Pengalaman staycation dekat Legoland Hotel

Farah
1
Assalamualaikum, =D

Hai korang. So hari ni, aku nak story pengalaman aku staycation dekat Legoland Hotel hari tu. Walaupun hanya 1 malam sahaja, tapi still seronok sebab dapat main theme park sekali. Disebabkan tak sabar nak main dan enjoy dekat Theme Park Legoland, lepas sarapan kiteorang terus gerak. 

Perjalanan dari rumah aku ke Legoland Malaysia, hanya mengambil masa dalam 30minit sahaja. Dekat kan? Dah nama aku memang duduk kat JB, hehe. 

Aku ajak adik - adik aku, join aku staycation kat Legoland. Sampai je kat Legoland, aku terus check in memandangkan bilik dah ready. Sampai - sampai, terus ambil gambar bilik. Lepas tu barulah turun ke Theme Park and enjoy. 

Aku berada di Legoland selama 2 hari 1 malam. 

Kelihatan huda happy ye dapat staycation dekat Hotel Legoland Malaysia. 
Anyway thank you Legoland for your service. It is great experience staycation and enjoy dekat theme park Legoland.

Walaubagaimana pun, I will update my experience dekat Theme Park for the another entry. 

Bilik yang aku dapat ni, boleh memuatkan 1 family. 3 adult, 2 child. Ok jom aku bawa korang tour bilik ni. Aku bagi versi gambar, hehe. Enjoy...

Once masuk je dari pintu utama, inilah view bilik tersebut. 
A bit besar. 

Bilik air dia pun nice, siap ada wallpaper theme bilik ni. 
Lepas tu kat toilet ada sinki, untuk adult dan child. 

Bilik ni ada 1 katil bersaiz king

lepas tu, ada TV, peti ais bersaiz kecil, meja.

Peti ais dekat dalam cabinet, sebelah kanan sekali tu. 
p/s: aku tak sempat nak tengok tv. Sebab sibuk 2 hari sepanjang di Legoland.

Dilengkapi juga dengan katil bersaiz double decker. Dan another extra bed there.

So memang enjoy. 

Dekat tempat anak - anak pun, ada TV. Jadi bolehlah diorang layan TV, masa time tengah berehat tu kan.

Its time to dinner pula.
Sorry guys, I make it short sebab nanti huda akan sambung story kat another entry pula. 

Lepas dah sibuk huha huha kat theme park dengan adik - adik I. Then aku ajak diorang dinner, sebab perut aku dah berbunyi, sampai aku tak tahulah rentak apa dah. Pukul 8.30 malam, kiteorang turun.

Pie Chicken, Ikan Siapkap Masak Steam dan Mix Vage.

Basically this is my dinner, masa I kat Legoland tempoh hari.
Tadi lapar sangat, bila tiba kat dewan makan, I terasa nak makan simple simple je.

Nampak pula pie chicken tu sedap je. So I pun ambillah.

my side dish getuk ubi, dan ginger cream brulee.

What ginger cream brulee? Apa rasa? Rasa ginger dia sikit je, selebihnya cream brulee.
Getuk ubi is my favourite. Sedap.

p/s: anythings regarding to ubi, I suka. Derrrrr, sedap betul!

Lepas tu naik bilik, adik - adik I dua orang (teneegers), main lego ni.

Dan diorang main little trasurehunds. 
Which is kena jawab quiz, dan buka box misteri monyet ni. 

Taraaaaa, diorang berjaya main quiz dan dapat 2 lego!
Wow diorang happy sangat. Plus another 1 lego yang I dapat. haha bertambah lego koleksi diorang tu.

Oh lupa I nak story yang ni. 
As usual, if you nak minum coffee or tea, ada disediakan di sini. 

Peti khas untuk barang berharga juga disediakan. 

Ini bilik air dia look like. 
Cantikkan dinding dia. Even I rasa teruja. 

Shampoo dan sabun disediakan.

Disediakan juga barang - barang keperluan yang diperlukan sepanjang you staycation dekat Hotel Legoland Malaysia.

Tuala, ubat dan berus gigi, etc etc.

Singki budak - budak. 
Jadi tak payahlah, diorang dok jengket - jengket nak cuci tangan, basuh muka or berus gigi. 

Hari kedua. 
Pagi - pagi dah bangun. Solat. Sarapan. Kiteorang dapat time turun sarapan, pukul 8 pagi.

Note : kena ikut time pukul berapa korang nak turun sarapan untuk mengelakkan crowded. Kenapa kena ada timing pula? Sebab Pihak Legoland nak kurangkan crowded di dewan makan. Kita as pelanggan, kena patuhi SOP yang telah ditetapkan. 



Sarapan pagi kami, empat beradik.

SOP ketika berada di dewan makan.

Sebelum masuk, as usual check nama korang as guest. Lepas tu, akan ada staff bawa korang ke meja makan. Masa nak ambil makan, dinasihatkan pakai mask. 

Masa nak ambil makan, korang kena queue kat sini. Beratur, nanti staff akan entertain korang, dan tolong korang ambilkan makanan. 

Tanya je ada makanan apa, nanti mereka akan tolong ambilkan.

Taraaaa, so here is my dish that I choose.
Thank you chef for help me to take the food. 

Setiap side ada staff yang akan entertain korang.

Oh lupa sebelah malam, ada pelbagai aktivit yang dianjurkan dekat lobi Hotel Legoland. Hari tu, kiteorang berkesempatan tengok Candyland show.

Candylane show akan diadakan pada setiap hari Jumaat - Ahad (start 8.30am).


malam ni, nampak budak - budak enjoy sangat dok menari - nari ikut rentak music. Hahaha, so comel je tengok diorang joget.

Overall huda enjoy staycation dan main dekat Theme Park Legoland. 

Stay tune guys, nanti I update next entry pula cerita kat Theme Park Legoland. 2 hari kat sana rasa puas sangat!

Alhamdulillah for great time and experience.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !