Assalamualaikum, =D
7 idea hidangan cepat & mudah sempena PKP bersama Ayam Brand ™️ | Hye semua, seperti yang korang tahu Ayam Brand merupakan salah satu jenama isi rumah Malaysia dan Asia Tenggara, yang cukup dikenali selama 125 tahun. Makanan tin yang dikeluarkan oleh Ayam Brand pun semuanya berkualiti tinggi, hingga jenama mereka tersenarai dalam 10 jenama FMCG pilihan Malaysia. Wow sangat kan!
Specialnya entry kali ni, huda nak share dengan korang 7 idea hidangan cepat dan mudah sempena PKP. Kot - kot korang no idea nak masak apa. Sila - sila lah rujuk resepi Ayam Brand Malaysia ni. Senang sangat nak masak! Trust me.
Specialnya entry kali ni, huda nak share dengan korang 7 idea hidangan cepat dan mudah sempena PKP. Kot - kot korang no idea nak masak apa. Sila - sila lah rujuk resepi Ayam Brand Malaysia ni. Senang sangat nak masak! Trust me.
7 Hidangan cepat dan mudah bersama Ayam Brand ™️.
Hidangan 1 : Kacang Panggang dan telur
Kacang Panggang dan telur, sesuai untuk buat hidangan sarapan pagi. Di tambah pula dengan sekeping dua roti, dan teh panas. Sedap, dan cukup untuk alas perut pagi hari.
Bahan - bahan yang diperlukan
1 tin Kacang Panggang Ayam Brand
1 biji bawang hollen (dicincang)
1/2 ikat bayam
3-4 biji telur
lada merah (1) / cili padi (beberapa, ikut tahap kepedasan yang korang suka).
Chili flakes (optional)
Daun Pasley
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Sedikit air
1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
2. Minyak dah panas, tumiskan bawang holland, lada hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air. Gaul rata.
4. Masukkan bayam, masukkan garam secukup rasa. Gaul rata dan biarkan sayur empuk seketika.
5. Masukkan 1 tin Kacang Panggang Ayam Brand, gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
6. Kecilkan api sikit, pecahkan satu per satu telur. Biarkan telur tu masak empuk.
7. Masukkan baby spanish. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
8. Siap, dan hidangkan.
Hidangan 2 : Tuna Pizza
Hidangan Tuna Pizza ni pula sesuai dihidangkan untuk hidangan petang, dan malam. Hidangan pizza tuna express ni masak 10 minit dah siap.
Bahan - bahan
Beberapa keping roti Pita atau boleg guna roti sandwich
1 tin Tuna Omega 3 in Extra Virgin Olive Oil (Ayam Brand)
1 tin Tomato Puri (Ayam Brand)
1/2 cawan Mozilla Cheese
1 tin Sweet Corn Ayam Brand
Cara nak memasak
1. Panaskan Oven 200 Celsius. Carik - carikkan isi tuna.
2. Ratakan 1 sudu Tomato Puri Ayam Brand ke atas kepingan roti pita.
3. Letakkan pula 1 sudu Tuna dan Sweet Corn (Ayam Brand) ke atas kepingan roti pita.
4. Letakkan cheese mozilla yang sudah di parut ke atas kepingan roti pita.
5. Masukkan dalam oven selama 5 minit - 6 minit.
6. Dah siap, hidangkan.
Hidangan 3 : Nasi Lemak
Hidangan nasi lemak adalah salah satu hidangan favourite rakyat Malaysia. Hidangan ni pun sangat mudah untuk dibuat.
Bahan - bahan untuk memasak
1 kotak kecil santan Ayam Brand (Coconut Milk, Ayam Brand)
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Beras
Sedikit air
Cara untuk memasak
1. Masukkan beras (untuk masak 2 pot nasi). Basuh beras hingga bersih.
2. Masukkan 1 kotak santan kecil (Ayam Brand). Letak sedikit air (sampai paras nak masak nasi 2 pot).
3. Masukkan daun pandan, sedikit garam.
4. Hidupkan periuk nasi dan start masak. Masa 1/2 way nasi nak masak, gaul rata supaya dekat bawah tak hangus.
5. Biarkan ianya masak hingga tanak.
6. Hidangkan.
Hidangan 4 : Sardin Pasta
Pasta. Siapa je yang tak suka pasta. Pasta inilah antara hidangan yang mudah nak masak. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, termasuklah Sardin Ayam Brand yang sekian lama menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Meh huda share resepi yang simple ni dekat korang.
Bahan - bahan
1 tin sardin Ayam Brand
1 bag plastic of pasta (huda suggest jenama Kimball), sebab pasta Kimball banyak yg lembut dan best.
1 biji bawang holland, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
beberapa cili padi (ikut korang nak pedas macam mana). Cili padi tu dicincang.
1 sudu besar Tomato Puri (Ayam Brand) - optional
50g grated cheese
Minyak untuk menumis
garam dan ajinamoto secukup rasa
Cara - cara untuk memasak
1. Rebus pasta hingga empuk. Keep gaul untuk tak biar dia melekat. Optional letak minyak. Rebus dengan api yang sederhana besar.
2. Bila dah siap rebus, toskan.
3. Asingkan kuah sardin dan ikan sardin. Carikkan ikan sardin.
4. Panaskan minyak, tumiskan bawang holland, bawang putih dan cili padi yang telah dicincang. Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan kuah sardin, dan ikan sardin yang sudah dicarik. Gaul rata.
6. Masukkan sedikit air, garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul rata. Masak hingga ikan sardin tu empuk.
7. Masukkan pasta yang sudah di rebus tadi. Gaul rata.
8. Last sekali masukkan cheese. Gaul rata. Biarkan ianya mereneh/mendidih rata.
9. Hidangkan.
Hidangan 5 : Curry Mackerel
Sesekali mesti nak kelainan bukan? Ok hari ni Ayam Brand nak share dengan korang resepi yang agak mudah dan senang untuk dihidangkan, iaitu Curry Mackerel.
Bahan - bahan untuk memasak
(*) bahan - bahan untuk di blend
5 biji bawang kecil / 2 biji bawang besar (dipotong nipis)(*)
4 ulas bawang putih (dipotong nipis)(*)
1 cm halia(*)
2 sudu besar serbuk kari(*)
1 tin besar Sardin Mackerel Ayam Brand
1 kotak kecil Santan Ayam Brand
1 biji tomato (dipotong 4)
1 biji terung (medium saiz) - dipotong nipis
Kacang bendi (4-5 batang)
1/4 cawan asam jawa
Minyak untuk menumis
garam dan ajinamoto secukup rasa
Rempah ratus (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang - star anise, 3 bunga cengkih - clove)
Cara untuk memasak
1. Blend bahan yang ditanda (*).
2. Asingkan sardin dengan kuah sardin (tomato sos)
3. Panaskan kuali, tumis bahan - bahan yang sudah diblend, rempah ratus, dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air, masukkan kuah sardin (tomato sos), air asam jawa, garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul rata dan biarkan ianya mereneh seketika.
5. Masukkan ikan sardin, kacang bendi, dan terung. Gaul rata. Tutup kejap bagi semuanya masak.
6. Masukkan 1 kotak kecil Santan Ayam Brand. Gaul rata.
7. Masukkan pula tomato yang sudah dipotong kepada 4 bahagian. Masak hingga mendidih dan biarkan kuah kari sedikit pekat.
8. Siap, hidangkan.
Resepi 6 : Kentang dan tuna pedas
Kentang dan tuna pedas, makan dengan dengan nasi panas - panas dah cukup. Sedap dan siap boleh tambah dua tiga kali. Cara nak memasak pun senang sangat.
Bahan - bahan yang diperlukan
1 biji bawang holland (dipotong dinipis)
2 ulas bawang putih (dipotong nipis)
beberapa tangkai cili padi (ikut tahap korang nak pedas macam mana) (dipotong nipis)
3-4 biji kentang (dipotong dadu)
1 tin Tuna in Olive Oil (Ayam Brand)
Sedikit air
Garam dan ajinamoto secukup rasa
Cara untuk memasak
1. Panaskan minyak untuk goreng. Goreng kentang dulu. Goreng hingga empuk ye.
2. Asingkan minyak yang goreng kentang tadi. Tinggalkan sikit untuk menumis.
3. Guna kuali yang sama, tumis kan bawang holland, bawang putih, dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air, dan 1 tin Tuna in Olive Oil (Ayam Brand). Gaul rata
5. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih rata.
6. Last sekali, masukkan kentang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata biar ianya mereneh.
7. Siap. Hidangkan.
Hidangan 7 : Sardin Roll
Sardin roll ni nampak senang nak dibuat, sedap pula tu. Huda pun tak tahu kenapa sejak - sejak ni, suka makan something with sardin, macam karipap sardin. Mungkin juga sardin roll boleh menjadi favourite huda nanti hehe.
Sardin roll sesuai untuk dibuat sarapan pagi atau minuman petang. Hidangkan dengan sos cili atau sos tomato, bersama secawan teh o /teh panas. Peh lengkah ye hidangan pagi kita.
Bahan - bahan
1 tin besar Sardin Ayam Brand
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
3 tangkai cili padi (optional)
1 biji bawang besar (dicincang)
Roti Sandwich
2 biji telur, dipukul secara dadar
Breadcrumbs
Garam dan Ajinamoto secukup rasa
Minyak untuk memasak
Cara untuk memasak
Cara 1 :-
1. Tuangkan 1 tin sardin dalam mangkuk. Lenyek sardin hingga lumat (mashed the sardine).
2. Masukkan bawang dan cili padi yang telah dicincang, masukkan jus limau purut, garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul rata.
3. Sapukan adunan sardin pada satu persatu roti sandwich. Gulung roti sandwich tersebut.
4. Masukkan satu persatu roti kedalam telur yang telah dipukul, kemudian salutkan pula dengan breadcrumb hingga sebati.
5. Panaskan minyak untuk goreng. Bila dah panas goreng sardin roll tersebut.
6. Siap, hidangkan.
Cara 2 :-
1. Panaskan kuali untuk menumis. Tumiskan bawang dan cili padi yang telah dicincang. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan sardin, masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul rata, biarkan ianya mendidih.
3. Biarkan ianya sejuk seketika. Then lenyek sardin hingga lumat (mashed the sardine).
4. Sapukan adunan sardin pada satu persatu roti sandwich. Gulung roti sandwich tersebut.
5. Masukkan satu persatu roti kedalam telur yang telah dipukul, kemudian salutkan pula dengan breadcrumb hingga sebati.
6. Panaskan minyak untuk goreng. Bila dah panas goreng sardin roll tersebut.
7. Siap, hidangkan.
Selamat mencuba! =D
Baca juga : 7 idea resepi berbuka puasa bersama Ayam Brand & Menangi hadiah menarik
Peraduan/Giveaway Ayam Brand masih lagi berlangsung tau. Korang ada masa untuk join. Jom - jom, during PKP ni kita meriahkan lagi Giveaway dari Ayam Brand ni.
Cara dia mudah je. Nak tahu? Baca entry ni - Tekan Link.
Anyway guys, take care ye semua during this crucial time. #stayathome #kitajagakita
Nampak sedap semuanya. Bolehlah dijadikan idea untuk bulan puasa nanti.
ReplyDeleteSemua sedap-sedapkan...Sis macampmacam nanti nak cuba hahahaha...
ReplyDeletedah dilema da nak buat yang mana satu ni..hahahah
ReplyDeleteni pun boleh jadi cadangan untuk berbuka and sahur ni..
ReplyDeletenak yang simple2 cepat siap..