Assalamualaikum, =D
Pernah tak korang search dekat google "macam mana nak tahu orang tu serious dengan kita?". Pernah kan? Aku mengaku, aku pun ada cari juga.
Tapi mungkin tips tu, tak berapa nak terpakai untuk aku hahhaa.
So ni saja la aku nak share tips ringkas dengan korang.
1. Ramai cakap atas 25 tahun kena ada hubungan yang serious.
Statement ni hanya terpakai pada orang yang betul - betul serious. Aku pun baru terbaca dekat twitter last two days, statement ni. Oh please, pada aku tak terpakai pada individu yang dia sendiri tak tahu apa tujuan dia buat hubungan tu.
Nak berkawan? Come on sampai bila?
2. Kalau dia serious, dia memang bagitahu korang.
Yes. Correct one. Tak payahlah korang google. Kalau korang ragu - ragu dengan hubungan korang bersama pasangan, better korang tanya dia sendiri. Sebab?
Sebab jawapan tu ada pada dia je guys. Tak ada pada orang lain. Korang google la, korang tanya lah pendapat orang, takkan jumpa jawapan tu tau.
Kalau dia teragak - agak tu, korang faham - faham sendiri.
3. Dia ambil berat kat korang.
This one korang boleh nampak dari segala tingkah laku dia. Ambil berat ni, mesti dengan cara dia. Sebab setiap lelaki atau perempuan, dia ada cara sendiri untuk 'tackle' pasangan dia.
Tak perlu samakan, pasangan korang dengan orang lain.
4. Kalau dia cakap nak kahwin, tanya betul - betul.
Ok this one penting. Bukan hanya 'percaya' statement tu tau, tapi korang tengok pada tingkah laku dia. Means, kata - kata dia selari dengan tindakan.
Betul ke dia nak kahwin dengan korang?
5. Kalau dia dah bawa jumpa parents, maksudnya dia serious.
Should be yes. Dah jumpa parents, for me lah jangan nak main - main sebab dah libatkan parents kot. Tapi entah, terpulang gak dekat someone. Sebab ada je 'kawan perempuan', dia bawa balik jumpa parents dia.
Sorry bukan nak skeptical sangat.
Apa pun, macam aku cakaplah. Tengok dan tengok dari setiap tindakan dia. Kalau hati korang dah betul - betul yakin please jangan ragu untuk trust pasangan korang.
6. Doa dan Istikharah
Usaha dan ikhtiar yang korang dah buat, kena juga disulami dengan doa. Benda ni wajib. If korang dah rasa, dia the one please do the istikharah. Sebab dengan Istikharah, InsyaAllah kita akan bertemu dengan 'jawapan'.
'Jawapan' pula pelbagai bentuk.
Ada orang kata, jawapan tu dari mimpi. Ada orang kata jawapan tu dari rasa, ada orang kata jawapan tu kekadang 'korang akan selalu terfikir sesuatu benda tu berulang - kali'.
Banyak je tips yang korang boleh google lagi. Sekian 6 tips ringkas.
Last but not least, apa yang aku boleh cakap. Jangan biarkan perasaan ragu - ragu tu ada dalam hubungan. Jangan sama sekali. Kalau dalam hubungan, each other kena main peranan. Bukan seorang. Kalau kata nak kahwin, make it effort dua - dua. Bukan sekadar cakap, tapi please show effort sama - sama.
Kalau korang lebih banyak ragu dari percaya kat pasangan korang, selidik dulu kenapa korang rasa ragu. Benda tu toxic. Kalau boleh, discuss. Sebab mesti ada sebab kenapa korang rasa macam tu. Ragu - ragu tanpa sebab, mustahil.
Apa pun, take care your heart. Take care yourself.
Nasihat pada diri sendiri juga.
Nak tahu org tu suka ke tak pun saya google 😂 thanks for the tips
ReplyDeleteDulu pernah jugak dia janji nak kahwin dgn sy. Last2 dia tinggalkan sy. Sy redha. Mungkin dia bukan jodoh yg terbaik utk sy.
ReplyDelete