Sealife Malaysia - Legoland Malaysia

FARAH
2


Assalamualaikum, =D

Hye semua,

Hari tu huda dan beberapa orang rakan blogger yang lain, berkesempatan pergi ke Opening Sealife Malaysia. Sampai - sampai je, rasa tak sabar nak masuk, tapi sebelum masuk tu kiteorang ada brief sikit dari GM Legoland, Kurt Stocks. 

Speech by Kurt Stocks. 

"Sealife Malaysia has been hit and we look forward to mesmerizing even more visitor while inspiring kids to learn, love and care for the ocean through edutainment" - Kurt Stocks.

Ok ni pula, selepas sesi Award Junior Rengers Malaysia. 
p/s: Maaf ler sis dapat amik gambar dari tepi je, sebab nak selit kat tengah - tengah dah pack dengan media, haha.

Ok gambar dari tengah stage. 
Parents + Media sibuk ambil gambar untuk simpanan dan kenangan.

p/s: kita pun sibuk gak ambil gambar diorang sebab kena letak kat blog and other laman social ✌.

Ok continue with my very important entry. 

So ini pemandangannya kalau korang datang dari Legoland Resort. 
Sangat cantik decoration dia ye, mestilah ada lego kat situ. 

Begitu juga signature yang dibawa oleh Legoland dekat Sealife Malaysia ni. Ha, kalau korang nak tahu, Sealife Malaysia merupakan Negara pertama yang membawa signature LEGO Theme. Menarik! 

Bila korang masuk dekat entrance je, korang akan nampak this things dalam aquarium. 

 Oh ye, untuk pengetahuan semua dekat sini terdapat lebih 13 000 hidupan laut dari 120 spesis yang berasal dari 11 habitat yang berbeza. 

Bala Shark

Kampung House nama diberi. 
Kenapa Kampung House?

Kampung House melambangkan ikan - ikan yang terdapat di Malaysia itself. 

Dekat sini korang boleh tengok beberapa jenis Seahorses. 

Kuda Laut ni boleh didapati dekat Lautan Malaysia. 

Apa yang menariknya, kuda laut boleh bertukar warna dan pattern tetapi hanya dalam beberapa waktu sahaja, mengikut kesesuaian di mana dia berada. Dan teknik ini, adalah sebagai tektik penyamaran. 

\
Ikan Pari Karang/Blue Spotted Ray.

Tapak Sulaiman. 

Korang boleh rasa tapak sulaiman tu. Tapi syarat sebelum sentuh tu, kenalah basuh tangan dulu ye. 

Zebra Shark 

Obor - Obor. 

Teruja budak - budak tu tengok obor - obor. Dan teruja juga diorang dok tukar - tukar warna lampu. Dekat situ ada suis, jadi kita boleh tukar sendiri lampu tu. Ada 6 warna semuanya. Pilih jela. 

Sis pun tak nak lepaskan peluang tengok obor - obor. 
Ala dekat aquarium boleh la acah - acah pegang, cuba betul - betul tak taulah jadi apa, huhu. 

p/s: eh tersama tema pula warna baju kita ✌. 

Others picture:-




Apa yang best, korang boleh rasai sendiri ada dekat dalam Aquarium dengan ikan. 

Macam mana?

Actually dia ada satu terowong, so korang masuk kat situ, macam adik tu buat. Teruja tau dia tengok ikan tu, haha. 



Rancak sangat berbual pasal ikan, sampai lupa behind the scenes ni tau. Untuk pengetahuan semua, Sealife Malaysia ada buat sesi "Behind The Scene Tour"

Apa tu?

Ok Behind The Scenes Tour ni, diorang akan terangkan dekat korang macam mana penjagaan ikan - ikan dekat situ, makanan apa yang diorang bagi dan etc etc. 

Sorry tak bolehlah reveal semua. Takdelah surprise-nye kang. 
So kalau nak tahu, korang kenalah buat behind the scenes tour ni ok. 

Masa peruntukan Behind the scenes tour ini diberikan selama 20 minit sahaja. 

Ok kita belanja satu gambar. 
Ni dekat bahagian Food Preparation. Tour Guide kiteorang time ni, dok terangkan pasal food preparation untuk semua ikan dekat situ.


Price listing untuk Malaysian/Singaporean and International - Sealife Malaysia.

For Malaysian:
RM95 (per adult), RM74 (per child).
If nak buat behind tour scenes, tambah RM25 each price. 

For Singaporean
RM95+RM58 (per adult), RM74+RM58(per child)
If you want join "Behind The Scenes Tour", you guys need to add on RM25 each price.

For International
RM95+RM98 (per adult), RM74+RM98 (per child)
If you want join "Behind The Scenes Tour", you guys need to add on RM25 each price.

Rasa ketenangan bila datang sini dan tengok kehidupan laut, ciptaan Allah. 
Alhamdulillah for the opportunity. 

ok guys, thanks for spent your time to read my entry. Jmeput singgah Sealife Malaysia if ada kelapangan. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Jom ke Sealife Legoland..kita tengok ikang berenang hehehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya tak sabar nak tunggu baby besar bawak dia datang sini

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !