Tak bahaya ke pergi jumpa dentist time tengah sibuk kes COVID19

Farah
5
Assalamualaikum,

Alhamdulillah selamat pasang fixed bonded retainer yang tercabut. Aduhai, dia boleh pula tercabut guys after sebulan aku fix hari tu. Then nak kena fix semula ni, padahal appoinment lagi 6 bulan. 

Tapi nak buat macam mana, dah tercabut kenalah pergi pasang semula retainer aku tu. 

Kalau tak fix, fixed bonded retainer apa jadi? Nak cakap pun, tak selesa. Ada pelat sikit, kalau cakap. Sebab ada gangguan fix bonded retainer tercabut. Nak makan pun, susah, terganggu, tak selesa. Itu yang terpaksa juga jumpa doctor. 

Tak bahaya ke jumpa dentist time tengah sibuk kes COVID-19 - byfarahh.com
Ok ni antara jenis - jenis retainer yang kiteorang dok pakai lepas buka braces. 

Kena pakai supaya, gigi tak gerak semula. 

Macam mana keadaan fixed bonded retainer kalau tercabut?
Kalau tengok pada gambar tu, dia diikat dengan baik. So bila tercabut, gam akan loose. Jadi fixed bonded retainer tu, akan naik ke atas. Keadaan tulah agak menyukarkan, nak makan, nak cakap, sebab ada gangguan kat situ. 

Berapa cost pakai retainer? 
Aku tak tahulah. Sebab sekali bayar buat braces hari tu. So dah include sekali. 

Cuma kalau Clear Plastic Retainer aku hilang, tu kena tambah cost la. Hope tak hilang ah, mahal oi. RM400 kot sekali buat. 

Tak bahaya ke pergi jumpa dentist time tengah sibuk kes COVID19
Kalau fikir bahaya, memang lah bahaya. Tapi kalau dah tak boleh tahan, kena juga jumpa doctor. Huda dulu pakai braces, kerap juga tau sakit gigi. Sebab COVID19 kes, huda banyak delay. Padahal kena jumpa sebulan sekali masa tu. Tapi huda delay, sampai sakit - sakit and bengkak kot. Nak tak nak, huda kena jumpa juga. 

Terpaksa. 
Bukan kita tak takut. Takut. Lagilah huda jenis keluar bekerja, and kerja huda dalam bidang "essential service", means memang kena bekerja kat office. 

Kat situ dah seram. Apa boleh kiteorang buat, jaga SOP. 

Kalau jumpa doctor, memang kat klinik pun really tight SOP dia. Klinik kan? So yakin juga kat situ. 

Apa pun, sebelum pergi doa dan tawakal. 

Yelah, pergi klinik bukan suka - suka. Sebab nak buat rawatan.

Sakit gigi, kalau boleh tahan. Tahan. Kalau tak boleh tahan, cepat - cepat jumpa doctor. Jangan delay. Sebab kalau delay, takut melarat. 

Contoh, maybe gusi bengkak sebab gigi berlubang je. Sekali bila korang keep delay, tetibe kena cabut, atau buat rawatan akar. Dah incured cost lebih kat situ. Sebab tu huda tak suggest, sakit gigi tahan - tahan. Sebab huda dah pernah alami situasi ni. 

Kalau nak pasang retainer, jumpa doctor/dentist bertauliah
Lately, aku ada nampak iklan - iklan, di mana korang just boleh pakai Clear Plastic Retainer dan beli online je. Hurm, huda sangat tak suggest korang beli online. Kalau kat klinik gigi takpe, at least korang dapat consultation. Tapi kalau beli online, huda tak suggest. Please, no.

Apa - apa memang huda suka suggest, mintalah consultation doctor. Sebab tak semestinya gigi kita ni, sesuai dengan retainer. Biar doctor yang bagi consultation dulu. Macam huda, huda memang kena buat braces, then barulah pakai retainer. 

At least kalau pakai braces/retainer dengan dentist, dapat consultation dan adalah service bulanan yang doctor bagi. Kalau beli online? Macam mana nak dapat service bulanan? Sangat terjamin kalau buat dengan doctor. Confirm.

Hampir 4 tahun pakai braces, barulah huda pakai retainer. 

Jujur cakap, pakai retainer lagi payah nak jaga dari pakai braces. Sebab fix bonded retainer tu, kedudukan dia belah dalam tau. So kalau tercabut, memang kena terus je jumpa doctor. Padahal makan, takdelah ganas sangat. Makan kerepek pun jarang. Entah, nak tercabut dah kot. 

Anyway guys, take care tau. 


Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. doakan ain lepas ni ade rezeki nak cantikkan gigi pulak ehk... nak sangat gigi sihat , bersih dan cantik .. lagi lahh tambah confident nantii .

    ReplyDelete
  2. rabia ada appoinment dgn dentist sebab nk scalling gigi tp i minta tunda. sebab syarat dia kena buat swab test . i tak nak. dr just pesan kena jaga gigi je lah. bila sakit bru pergi kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lama sangat tunda tau. Moga cepat sembuh.

      Delete
    2. InsyaAllah setakat ni ok je Gigi .

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !