Bosan ke weekend masa PKP ni? 7 idea hilangkan rasa bosan masa PKP

Farah
4
Assalamualaikum =D

Hai korang. Kalau weekend je serious ah rasa stuck sangat sampai tak tahu buat apa. Kan? Kekadang hadap phone pun bosan, sampai terdetik 'hisyh sampai bila nak macam ni?'. So dari situ kita slowly learn how to minimize kesibukan menghadap phone itu, bukan?

7 idea hilangkan rasa bosan masa PKP
Baiklah kat bawah ni, aku nak share 7 perkara yang korang boleh buat untuk korang tak rasa bosan.

7 Idea hilangkan rasa bosan masa PKP.

1. Bangun pagi, 
This is important thing ye guys. Bukan masa kerja je kena bangun pagi, bila weekend pun sama. Pagi tu, banyak benda yang kita boleh buat. Misalnya, buat sarapan, kemas rumah, etc etc. 

p/s: take time to schedule your day, its work. 

2. Baca buku.

7 idea hilangkan rasa bosan masa PKP

Ni cara akulah, kalau aku bosan aku ambil je mana - mana buku, dan baca. Sekarang aku dah ada satu tips, untuk tak bosan bila baca buku motivasi, atau buku - buku yang berbentuk fiksyen. 

Tips : Ambil highlight. Sambil baca tu highlight key word, mana yang penting.. Serious, really work tau! 

Aku dapat idea ni, daripada Farah Musa. Korang boleh singgah IG dia, sebab dia selalu share tips - tips yang serious menarik tentang buku fiksyen dan non - fiksyen. Banyak buku dia review tau. 

3. Kemas rumah/bilik
Kekadang aku selongkar je balik bilik aku ni, lepas tu aku organize kasi sedap mata aku memandang. Dengan kemas bilik, kita akan rasa relax juga tau. 

Korang pernah tak dengar this word, "kalau bilik kita kemas, so hari kita akan tenang. Kalau bilik kita serabut, kekadang betul kita rasa serabut,". Jadi untuk rasa best je hari anda, kemaslah bilik.

7 idea hilangkan rasa bosan masa PKP

4. Masak
Masih ingat dengan group Hari Ni Masak Apa Tak Jadi? Time PKP nilah, kita ambil peluang untuk memasak bersama family. Atau kau masak, lepas tu family makan. Ok gak macam tu. Jenis aku, bila tengok masakan aku 'laku' je, cukuplah aku rasa happy. 

5. Solat, Baca Al - Quran
Masa PKP nilah, Allah ajar kita untuk rasa cukup dengan apa yang kita ada. Stay dengan family kat rumah, luangkan masa bersama, buat aktivit bersama. Masa - masa ni jugalah, ajar kita untuk rasa tenang. Tenang sangat bila kita 'luangkan' masa kita dengan Allah. Tenang, bila kita jaga solat, baca Al - Quran.

6. Tengok TV/Marathon drama
Apa lagi, inilah masanya guys. Masa untuk enjoy! Misalnya, ada drama yang banyak kita terlepas tu, kita boleh layari laman Youtube, Iflix, Netflix, iQIY, dan ada lagi beberapa laman web yang menyiarkan rancangan - rancangan televisyen kesukaan ramai. 

Time nilah kita boleh cari movie, atau drama yang best - best untuk kita tonton. 

7. Cari passion
Time macam nilah kita nak cari passion kita ke arah mana tau korang. Sebab passion ni penting sangat. Passion nilah yang boleh membantu untuk mengisi masa lapang korang. Jadi bila korang bosan, korang boleh enjoy dengan passion korang. Aku gerenti, weekend korang tak adalah korang rasa 'pishang', atau tepu sangat. 

Dengan passion kita enjoy juga tau. 

p/s: Passion ni kena cari. Dalam Talk Aiman Azlan kat Youtube, dia selalu cakap pasal "passion". Bila aku fikir, betul juga. Passion ni, kita kena try and error dalam mencari. Ala, macam kita cari skincare yang sesuai dengan kulit wajah kita lah, kiranya. So marilah kita cari passion kita guys. 

Dan banyak lagi aktiviti - aktiviti yang korang boleh buat bersama keluarga. 

p/s: kalau no idea sangat, tidur pun one of best option juga. At least bila tidur, kita dapat rehat dan relax. Yelah, masa weekend ni la kita nak 'balas dendam' dengan topup waktu tidur, hehe. 

Apa pun, let yourself happy ok sepanjang weekend dalam 'PKP' ni. 

Aku doakan korang stay safe, sihat dan mana yang bekerja macam aku ni, take care tau korang. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lepas habis praktikal . duduk rumah masak je , tidur .

    ReplyDelete
  2. Aishhh dah tak tau erti bosan dah, sebab PKP ke tak PKP ke memang gini laaa surirumah hahahahaa

    ReplyDelete
  3. Kan.. banyak je aktiviti yang boleh dibuat . silap silap nanti xcukup lak masaaa.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Nice. Lama dah tak beli novel boleh hilangkan bosan time pkp

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !