Assalamualaikum, =D
Cerita Raya semasa PKPB - Day #1. Hye semua, walaupun hari ni dah masuk Raya ke-2, tapi masih tak terlambat untuk huda ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Happy Eid guys =D
Semua sedia maklum Raya masa PKPB ni, kita kena selalu berhati - hati, dan buat new normal routine like suggested by KKM dan Kerajaan Malaysia.
Raya tahun ni sangat lain untuk semua, termasuk huda dan keluarga. Paling tak meriah sangat, first raya tahun ni pun without abang dan keluarga kecil dia. A bit sad, tapi mujurlah boleh video call walaupun dari jauh. Balik kampung pun huda avoid untuk salam semua, sebab takut ye saya dah lah kerja and jumpa orang ramai. Ada kerja luar, sometimes. So I takut sangat if terbawa "virus" ke apa, walaupun huda Alhamdulillah so far sihat =D.
Selfie first raya.
Plus, huda dah terbiasa pakai since early of March. Masa tu huda batuk kuat sangat, sampai member office pun takut tau. So from the situation huda start using mask.
Walaupun sebenarnya ada rasa "janggal", tapi terpaksa, untuk kebaikan semua.
Bila mak nak masak untuk raya je, mesti request rendang ayam. Kalau mak usu and mak ngah masak, paling best makan Ayam Masak Merah. Masing - masing masak sedap tersendiri, and kena dengan cita rasa huda.
Rindu juga Gulai Ikan (makcik kat Pontian masak). Wuuuu sodap. Lama tak pekena tu.
Dalam banyak - banyak kuih tart bunga, kuih tart Mak Andak juga lah sedap sangat. Tak boleh cari kat mana - mana.
Alhamdulillah dapat juga rasa kan masa Raya PKPB ni, hehe.
#RamadhanChallenges with my gegadis.
Kalau tahun lepas kiteorang dapat jumpa, tapi tahun ni tak dapat nak jumpa dan plan terpaksa dibatalkan sebab COVID-19. Jadi masing - masing rancang nak buat video challenge. Konon - konon aktiviti bersamalah, walaupun jauh dari pandangan. Ceh, gitu ayat kita hahahahaa.
First video during PKP, Dont Rush Challange. Second Video #ramadhanchallange. Haha, huda kalau dengan member - member Uniten ni, layan je diorang punya challange. Since study kiteorang pun sometimes kalau ada waktu terluang, buat challenge sama - sama. Mungkin ini, pengubat rindu hehe.
Pagi - pagi je, ambil makeup dan makeup lah simple - simple. Maklumlah makeup simple - simple je pandai, heavy makeup tak pandai.
Bila dah bersiap kan, paling tak best tudung tak on point.
Teaser Video #RamadhanChallenge from me.
Best juga bebel - bebel ni, haha.
I was thinking that, maybe later will do other video like this for my only YouTube Channel.Terfikir jelah korang. Huda pun memang lebih selesa blogging, cuma sekali sekala in future mungkin boleh vlogging.
Ok habis sudah story day 1. Day 2, duduk dekat rumah je. Overall day 1 oklah, cuma tak semeriah tahun - tahun sudah. Sedara pun balik kampung berapa je, yelah lagi pun dalam satu hari kan tak boleh lebih 20 orang. Itu pun semalam, masa kat kampung tiba - tiba ada orang dok usha rumah atok. Kiteorang syak polis, yelah tak pernah - pernah ada orang tengok rumah masa raya kan. Nasib baik, dia tengok dari jauh je. Tak sampai tanya ke dalam, kira pass lah tu sebab memang tak sampai 20 orang pun.
Hopefully raya next year meriahlah macam tahun - tahun sudah.
So, Raya pertama korang macam mana?
Anyway guys, take care and stay healthy ok.
Kan.. raya serba sederhana dari tahun sebelumnya. Tapi tak apa la buat sementara tahun ni bersyukur apa adanya
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Farah, maaf zahir dan batin :)
ReplyDeleteSelamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.
ReplyDeleteJemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin huda n family :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri! =)
ReplyDeleteSelamat hari raya💓
ReplyDeletetahniah berjaya buat video...akak tak berkeyakinan lagi..hahahah
ReplyDelete