Walaupun cuti busy

Farah
3
Assalamualaikum, =D

Cuti dan kerja, itulah planning aku untuk hari khamis. Kenapa kerja walaupun cuti? Tak adalah susah sangat kerja tu, just nak folow up dengan customer je sampailah dia bagi apa yang aku minta. Selebihnya memang enjoy dan have fun jelah kat rumah. Selain have fun (meaning habiskan masa dengan family), aku sempat juga godeh blog itu dan ini. Bab godeh blog pun, mana yang aku sempat edit lah. Edit sikit - sikit dulu. 

Banyak betul ye kena ubah pada blog aku ni nampaknya. 


Konon nak buat treatment tapi...

Lepas dah siap masak, makan, kerja, aku keluar kejap pergi dentist, dan pejabat pos. Pejabat pos tu sebab nak post barang juga berkaitan kerja. Ada barang yang aku lupa nak post hari tu, jadi aku plan jela buat time cuti bila dah alang - alang keluar tu. 

Tempat pertama yang aku kunjungi of courselah klinik gigi. Sebab nak fix braces macam biasa. Sebulan sekali. Tapi bila sampai, nurse bagitahu doctor half day pula. Salah aku juga, sebab tak call dulu before datang. But its ok, nasib baik ada hari Sabtu, memandangkan klinik memang close Jumaat dan Ahad. 

Salon kak ain is my favourite salon walaupun jauh sikit dari rumah hehe.

Dari klinik gigi tu, aku terus lah fikir nak pergi salon kak ain dekat area Bandar Baru Uda (kedai dia berhampiran dengan Nasi Briyani Abah). Sebut pasal nasi Briyani, situ sedap juga tau. Ayah aku berkali - kali jugalah tapau, sebab sedap. 

Bila dah jumpa kak ain tu, sambil kak ain gunting rambut aku sambil tulah aku dok kepoh bebual dengan kak ain. Kak Ain share tips lagi macam mana nak jaga rambut. Aku siap tanya apa itu detox dan serum. Nak tahu jawapan kak ain? ok nanti aku share dekat next entry hehe. 

Nasib baiklah dah familiar dengan jalan bbu. Tak familiar hurm bukan ex student bbu la oi hahha.

Lepas siap, aku terus gerak pergi pejabat pos Bandar Baru Uda. Sebab dah 4.20pm kan. Dah dekat singgah jelah situ. Banyak dah kedai tutup, nasib ada kedai runcit yang jual sampul surat besar. Aku pula terlupa nak bawa dari office hari tu. Its oklah RM0.80 je pun. 

Dah siap hantar barang then I balik. Short and simple, but Khamis memang penuh dengan aktiviti dan kena settle urusan this and that. Its normal =D

Sekian cerita hari khamis saya ehehe - Walaupun cuti busy.

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !