Assalamualaikum, =D
PKP. Lockdown.
Bila kat rumah, kadang - kadang tak tahu nak buat apa. Bosan. Hilang arah. Stress. Bila terlalu hadap telefon pun pening, asyik dok hadap facebook, instagram, twitter, atau youtube. Ye, huda pun kalau dah bosan sangat hadap je Facebook, Instagram, kekadang tengok posting orang. Sampai cakap, hello you got your own life kot. Terus off data, ulang - alik pergi ruang tamu, join family tengok TV. Buat kerja rumah, masak, hurm lagi apa?
Macam itulah aktiviti harian bila di rumah. Tak boleh buat apalah, dengan kes semakin meningkat kita tabahkan jelah hati masing - masing ye dok rumah.
Kadang - kadang, huda 'gagahkan' jua hati ni untuk menulis dekat blog, since I have a blog. Walaupun sebenarnya time bosan tu, idea tak ada nak menulis tapi kekadang dengan menulis, boleh 'boost' mood huda.
Jom menulis dekat media social atau blog!
1. Baca buku dan review
Kalau korang baca buku, korang boleh share apa yang korang dah baca dekat laman social, atau blog.
Dekat situ, dah dapat satu benefit. Benefit, sharing something dengan orang.
Baca juga : review novel byfarahh
2. Share resepi dekat Instagram, Facebook atau blog
Masak - masak juga, mana tahu korang boleh share resepi - resepi korang tu dekat media social, atau blog.
Contoh, macam khairulaming buat. Tak buat video pun takpe, korang just boleh snap gambar dan tulis resepi korang.
p/s: kalau nak ambil gambar kena tempat yang terang - tips nak ambil gambar dekat rumah.
3. Sharing experience (dengan buat throwback story)
Dengan beberapa keping 'photo', korang boleh tulis satu kisah throwback. Contohnya, korang pernah pergi travel, korang boleh share experience korang kat situ.
Kalau korang nak tahu, ini antara merupakan cerita throwback yang paling aku rindu!
Aku ada cerita kisah mereka dalam blog aku. Banyak.
Baca : Life seorang student
4. Home deco
Sekarang ni pun trend, orang share photo before and after home deco. Serious, huda suka sangat tengok. Lagi - lagi yang minimalist punya. Ah, love sangat love sangat yang minimalist tu.
5. Review Drama/Movie yang korang suka tengok
Tips dia, review drama - drama yang tengah hot dan ramai orang nak tonton. Kekadang orang mencari juga. Huda pun kekadang kalau datang mood nak review movie/drama tu, huda tulis je kat blog. Sebab drama tu, huda suka tengok.
Iyelah, kita nak menulis ni mestilah kita tulis apa yang kita suka. Betul tak?
6. Sharing apa yang korang nak sharing.
Korang boleh je share pasal personal life korang. But please don't too personal.
Actually banyak lagi yang korang boleh keep sharing. Bila kita keep sharing, kadang - kadang secara tak langsung korang dah bagi idea dekat orang yang baca status atau blog korang.
Kalau korang keep sharing, lepas tu ada orang sotset sotset, tu ignore kan aje. Asal korang dapat share apa yang korang rasa bermanfaat.
Hahaha kantoi dah, nilah antara media social yang huda suka buka.
Errrr, Petronas tu atas urusan 'kerja' ye. Memang kekadang standby je kat rumah. Maklumlah, kita kan staff operation.
Huda ni, hantu "marathon" drama/movie gak. Kalau dah datang time marathon, memang tak layan orang. Kihkihkihhhhkihhh.
- tips create blog for newbies
Tips nak consistent menulis
Takde tips. Kena ada passion. Kalau dah ada passion, kekadang kena 'push' juga diri write something. Untuk lebih consistent, kena rajin membaca sebenarnya. Barulah ada idea banyak, lebih lagi bab bila nak mengolah ayat tu.
Anyway guys, take care. Kita jaga kita.
Keluar rumah, bila keluar sahaja. Pakai double mask. Take care dear =D
Bosan2 menulis blog jgk
ReplyDeleteye betul. walaupun simple sanggup
Delete