Dah boleh Dine in dekat Hotel | Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel

Farah
4
Assalamualaikum,=D

Memandangkan sekarang dah boleh dine in, so huda dengan sis lin pun pakatlah untuk dinner dekat Rennaisannce Johor Bahru Hotel. Lagilah buffet dinner kali ni bertemakan Seafood & BBQ, peh makin seronok tau. Sebab ada Baked Ikan Salmon favourite I, gitu. 

Sis lin pula one of favourite dia, Chili Crab. Memula sis tak nak amik tau, lepas huda hasut sis amik, haha. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel

Mujurlah huda sampai tepat pada waktunya tau hari tu, dan dan 6.30 petang huda sampai. Maklum jelah, dekat tempat huda sekarang, ada jalan yang dia besarkan. Ada jalan yang dia kecilkan, sebab ada pembinaan jejantas nak u-turn. Itu yang jadi jammednya. Dengan banyak keretakan. Peliklah aku, PKP banyak kereta. 

Iyelah sekarang pula, banyak dah ekonomi semua beroperasi seperti biasa. Tak apa, yang penting kat mana - mana kita jaga SOP tau. Misalnya dekat Rennaisance Hotel Johor Bahru pun, ada SOP tersendiri walaupun korang hanya makan dinner sahaja. 

Contohnya, 
Korang kena jaga jarak,  selalu pakai mask, dan sarung tangan yang disediakan, masa korang nak ambil makanan buffet. Lepas tu, kat meja makan macam biasalah korang dah boleh buka mask, sarung tangan, sanitize tangan dan makanlah macam biasa. Simple kan?

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Ingat tau, yang penting jaga SOP.
Apa orang kata #kitajagakita.

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Hotel Johor Bahru

Sampai - sampai kat Rennaisance Johor Bahru Hotel, macam biasalah dah trang tang - tang nampak juadah - juadah buffet yang disediakan. Dari pintu depan je, dah nampak beberapa Set makanan BBQ. Awwww serious ah, huda terpegun tau tengok Ikan Salmon yang beso gila. Tak sabar nak ambil, haha. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Salmon Provancle

Inilah ikan salmonnya. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Chili Crab

Ni pula Chili Crab favourite sis lin. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Buttered Vegetable

Kalau makan BBQ kenalah seimbangkan dengan variety of Vegetable kan? 

Tapi kalau BBQ huda suka makan dengan Ressole Potato and Carrot. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Ressole Potato and Carrot

Sedap tau, rasa dia. Cukup dan zap zap zappp la huda habiskan gitu. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Seafood Pilla Rice


Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Baked Oyster And Spinch

Siapa peminat baked Oyster bolehlah datang sini dan rasa kelazatan Baked Oyster dan Spinch ni. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Texas Brisket

Ya Allah yang ini pun terpegun tengok. Dah tengok terpegun, rasa dia pun sedap tau guys. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Barbeque Lamb Flap

Kepada peminat lamb, korang bolehlah rasa lamb flap ni. 

Di hidangkan pula dengan beberaa jenis sos pilihan, menaikkan selera betul. Mesti korang dok bertambah - tambah tau. Nasib baiklah hari tu dah kenyang, kalau tak huda nak repeat BBQ Lamb flap ni tau guys. 


Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Chili Chicken Skewers
Shrimp Skewers
Fish Skewers

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Chili Chicken Skewers
Fish Skewers

Sedap juga tau dia punya Shrimp Skewers ni tau guys. Makan gitu without sos dia pun, rasa lazat ye rasanya. Nak tambah, tapi Ya Allah masa tu tak boleh tambah dah rasa, hehe. 

Oh ye, Mushroom soup pun ada tau. Kalau korang nak santai - santai, boleh la cuba pekena mushroom soup. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel


Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Nasi Briyani Kambing

Nasi Briyani Kambing pun ada? Ya Allah serious memang tak rugi kalau korang singgah makan kat sini tau. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Sushi.

Sushi kat Rennaisance Johor Bahru Hotel ni, not bad juga tau rasa dia. Sedap. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Cream Puff

Dalam kekeyangan, still juga bangun ambil dessert tau. One of dessert pilihan, adalah cream puff. Sedap, rasa dia cukup. Boleh repeat lagi tak?

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Burnt Cheese Cake

Ini pun tak kurang hebatnya tau, rasa dia sedap. 

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel

Seafood & BBQ Buffet Dinner Rennaisance Johor Bahru Hotel
Bubur Cha cha. 

Cha cha cha cha, menari menari. Eh tak. 

Ok this is one of my favorite dish tau. Rasa dia memang sedap. 

Actually banyak lagi tau, tapi kang huda taruk satu - satu korang pula dok terliur. Jadi meh ler jom kita buat RSVP jap. Info below :-
Untuk Tempahan
Laman Web : Table App
Instagram dan Facebook Rennaisance Johor Bahru Hotel
Whatsapp : https://wa.me/60177713327 
Dapatkan 50% untuk kanak - kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.

Waktu Operasi dan harga
Jumaat & Sabtu (6.30pm - 9.30pm)
Harga RM98nett per person
*usually ada tema. contoh macam Seafood and BBQ Buffet Dinner*

Ahad - Khamis (6.30pm - 9.30pm)
Harga RM80nett per person
*buffet dinner biasa. Maybe menu pun rotate

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ya ampunnn telan ailiooo tengok entry ni. hahahah

    ReplyDelete
  2. Hahaha comel sangat tau katun tuuu..
    Kali ni memang puashati sangat makannn, semua sedap-sedap..berbaloi dengan harga.. kann?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !