Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor

FARAH
4

Assalamualaikum, =D

Hai semua,

Sky Mirror merupakan daya tarikan pelancong di Kuala Selangor. Bila dengar je Sky Mirror, aku sendiri rasa teruja dan tak sabar nak pergi sana. Awal tahun ni, aku tertengok beberapa gambar viral dekat Sky Mirror, saat tu aku terpena bila tengok keindahan alam ciptaan Allah. Dalam hati kata, one day nak pergi sana dan nak tengok sendiri Sky Mirror ni how it look exactly?

Ini kisah aku bersama beberapa orang rakan media, yang turut serta dalam Media Trip under Tourism Malaysia tempoh hari.

Kami menginap di Red Hotel by Sirocco yang terletak di Kuala Lumpur. Seawal pagi kami dah bersiap, sarapan, dan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam lebih untuk tiba di Kuala Selangor. 

Bila sampai, cepat - cepat turun dari bas. 

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor
Welcome to Kuala Selangor everyone!

Nampaknya semua tak sabar nak pergi tengok dan bergambar dekat Sky Mirror tu, termasuk aku! 

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor
Dan kami dah tiba di Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor. 

Sampai sini, kami tunggu sekejap sebelum diarah menaiki bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit - 35 minit, dari Jeti Pekan Lama ke Sky Mirror.

Agak jauh ye perjalanan tu. 

Turun je dari bot, aku tengok kawasan ni sangat luas. SubhanAllah, besar sungguh ciptaan Allah. Dan dekat situ aku nampak ramai sangat orang. Serious ramai gila! Sana, sini ada orang amik gambar dan bergambar. Memang unik sangat Sky Mirror ni. Korang bayangkan, luas dia macam 10 kawasan padang bola. Boleh tak korang bayangkan berapa luasnya kawasan dekat Sky Mirror ni? 

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor
Antara kesibukan dekat Sky Mirror yang sempat aku rakam. 

Sky Mirror ini merupakan penemuan dan daya tarikan terbaru di Kuala Selangor. Kalau korang nak tahu, Sky Mirror ni sebenarnya adalah kawasan pantai, dan ianya merupakan sebuah 'Pulau Misteri', yang terletak di tengah - tengah laut, berhampiran dengan Kampung Sasaran, Kuala Selangor. 

Nak datang ke Sky Mirror ni, tak boleh main datang je tau. Korang kena tahu bila masa boleh dapat gambar cantik untuk bergambar dekat Sky Mirror ni. Fenomena ini tidak selalu berlaku dekat "Pulau Misteri" ni, ianya akan terjadi pada 6 hari setiap bulan mengikut Kalender Lunar Masyarakat Cina, iaitu pada hari Pertama, ke-2,14,15,16 dan 30 sahaja. Kalau korang nak dapatkan kepastian mengikut Kalender Masihi, boleh google untuk dapatkan maklumat lanjut. 

Bukan tu je tau, korang juga disarankan untuk datang bila air laut dah surut dan ianya berlaku sekitar 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat, nanti korang ter-miss untuk dapatkan gambar yang cantik saat fenomena "Salar de Uyuni" berlaku. 

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor
Sementara tunggu diorang set up, kita amik gambar dulu. Tak sabar lah memasing dok snap picture sebagai kenangan. 

Kenapa kena set up?
Yes memang kena set up, sebab kalau tak set up korang akan dapat gambar macam dekat atas tu - no reflection. Bila dekat Sky Mirror, kenalah ambil gambar reflection yang cantik. 

Macam mana diorang set up?
Dalam package memang sekali fees tu untuk bot dan tour guide khas, yang akan bawa korang dari Jeti Pekan Lama ke Sky Mirror. Tour Guide itu juga berperanan set - up mini studio semula jadi, dan akan jadi photographer korang sepanjang korang di sana. 

Sebelum diorang set - up, mereka akan cari satu kawasan yang sesuai untuk kumpulan under dia ambil gambar. Bila mereka dah identify sesuatu kawasan yang ok dan agak privacy dari kesibukan ratusan manusia dekat situ, mereka akan mula set up dengan membuat permukaan pasir menjadi rata, bagi menyerlahkan lagi "reflection" atau cermin semula jadi.

Berapa fees bot dan tour guide?
RM80 (per adult), RM60 (per child) - Malaysian Citizen 
*fees ini termasuk package bot, diorang set up mini studio semula jadi dan siap sekali cas untuk ambil gambar korang. 


Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor
Bila mereka dah siap set - up mini studio semula jadi, inilah hasilnya!
Cantik bukan?

Ok, ni semua antara wakil media seluruh Malaysia. 
Dari Selatan, Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. 

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor
Dan kami wakil media dari Selatan (Johor dan Melaka)


Sebab sebelum ni kiteorang tak pernah datang sini, so tak tahu macam mana gayanya bila datang ke Sky Mirror. Mujurlah hari tu kiteorang pakai baju warna - warni, jadi ambil gambar pun nampak cantik. 

Tips nak ambil gambar cantik dekat sini. 
Huda sarankan korang pakai dan bawa props warna - warna yang menyerlah. Eh kena ada props ke? Tak perlu pun, tapi kalau korang nak gambar cantik, kenalah bawa. Baru nampak best!

Contoh gambar tak ada props:

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor

Contoh gambar ada props:

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor

Sky Mirror Merupakan Daya Tarikan Pelancong di Kuala Selangor

Bagi korang yang minat dengan seni photography, dan yang nak rasai sendiri pengalaman ambil gambar dekat Sky Mirror, korang bolehlah datang sini. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Sky Mirror, korang boleh layari laman web Majlis Daerah Kuala Selangor (Sky Mirror, Kuala Selangor) - click pada pautan/link

Atau boleh contact En YM Lim di talian - 019 - 266 6665. 

Alamat Jeti Pekan Lama, Kuala Selangor - Jeti Pekan Lama Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. 

Ok guys, sampai di sini sahaja yang sempat huda share. InsyaAllah kalau ada masa dan peluang nanti huda cerita lagi tentang Trip bersama Tourism Malaysia. 

Thank you singgah baca dan support blog huda. 


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahahah teringat kenangan kat sana...semua orang teruja!

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnyaaa! Kalau pergi dengan family pun mesti lagi best kan? Mesti lagi riuh and macam macam posing hehehe

    ReplyDelete
  3. hhehhehehee..best sangat bergambar dekat sini..we hooo.... paling kecoh geng2 kita lerr

    ReplyDelete
  4. perrgghhh! nice picture!

    dekat kuala selangor aje rupanyaaaa. dekat sgt dgn kampung.baru tahu.haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !