Rendang Cita Rasa Masakan Ibu bersama Ayam Brand & Menangi Hadiah

Farah
3

Assalamualaikum =D

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu bersama Ayam Brand. | Hye semua, seperti yang korang tahu Ayam Brand merupakan salah satu jenama isi rumah Malaysia dan Asia Tenggara, yang cukup dikenali selama 125 tahun. Makanan tin yang dikeluarkan oleh Ayam Brand pun semuanya berkualiti tinggi, hingga jenama mereka tersenarai dalam 10 jenama FMCG pilihan Malaysia. Wow sangat kan!

Bila bercakap tentang rendang ni, memang sangat jadi favourite huda dan keluarga. Pula tu bila mak masakkan kiteorang rendang, peh sedap sangat siap bertambah.

Memandangkan puasa dan nak raya ni.... Eh lagi 27 hari lah, aduh macam tak sabar ye huda nak makan rendang waktu raya nanti hehe. Ok guys, sebenarnya Ayam Brand nak share resepi rendang dekat semua pengguna. Yang bestnya, korang boleh menangi hadiah tau dengan hanya memasak rendang. Bestkan?

Huda ada share cara nak join contest ni dekat bawah entry. Jom masuk, mana tahu korang boleh menang. 

Resepi Rendang by Ayam Brand



Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8


Bahan-bahan
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kisar halus)  
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 
Minyak untuk menggoreng 
1 cawan air 

Cara - cara untuk memasak
  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 
  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 
  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 

Selamat mencuba semua! =D

Jom menangi Hadiah.



Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda
Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!  

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tq share resepi nanti boleh try ni :)

    ReplyDelete
  2. Terasa-rasa rendangnyaa...nasib baik dah buat, takde laaa kempunan terliur hehehehe
    Apa rahsia rendang awak? hehehehe

    ReplyDelete
  3. jom huda join!!! sedapnya rendang!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !