Truly Malaysian Buffet Dinner at Makan Kitchen, Double Tree by Hilton

FARAH
5


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Sekarang ni orang buat IG story dengan tagline "makan - makan" dengan jari - jemari dok menari - nari dekat screen telefon tu kan. So huda pun nak juga follow tagline tu la, tapi takde lah nak menari - narikan jari aku. Jari jemari aku selalu menari - nari atas keyboard je, haha. So dengan tagline baru "makan - makan", huda nak bawa korang makan - makan dekat Makan Kitchen, Double Tree by Hilton. 

Jom kita...

Sempena dengan hari Malaysia, Double Tree by Hilton bawakan "Truly Malaysian Buffet Dinner" khas untuk para pelanggan. Promotion akan diberikan kepada korang, tapi dengan syarat. Nak tahu syaratnya, ok jom baca entry huda sampai habis, nanti huda cerita kat korang apa dia promotion yang pihak Double Tree janjikan tu. 


Nama pun satu Malaysia, jadi hidangan daripada 3 bangsa yang berbeza akan disediakan di sini. Nak tahu apa hidangan tersebut? Ok jom huda bawa korang terjah...

1. Indian Dishes

Vadai, Ulutu Vadai and the sauces. 

Roti Nan dan Ayam Tandoori.

Kena makan panas - panas dia punya roti nan barulah sedap. Di hidangkan pula bersama ayam tandoori yang menaikkan lagi selera. 

2. Chinese Dishes
Chinese Kitchen membawa khas Masakan Hainanese and Cantonese antaranya, "Baked Wenchang Chicken", "Puqian Zaopa Local Vinegar Seafood Noodles", and etc etc.  


Udang masak rempah, 
yang sedap dan boleh tambah lagi.

Ikan Stim Nyonya, 
yang biasanya di makan dengan telur dadar. Enak. 


3. Malay Dishes. 

Sup Tulang Sum Sum Kambing,
Aneka Ikan Masin (makan dengan nasi panas - panas, peh terangkat gamaknya).

Nasi Kerabu.
Korang boleh pilih lauk, atau nak full set yang ada daging + ayam + lada solok.

Laksa Penang

Nasi Dagang

Nasi Kak Wok.
Nasi Kak Wok Full Set, ada ayam + daging

Side Dishes. 
Terdapat aneka side dishes yang korang boleh pilih antaranya, 

Bubur Cha Cha,
Sago Gula Melaka,

Pandan Layer Cake, 

Ice  - cream cedok dan tidak ketinggalan ada ice cream malaysia yang pelbagai perisa antaranya asam boi, jagung, bandung dan lain - lain. 

So tunggu apa lagi, moh ler booking sementara ada promotion ni. 

Cara untuk booking, korang boleh call 07-268-6868, atau email je dekat JohorBahru.FB@hilton.com.

Sebelum terlupa, huda nak bagi tahu korang promotion yang korang akan dapat if korang datang makan dekat Double Tree by Hilton bersempena dengan Hari Malaysia. Syaratnya korang kena pakai pakaian tradisional dekat Malaysia, dan korang akan dapat 10% discount dari total bill korang. 

Antara pakaian tradisi yang dicadangkan adalah Baju Kurung, Baju Melayu, Cheongsam, Saree atau apa jua pakaian tradisi pelbagai kaum yang ada dekat Malaysia ni, 

RM 88 per adult,
RM 44 per child and for senior citizen,
plus with 10% discount of your total bill if you guys wearing pakaian tradisi masa makan buffet dekat Makan Kitchen, Double Tree by Hilton.

1-30 September 2019 sahaja
Ahad - Khamis (jam 6.30 petang hingga 10.30 malam)

Ok sampai di sini sahaja yang sempat huda update dengan korang. InsyaAllah later huda update lagi ok. 

Thanks datang singgah dekat blog huda. 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya buffet nie boleh try macam-macam menu masakan dari pelbagai kaum. nak sangat try masakan india..

    ReplyDelete
  2. Sedap semuanya menunya kann, puashati makannnnn....

    ReplyDelete
  3. Makanan malaysia mmg sedap..mkn tiap2 hari masih kena dgn tekak..yg penting pedas..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !