Kalau pernah repeat paper, nak buat apa | Universiti Life

Farah
15
Assalamualaikum, =D

Gagal dalam peperiksaan, adalah sesuatu yang sangat menggerunkan. Tak pernah sangka akan repeat paper. Huda pernah duduk sesorang dan fikir, betul ke dah sehabis baik dah buat? Dulu just go with the flow. Nak menyesal dah tak boleh, sendiri yang tak belajar dengan serious dulu. Apa pun, just go with the flow , and repeat paper dan extend semester masa tu. 

Ada 2 perkara yang perlu korang tahu once korang kena repeat, even 1 paper.

Beberapa perkara korang perlu ambil tahu, kalau korang repeat paper :-
1.  repeat paper = repeat semester = extend 1 semester. 
2. korang kena tahu setiap subject ada subject prerequisites. Bermaksud, subject yang related. Contoh, kalau korang fail paper microeconomic, korang tak boleh ambil macroeconomic untuk semester depan.

Bila korang dah fail microeconomic, korang still kena repeat/ belajar semula microeconomic untuk next semester. Bila dah lulus microeconomic, barulah korang boleh ambil paper macroenomic.

Microeconomic = Macroeconomic.
Accounting 1 = Accounting 2 = Accouning 3 = dan seterusnya.


Tips bangkit lepas repeat paper kat Kolej atau universiti
Kalau difikirkan balik, aku tak nak ambil accounting. Payah ek. 
Tapi aku try jelah, dah ambil. Apa pun, tak boleh nak patah balik. Pilihan dah dibuat. Keputusan telah diambil.

Bila kita dah buat keputusan, bermakna kita dah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan, cubaan, dan rintangan semasa kita belajar.

Huda nak pesan dekat korang. Boleh down. Tapi jangan down lama sangat. Korang kena faced beberapa lagi semester. Jangan giveup. Please. Korang dah dapat peluang belajar, ambil, grab, dan buat dengan sebaiknya. Focus belajar, focus capai cita - cita. Jangan pandang kiri, kanan. Kalau stress time belajar, call family. Kalau nak hiburan, keluar je dengan kawan kejap - pergi outing. Don't push hard yourself. Ok =D

So ni tips nak ada semangat belajar semula

1. Tanam azam nak belajar sungguh - sungguh. 
Focus dalam kelas. Buatlah latihan banyak - banyak/rajin membaca (kalau subject theory). Anggap apa yang berlaku tu, ada hikmah dikemudian hari. 

2. Study sendiri
Bila dah masuk collage/universiti ni, semua kena buat sendiri. Lecturer mengajar, lecturer guide, selebihnya kita kena study sendiri. Buat revision apa yang lecturer ajar tu. 

3. Cari suasana study
Kalau kat bilik korang tak boleh study, korang pergi library. Kalau tak boleh study seorang, study dalam group.


4. Cari masa study sendiri
Setiap dari kita ni, ada masa study masing - masing. Means, ada yang boleh belajar waktu siang, ada yang boleh belajar waktu malam. Setiap orang berbeza masa study. Jadi belajar ikut time, if korang nak masa alone. 

Aku selalu sangat nak masa alone, lagi - lagi time degree. Yelah time degree, kebanyakan subject theory, tak sama macam time diploma. 

5. Masa study, study. Masa enjoy, enjoy
Dalam kata lain, focus. Kalau time study, kau focus study je. Tak payah nak fikir nak buat itu, dan nak buat ni. Masa kau enjoy, kau enjoy jelah. Tapi dalam enjoy, jangan lupa study ye. 

6. Tengok kejayaan orang sekeliling. 
Bila kita tengok orang berjaya, kita pun tak nak kalah. 

Takpe, persaingan tu bagus. Kau ingat masa aku degree takde perasaan macam tu kat kawan sendiri? Serious ada. Kawan baik pula tu, haha. I jeles dengan dia sebab dia pandai jelah. Lepas tu, I pun macam nak sama - sama berjaya. Studylah sama - sama. 

7. Buat Nota
Kalau kira - kira tu, hafal formula dan buat latihan. Kalau theory tu, aku buat nota ringkas. Aku akan practice cara ni masa quiz, dan final. Study awal, jangan study last minute. 

Sekian kisah huda, so huda harap korang yang repeat tu. Jangan mudah putus asa. Please say no, to putus asa. Chaiyok!

Oh, masa study. Ingat ni - jangan fikir gagal, sebelum korang cuba.

Korang yang tengah study tu, good luck tau. Jangan putus asa nak study, if korang 'ter-repeat'. 





Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Moga terus beristiqamah dalam mengejar cita-cita.

    ReplyDelete
  2. akak pun pernah repeat satu paper sebab terlepas pandang nkooo..tak cukup kehadiran..adeiii, terpaksa repeat..tapi alhamdulillah tu subjek elektif universiti je..jadi tak berapa tension kalo kene repeat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau subject elektif tak berapa nak stress. subject core ni stress juga kak, haha.

      Delete
  3. Pernahhhh, subjek kira-kiraaaaaa jugak...Menyampahhhh rasa.hahahah~ Tapi aku leh short sem, tak extend sem la... Time orang cuti, kita kena amek class dan exam.... Nasib lah lulus lepastu, kalau tak...lambatlah pakai topi diploma tuuuuu................

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaahaha, itulah kalau ada short sem boleh cover. Dulu masa aku diploma dekat KPM takde nak ber short sem, bila kat Uniten baru lah jumpa short sem tu, ahahaha.

      Mujurlah extend satu sem je weh aku dulu. Alhamdulillah but still graduate dengan kwn kwn satu kelas haha

      Delete
  4. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye salam kenal, thanks come and read my entry =D

      Delete
  5. Jujurnya kann, anak-anak Sis mana yang kena repeat paper, Sis tak pernah marah..tak tau kenapa.. sebab mybe fikir, dia dah cuba yang terbaek, so tak apa, janji jangan putus asa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ayah huda marah, sebab huda degil dulu haha. Entah apa berangan kan sampai repeat dua paper sekaligus. Nasib tak blacklist as student masa tu. Alhamdulillah diberi peluang sambung study till end hehe.

      Delete
  6. nice tips! teringin nak sambung belajar.

    may Allah ease everything for you! ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, thanks BV.

      Semoga urusan BV juga dipermudahkan. InsyAllah one day ada peluang untuk BV =D

      Delete
  7. kadang kita perlukan kejatuhan untuk bangkit lebih kuatkan , macam kawan saya .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !