. Korang boleh makan dengan sourse pizza yang disediakan.
Signature Pasta - Oasis Restaurant
Ok, hidangan kedua yang popular dekat Oasis Restoran ni, adalah Pasta. Pasta pula, dihiasi dengan pelbagai warna. Menarik betul nampaknya, dan rasa sourse yang disediakan pula, sedap - sedap belaka.
Nampak tak dia punya warna yang sangat meriah tu.
Memang menarik perhatian, untuk menjamu selera. Ni kalau dapat kat anak - anak ni, mesti diorang suka makan. Sebab warna - warnanya tu, memang menarik perhatian anak - anak.
Trio Colour Pizza, adalah Fettuccine Pasta.
Didatangi dengan tiga warna, merah, biru dan hijau.
Merah: di extract dengan rose.
Biru: di extract dengan morning glory
Hijau: di extract dengan spinach.
Dihidangkan dengan pelbagai jenis sos.
Antaranya, Carbonara, Aglio Olio dan Bolognese.
Pasta Peanut Sauces.
Seafood Baked Pasta
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa hidangan lain yang turut disajikan untuk para tetamu yang hadir ke sini.
Baked Lobster
Beef Rip
Sausage,
disediakan khas buat kanak - kanak.
Macaroni Puff
Hidangan menu disediakan dengan menggunakan olive oil dan fresh herbs oil, bertujuan untuk lifestyle yang sihat. Hal ini, pihak restoran amat menitik beratkan kesihatan untuk para pelanggannya.
Hidangan khas untuk Vegetarian.
Selain itu pihak Oasis Hotel juga, menyediakan beberapa juadah untuk vageterian. Antara juadah yang dihidangkan adalah, Fruit Pizza, Mushroom Risotto, Trio Pizza, dan etc etc.
Waktu operasi Oasis Restoran:
Selasa - Sabtu, yang bermula dari 6 petang hingga 10.30 malam.
Restoran ini akan ditutup pada setiap hari Isnin sahaja.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook dan Instagram mereka.
Facebook Oasis Restoran: https://www.facebook.com/OasisRestaurantJb/
Instagram Oasis Restorant: https://www.instagram.com/oasis_restaurantjb/
Team JDT Blogger
Sampai di sini sahaja, untuk entry kali ni. InsyaAllah, nanti ada topic lain akan huda share dan update lagi. Terima kasih singgah dekat blog huda =D
Roulade Pizza tu sedappp gila inti dia tauuuuu. Nusantara Pizza pulak sejibik rasa nasi lemak.
ReplyDeletetak dapat rasa roulade pizza. nak rasa, dah hilang hahaa
Deletereview yang menarik.macaroni tu nampak sedap la.
ReplyDeletethanks kak,
Deletemacaroni tu memang sedap, hehe
Kalau Sis dah serbua yg beef steak tu haaaa ..
ReplyDeletePizza dia pun sedap² tengokkk
kita pun sempat bersua je sis beef steak tu, hahaa.
DeletePizza dia memang sedap - sedap (nusantara dengan dome pizza)
Sedappp pizza diaaa..akak suka dedua! Paling suka dome pizza tu sebab ade kambing 😜
ReplyDeleteyup. Inti dia sedap.
Delete