Just Talk : Tak pandai memasak? Relax. 5 cara mudah untuk anda mula memasak

Farah
4
Assalamualaikum, =D

Just Talk kali ini nak share 5 cara mudah untuk korang mula memasak. Jap. Aku pun masih belajar memasak. Sekarang pandai masak setakat benda basic, dan masih lagi rasa tak pass untuk masak this and that. Sebab tu huda kena banyak lagi improve, dan belajar.

Dulu aku banyak kali je masak tak jadi, masak tak jadi. Sudahnya aku give up. Umur awal 20an pun, aku still 'manja', tak masak mana pun. Masa duduk luar, jauh kat Pahang, aku mula rasa malu dengan kawan - kawan aku, housemate yang pakar memasak. Aku? Masa tu pandai masak nasi goreng je weh. Oh, lagi satu dengan jemput - jemput (cengkodok). Tu jelah, yang aku berani nak masak sebelum aku masuk universiti. Selebihnya mak dengan nenek akulah, yang dok pung pang - pung pang dekat dapur. 

Starting point aku nak masak, masa aku sambung study kat Pahang. Masa tu dok hostel, boleh pula kiteorang plan seludup lah bawa barang masakan semua. Bukan kiteorang je, rumah - rumah lain pun ada. Time tulah housemate rajin masak, time tulah aku rasa 'bestnya ek kalau aku pandai masak'. So dari situlah aku tengok diorang, belajar how to, dan start memasak. Tapi masak benda simple, ala student. Gitu. 

So ini 5 cara mudah korang nak mula memasak.

1 Banyakkan tengok cara orang masak, dekat Youtube. 
Contoh paling mudah aku boleh bagi, dekat Youtube banyak je chef share resepi ini dan itu. so kita trylah. Atau korang tengok parents korang, or kawan korang masak. 

InsyaAllah kat situ akan dapat basic dan cara masak yang sangat practical.

2. Cari resepi dan cuba
Bila dah dok tengok orang memasak, so kita pun cuba masak. Carilah resepi yang paling mudah, dan paling simple untuk kita buat. Bila kita dah try yang basic, dan masakan kita lulus. Then, kita boleh je cuba masakan yang advance sikit. 

3. Practice make perfect
Masak ni of course kena practice. Permulaan tu, memang ada je masakan yang tak menjadi. Tapi bila kita keep practice, InsyaAllah menjadi. Bila keep practicing je, mesti nanti masakan kita rasa the boom!

4. Jangan compare!
Masakan kita, memang tak sama dengan masakan orang lain. Setiap orang, ada air tangan sendiri. Contoh paling dekat, maybe ada je rasa masakan kita, tak sama dengan rasa masakan mak kita. 

Apa - apa pun, just chill je beb. Kalau orang dok kata kau tak reti masak, kau relax je. Kau ambil itu sebagai kata semangat buat kau. At least you have the basic, enough. Jangan layan sangat apa orang kata. 

5. Cari orang yang boleh kita experiment masakan kita.
Haha, ini memang kena ada. Orang yang paling dekat dengan kita, adalah family kita. 

Bila kita pandai masak basic pun, masakan kita cepat habis pun hati kita dah suka. Dan itulah yang membuatkan kita lagi semangat untuk belajar masak lagi. 

Last but not least, keep practicing. Practice make perfect. Chaiyok, chaiyok.

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul tu sekarang youtube banyak share resepi yummy tapi mudah

    ReplyDelete
  2. Haaaa. samaaaaa.. tak reti mana punnnnn.... nanti try againnn... jarang tgk rancangan memasak.. ada jenis bahan memasak pun i x kenal youuuu. tq info

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Memasak ni tak semua terus pandai. Tips dia, api kena perlahan. So, sempat nak selamatkan apa-apa kalau tak sedap. Hihi.

    Eza singgah blogwalking sini ya. Follower ke 2968, Eza Boom Boom :)

    ReplyDelete
  4. Tips paling mudah, tak cuba mana tau kita tak reti memasak, ye dakkkkk?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !