﷽
.Jangan Pandang Rendah Terhadap Orang Lain- Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.Imam Al-Ghazali menyatakan jika kamu melihat orang lain, kepada orang kafir dan kamu lihat orang kafir ini orang tidak beriman kepada Allah, jangan terburu-buru kamu menghukum dia adalah lebih hina daripada kamu kerana kamu tidak tahu apa penghujung kamu dan apa penghujung dia..
Bukankah di zaman Nabi Musa ada seorang yang aalim, seorang yang doanya mustajab seorang yang disanjung tapi pada penghujungnya adalah digambarkan oleh Allah Subhanawu Wata'ala sebagai ulamak, Asi Bin Baaurat orangnya soleh zahirnya, penghujungnya nasibnya tidak baik wal iyazubillah, dan ketika melihat orang kaafir jangan terburu-buru menilai yang kita lebih baik dari dia sebelum penghujungnya menentukan.
Memang kita membenci kepada kekufurannya tetapi bukan pada individunya kerana individunya kita tak tahu penghujung nasibnya macam mana. Kita lihat kita terlebih dahulu yang berbuat dosa sebelum dia berbuat dosa. Tengok sentiasa kepada kekurangan diri dan kelebihan orang. Maka baru kita akan melihat kalau diri kita ini memasuki pintu Tawadhuk. Kata Abu Yaazir Musta'mi orang itu dikatakan tawadhuk kalau tengok dirinya tiada nilai. Bukan hanya itu saja, adalah melihat dirinya lebih hina lebih rendah berbanding daripada orang lain.
Kata Baginda Rasulullah SAW ketika mengajarkan tentang tawadhuk, mungkin saja kamu lihat orang itu kusut masai rambutnya entah macam mana, tapi kalau dia berdoa kepada Allah doanya dikabulkan oleh Allah. Orang yang mungkin tidak kusut masai pakainnya rapi mungkin memakai selendang, mungkin juga pakai serban mungkin pakai kopiah belum tentu itu nilai kualiti disisi Allah Subhanahu wata'ala.
Eh kenapa kita nak menghukum dari segi zahirnya, pemakaiannya bila pula Nabi mengajar kita menilai orang dari segi pakaian? Ini agama adalah melihat hati orang, yang dinilai Allah adalah hatinya dan kita adalah berkonsepkan kepada agama ini tersebut, kita tidak berhak menilai orang dari apa yang kita nampak sebab Nabi tak pernah menilai orang dari apa yang Baginda nampak.
Wallahua'alam.
TheTypewriter
Credit: The Type Writer
Instagram: the.typewriterTelegram: The Type Writer (boleh join telegram The Type Writer dengan copy link ni ye).
Thank you for sharing. Nice article. Susah untuk buka mata manusia untuk berfikiran dalam. Apa yang mereka nampak diluar mata kasar, itulah yang akan mereka nilai. sedangkan mereka tidak melihat diri. Berpakaian bersih tapi hati kotor. Daripada berpakaian masai tapi hati bersih. Mcm si pengemis yang diredhai tuhan
ReplyDelete