Jalan - jalan dekat B5, singgah HS Takoyaki - Takoyaki Special dekat Johor Bahru

Farah
10
Assalamualaikum,

Jalan - jalan dekat B5, singgah HS Takoyaki - Takoyaki Special dekat Johor Bahru | Dekat Johor Bahru ni dah makin banyak pula mall, sana sini mall. Sampai kekadang huda yang dok JB pun, tak sempat nak pergi satu - satu mall. Hello siap ada mall favourite lagi ok. Nak tau ke mall favourite huda? ok korang kenalah singgah YouTube Saya di Johor (tekan sini).

Yup berbicara tentang mall, so hari tu lepas balik kerja huda terus singgah B5 sebab nak makan, makanan yang simple - simple. 

7pm juga sampai. Sebab dari Kempas ke Tampoi jalan jammed ye. Dengan kereta banyak dan traffic light yang kejap je dia hijau, lepas tu merah balik. 

Its ok, takpe yang penting selamat sampai. 
Maghrib pun dekat sana. 
Btw, surau kat sini serious best dan selesa 
(jangan lupa bawa telekung sendiri ke mana sahaja, korang pergi ok).

Jalan - jalan sampailah ke HS Takoyaki. Apa yang menarik dekat HS Takoyaki ni, siap ada Takoyaki Special lagi. 

HS Takoyaki
Location : Lot Ak04, B5 Street Market, Johor Bahru.

Ya Allah... Sangat menyelerakan ok bila berkesempatan tengok preparation yang Ira buat. 

Sebelah kiri, set campur (11pc RM 10). 
Sebelah kanan, set special (5pcs, RM10)

Close up set special HS Takoyaki. 
Sangat menyelerakan bukan?

Siap je, Ira akan angkat one by one. 
First layer ira dah letak cheese and mayo atas dia. 

hampir separuh bekas ira tuang, aku dah kecur dah masa tengok ira prepare ni, haha. 

sebanyak mungkin juga Ira letak. Yang ni kalau banyak, lagi berasa takoyaki tu. 

last sekali, Ira campur lagi cheese. Wow serious sedap and berasa sangat. 

Pada huda tak rugi, kalau korang beli dan repeat!

Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan HS Takoyaki dengan kadar segera. 

Oh sorry huda lupa nak share, another way to go to HS Takoyaki,

Kalau korang kat Area Jalan Kluang, B5 Street Market. Korang kena pergi Jalan Muar, B5 Street Market untuk sampai ke HS Takoyaki. 

atau korang cari Bas JB Sentral - Ulu Tiram. 
Sini pun jalan boleh tembus sampai ke HS Takoyaki. 

Lupa juga nak bagitahu yang HS Takoyaki akan buat Merdeka Sales Valid only 31/8/2020
Cepat cepat grab. 




Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah bestnya , dah lama mengidam takoyaki actually Tapi sophea tak pernah try pula takoyaki dengan cheese . Mesti lagi bestkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. lagi sedap and sangat berasa. kena cuba!

      Delete
  2. Perghhhhh baru nampak gambar dah rasa lapar wkwkkw
    Jangan lupa baca artikel terbaru saya ya Cara Buat Duit Dengan TikTok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kalau macam tu jemput singgah HS Takoyaki

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe jalan jalan kejap cari makan lepas balik kerja. dekat kita bolehlah pergi. kalau jauh, tak juga hehe

      Delete
  4. Cari pasal takoyaki terjumpa entri ni. Rasa lagi craving pula kita 😅✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ye takoyaki kekadang boleh buat orang craving. lagi tengah mencari tu mesti lagi craving haha

      Delete
  5. sedap kan.. adik kawan akak tu owner nya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !