Membaca sekadar untuk hiburan, motivasi atau tambah ilmu?

Farah
7
Membaca sekadar untuk hiburan, motivasi atau tambah ilmu? | Hai korang, aku terpanggil nak buat entry kali ni bila aku terpandang gambar rak buku lama, dekat gallery laptop aku. Aku memang suka ambil gambar rak aku. Konon nak jadi kenangan. Haha entahlah sejenis perangai apa si huda ni tak tahu.

Yes, dulu masa mula - mula nak deco sana sini, aku buat macam ni je. 
Sekarang dah cantik, tersusun. Letak dekat rak dan box (puji diri sendiri).

Walaupun bilik kecik, dia tetap nak juga letak semua koleksi buku, novel yang dia ada. Aduhai. 

Nampak novel banyak sangat kan tu? Yes, dulu masa zaman muda remaja, aku memang seorang pencinta dan kaki novel. I dont know lah why. Dari zaman sekolah menengah, sampailah sekarang. Tapi since 2014, tak se-fanatik dulu. Mungkin dah sedar perlu pegang commitment, jadi aku kurang dengan novel ni. 

Cumanya kalau ada masa lapang, memang aku ambil peluang 'repeat' balik novel favourite aku. Nak beli novel baru sekarang, kena tengok mood. Kalau ada rasa nak beli, aku beli. Tapi serious dah jarang sangat beli novel sekarang. 

Walaupun ramai orang kata novel nowadays banyak yang klise. Yes, aku akui kebenarannya. Memang klise. Tapi klise tulah jadi 'hiburan' kita, kan? 

Since tahun bila entah, dari novel di adaptasi ke drama dan filem. Itulah jadinya 'drama pukul 7 petang'.

Drama adaptasi novel favourite aku, Kampung Girl, 7 Hari Mencintaiku, Teman Lelaki Upahan, dan ada beberapa lagi, tapi aku tak ingat. 

Novel Klise, Drama pukul 7petang.
Betul statement ni. Kahwin dengan orang kaya, bercinta dengan orang kaya, conflict there. Lepas tu last - last bahagia. Drama sangat kau! Tapi ada juga yang drama klise tulah, mendapat sambutan ramai. Contohnya atas permintaan ramai, penerbit dan penulis novel, penulis skrip, buat siri ke-3 untuk tatapan para penonton. Nampak tak? Dekat situ ada je ramai yang sokong. Kalau tidak, tak adalah yang nak buat drama sampai dua, tiga siri atas permintaan penonton sendiri.

Ye, boleh di kira berapa sangat yang dapat permintaan sedemikian. Contohnya 7 Hari Mencintaiku. Dari sebuah novel, di adaptasi kepada drama. Dari drama siri 1 yang telah diterbitkan, kini dah diterbitkan pula siri ke - 2, malah sekarang dengar cerita mereka tengah buat drama siri ke - 3 atas permintaan penonton. 

Kesimpulannya dekat sini, walaupun klise tapi tetap ada pembaca dan penonton. Bukan?

Oh, aku sekadar memberi pendapat sebagai pembaca novel, dan someone yang follow drama pukul 7. Even aku akui, tak semua drama pukul 7 aku follow sekarang. Lagi zaman dah kerja. Balik memang lepak (means nak rehat). Tapi kalau ada pelakon yang best, dan yang aku minat cara lakonan dia, memang aku akan follow dari episode 1, hingga tamat drama tu.

Persoalannya, adakah membaca sekadar hiburan, motivasi atau tambah ilmu?
Perkara ni terpulang pada semua. Banyak sangat genre buku - buku, dan novel dipasaran. Fiction and non - fiction. Korang tinggal pilih mana yang korang suka dan baca. 

Kalau korang nak hiburan, korang layan 'drama' sebabak dalam novel, komik, atau apa sahaja bahan bacaan yang boleh buat sebagai 'hiburan'.

Maksud 'hiburan' pada aku, adalah jenis pembacaan non - ficton yang ringan dan relax, tak tension. Bila korang baca pun korang rasa enjoy, dan sedikit sebanyak boleh hilangkan mood bosan, penat dan stress bekerja. 

Kalau korang nak motivasi, korang beli buku motivasi yang boleh menaikkan semangat korang, sebagai seorang pelajar, pekerja dan juga untuk meningkatkan motivasi pada diri. 

Kalau nak tambah ilmu, dalam bidang agama, atau dalam bidang kita ambil (business misalnya), kita beli buku yang boleh buat kita tambah ilmu. (Fiction)

Pilihan ditangan anda. 

Apa - apa pun, tepuk dada tanya selera. 

Bukan nak pilih kedai makan je ye kena tanya selera. Even membaca pun ada. 

Pada aku, membaca ni dia ada mood dan masa. Ada masa nak hiburan, ada masa nak fact dan motivasi. 

Anyway thanks singgah baca entry sebabak kita hari ini. 

Sekadar pandangan sebagai seorang pembaca novel, hehe. 
Tags

Post a Comment

7Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya membaca atas semua sebab.

    saya membaca komik untuk hiburan,ilmu,motivasi...sebab sekrg kn ad komik yg bagus,bukan berunsurkan cinta je

    tak suka la drama kul 7 ,bagi saya budaya yang tak bagus. Macam menggalakkan org tk solat, ni pendapat saya la...saya rasa ramai je setuju pukul 7 memang bukan waktu yang sesuai untuk kita sebagai muslim.

    tapi yelah,,lain2 org lain pendapat..maaf saya tambah pendpt lak..hhehehe
    kita cite pasal buku je kan senanya..terkomen benda lain XD

    ReplyDelete
  2. Betul tu by reading kita boleh tambah knowledge , for hiburan . tapi depends on genre yang kita pilih .

    I don't really like baca novel sebab as u stated its always end up cliche sampai I kinda wasting time and money .

    ReplyDelete
  3. Lamanyaaa tak membaca novel. Huuuuuuhuuuuu~
    Betul tuh, tanya selera memasing... Aku takda tempat dah nak letak novel and buku bagai..so memang stop semua tu dahhh..HAHAH

    ReplyDelete
  4. nadia pun suka membaca gak..betoi membaca perlukan mood..kadang2 mai mood nak membaca seronok layan buku.dengan membaca dapat membuka minda kita mengenai sesuatu perkara

    ReplyDelete
  5. Kadang baca untuk hiburan, kadang baca untuk tambah ilmu. yang penting kena membaca baru la otak bergerak. eh..

    ReplyDelete
  6. pakej..bergantung kepada apa yang kita baca.kadang kita baca novel cintan cintun pun, ada juga pengalaman atau pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita tu kan..eh..lama tak hadap novel ni

    ReplyDelete
  7. ain x minat baca2 novel ni.hahahahahahaha... for me ain jenis suka baca social sharing.. dekat Twitter..Tapi what ever it is... memang kite kena pilih
    ape yg kita baca....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !