Assalamualaikum, =D
Bila dah covid ni kan, kita masing - masing rasa terbatas nak pergi travel sana sini. Walaupun dalam Negera kan guys. Sama macam aku. Aku pergi dan balik kerja, lepas tu just stay at home. Pergi shopping mall area rumah pun, jarang. Iyelah, sebab aku sendiri nak berjaga - jaga. Covid 19, itu bahaya.
Takpe guys, sikit lagi je kita bakal bebas dari COVID ni, jadi kita kenalah sama - sama cegah COVID 19 dengan take care ourself, family, dan orang sekeliling kita. #kitajagakita.
So lepas COVID ni, korang mesti ada banyak destinasi pelancongan yang korang dah set awal - awal. Tak kiralah sama ada dalam negara mahupun luar negara. At least sekali, dapat ambil angin bersama keluarga pun dah kira ok. Release sikit stress di kala pendamik ni, kan?
Aku kalau stress je, mestilah rasa nak sangat pergi travel, atau dapat pergi pantai pun best juga ek. Peh, best tu. Kalau dapat pergi Penang pun best tau korang. Hisyh....berangan tu kan percuma. Aku dah siap survey kot tempat - tempat menarik kat Penang tu. Ok,kejap lagi aku cerita dengan korang tau.
Apa yang best dekat Penang?
Penang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara. Dekat Penang ada pelbagai tempat yang menarik, yang kita boleh kunjungi. Name it? Dari Muzium, hotel, butik, cafe, shopping mall, tempat rekreasi dan banyak lagi tempat yang kita boleh kunjungi.
Jadi ini antara tempat - tempat yang aku dah survey.
1. Penang Street Art, Penang 3D Trick Art Musuem, Hin Bus Deport, Teddy Ville Museum, Asia Comic Culture Museum.
Fuh, ada lagi aku nak tulis, tapi kang panjang sangat pula. So yeah guys, antara banyak - banyak tempat nilah aku nak pergi, haha. Paling cute kan aku dok google, Teddy Ville Museum. Best ek, kalau dapat singgah, and tengok sendiri karya - karya diorang kat situ.
Oh, plus kalau dapat pergi dan tengok sendiri karya - karya lukisan, dekat Asia Comic Culture Museum pun best juga tau. Bila google, diorang cakap karya - karya such as Majalah Gila - Gila, Ujang, etc etc, semua ada kat situ.
Aku sejenis suka tengok 'art - art', sebab itu karya orang. Best tau. Kalau dapat bergambar pun best, kenang - kenangan gitu.
2. Pasar Lorong Kulit
Pasar Lorong Kulit ni antara Pasar Karat kat Penang. Ala - ala Pasar Karat kat JB lah, gaknya. Sekali - sekala kalau dapat pergi Pasar Karat pun, kekadang ter 'invest' untuk diri sendiri tau.
Bila dok baca, diorang kata Pasar Lorong Kulit itu, terkenal dengan barang - barang antik. Kira most popular lah dekat Penang. Jadi kalau korang really berkenan dengan barang - barangan antik, korang boleh singgah dan beli kat sana tau.
Ada juga barangan lain yang dijual, antaranya aksesori handphone, makanan, buah - buahan, pakaian, bundle item, bag, dan macam - macam lagi.
3. Rumah P Ramlee.
Siapa yang tak kenal dengan Seniman P Ramlee kan? Kalau dapat singgah dan tengok rumah dia pun best gak. Dari kecik movie - movie P Ramlee dok ulang - ulang tayang kat TV, dan tak rasa bosan sebab ada agenda komedi yang diselitkan kat situ.
4. Masjid Terapung Tanjung Bungah.
Aku jenis, kalau pergi Negeri orang kan, one of it aku suka tengok keunikan - keunikan masjid diorang. Contoh macam kat Melaka, Terengganu yang aku pernah lawati, diorang pun ada satu masjid yang memang aku suka dari seni bina masjid tersebut.
Jadi kalau pergi Penang, aku terngin nak singgah, dan solat dekat Masjid Terapung Tanjung Bungah.
5. Escape Theme Park
Asyik dok tengok dekat TV je. Aku kalau dapat pergi Escape Theme Park ni sekali pun dah rasa ok. Tapi bila la ek, aku dapat pergi ke sana?
Aku rindu nak main flying fox, dan macam - macam lagi. Iyelah, kat PLKN dulu dapat merasa kejap je.
Jadi kalau korang singgah kat Penang, boleh lah singgah kat Escape Theme Park juga tau. Selain aktiviti lasak ada juga, taman tema air. dan banyak lagi. Boleh google for more info.
6. Teluk Duyung (Monkey Beach), Pantai Tanjung Bungah
Yeahhhhhhhhh. Aku memang serious jenis suka tengok pantai. Kau tau, dia rasa macam serious tenang sangat. Best kalau dapat ambil angin kat area pantai ni guys. Love sangat. Damai pun damai.
Oh panjang pula tu, aku story kat korang ek. Korang tahu, masa aku dok survey kat google tu, aku sempat siap berangan jap. Aku dok letak diri aku kalau pergi travel. Ala huda, baru setahun tak travel, relax ah! Simpan duit, nanti boleh pergi Penang. Oh sebenarnya ada lagi nak story tempat menarik, tapi aku cut it short tau.
Kalau pergi Penang, mesti kena staycation kan? Aku ada jugalah survey beberapa hotel kat Penang tu. Tapi kan, aku tertarik lah dengan Hard Rock Hotel Penang. Kalau bermalam dekat Hard Rock Hotel Penang pun ok juga kan?
Lagi pun Hard Rock Hotel Penang, dekat juga dengan tempat - tempat yang aku dok survey tu tau. Paling jauh pun, about 30 min plus plus macam tu je. Kira oklah kan?
Habis Covid jee terus rasa nak pi Penang hunting makan.. anak dah besar ni belum ada lagi ke sana..
ReplyDeleteRindu nak gi penang . Memang best tempat2 menarik . Ramai org pulak tu . Suasana tak sunyi sepi .
ReplyDeletePenang mmg bestkan for foods lagi teringin pergi rumah p.ramlee tu
ReplyDelete