Grand Opening MBH Flagship Boutique, Johor Bahru

Farah
3

Assalamualaikum =D

Hi semua,

Alhamdulillah, hari tu Huda dan beberapa orang daripada group JDT Bloggers, di jemput untuk menyertai Grand Opening MBH Flagship Boutique, di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.


Apa itu MBH Flagship Boutique?
Untuk pengetahuan semua MBH Medispa di Johor Bahru, merupakan cawangan ke 6 dan telah beroperasi selama hampir 5 tahun, daripada tahun 2015. Dengan sambutan yang meriah, dan ramai pelanggan yang berkujung ke MBH Medispa Johor Bahru, kini pihak MBH telah menaik taraf MBH Medispa kepada MBH Flagship Boutique.

MBH Flagship Boutiqe ialah gabungan beberapa service kecantikan di bawah satu bumbung. Antara service yang ditawarkan adalah rawatan kulit, rawatan estetik (muka), laser dan rawatan rambut. 

Apa yang menarik dekat MBH Flalgship Boutique?
Selain dari gabungan beberapa rawatan kecantikan, mereka juga menawarkan rawatan kuku (manicure pedicure) tau. 

MBH Flagship Boutique ini juga, focus kepada Muslimah (kaum hawa) dan Muslim Friendly. Oh ye, kaum adam yang nak datang buat rawatan, pun boleh tau dekat sini. Bilik rawatan kaum hawa, dan kaum adam diasingkan bagi menjaga privasi masing - masing. 

Grand Opening MBH Flagship Boutique. 
Pada 26 Januari lalu, majlis perasmian  MBH Flagship Boutique berjalan dengan sempurna, dan dirasmikan oleh Bekas Adun Johor, Dato' Ir Hasni bin Mohamad.



Dato' Ir Hasni bin Mohamad diiringi oleh Puan Yaya Mohamad, Pengasas MBH.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Grand Opening MBH Flagship Boutique.
1) Sesi taklimat penjagaan kulit
2) Sesi analisa wajah secara percuma oleh Pakar Kecantikan Kulit Wajah yang terlatih,
3) Korang boleh dapat discount rawatan bagi pelanggan pertama sebanyak 90%, pelanggan kedua sebanyak 80% dan pelanggan ketiga sebanyak 70%. 
4) Ada juga sesi make up secara percuma, dan promosi jualan make up dari MBH.

Credit Photo: Farah Didi
Huda berangan nak try make up, tapi tak sempat haha. Maklumlah datang sana, kena buat kerja. Jadinya sempat dok usha - usha jelah make - up tu 😅😅.

5) Cabutan bertuah dan of course ler pihak MBH menawarkan hadiah yang lumayan


JDT Blogger di Grand Opening MBH Flagship Boutique.
Kak Eda, Mak Lin, Kak Ju, Farah Didi, dan Huda

Sebelum balik, kiteorang dapat beramah mesra dengan Pengasas MBH, Puan Yaya. 

Oh ye, lupa nak update pasal tempat MBH ni kat mana. Kalau dulu dia terletak di belakang Jakel, tapi ni dah pindah dan sebelah kedai Jeruk Pak Ali. 

Alamat MBH Flagship Boutique, Johor Bahru : Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, JohorJalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor 

Laman Web: MBH Medispa
Instagram  : MBH Flagship Boutique

Maklumat tambahan,
MBH Medispa, merupakan salah satu anak syarikat Moha Biotech. Ha, korang nak tahu tak apa itu Moha Biotech? Moh lerr singgah entry kita dan baca kisah selanjutnya - tekan sini untuk ke previous entry yang bercerita tentang Moha Biotech. 

Video diedit sepenuhnya oleh huda

Grand Opening MBH Flagship, Johor Bahru

Ok sampai di sini sahaja yang sempat huda tulis. Thanks singgah blog huda ok =D

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !