Berbaloi ke sambung belajar lepas SPM

Farah
2
Assalamualaikum, =D

Berbaloi ke sambung belajar lepas SPM? Persoalan kepada jawapan ni, ada pada diri kita sebenarnya. Terpulang pada diri kita, sama ada nak teruskan, ke tidak. Peluang tu, kita tak nampak sekarang. Tapi mungkin satu masa akan datang, yang kita tak jangka. 

Jangan fikir, "ala, tak sambung belajar pun boleh berjaya,". Yes, betul. Bila dah kerja, huda nampak je benda ni. Tapi pada huda, tetap ada perbezannya. Misalnya, tangga gaji berbeza walaupun level assistant, once korang graduate. Lepas graduate, jangan lah awak aspect nak terus gaji besar. Paling tak pun minima tangga gaji, setera dengan level study korang. Salah satu sebabnya, korang masih tak ada pengalaman kerja lagi. Dan tengok juga, industri mana korang bekerja. 

Kalau tanya pada huda, huda memang akan suggest untuk korang sambung belajar, kalau ada peluang tersebut. Terpulang pada pilihan masing - masing. 

Berbaloi ke sambung study lepas SPM | Kepentingan sambung study

Kepentingan belajar. 
Kepentingan belajar ni, antaranya dapat tambah ilmu, peluang capai cita - cita. Misalnya nak jadi cikgu, then kita masuklah IPG, atau universiti - universiti yang menawarkan kursus tersebut. 

Tapi pada huda, tak rugi pun kalau korang sambung belajar. Kalau korang fikir 'rugi', macam mana korang nak capai cita - cita korang?

Belajar ni, kita gain knowledge dan experience

Dan yang dapat peluang belajar, sila belajar betul - betul sampai graduate. Jangan dok main. Jangan fikir, ala kalau repeat paper nanti extend ler semester. Oh jangan ye. Repeat paper, bukan satu pengalaman yang seronok tau. Malah, bila repeat paper, korang kena extend semester.


Berbaloi ke sambung belajar lepas SPM | Kepentingan Sambung Belajar

Macam mana pula, kalau kita belajar tapi kita tak kerja dalam bidang tersebut?
Untuk umur adik - adik, jangan pandang perkara ini sebagai satu isu yang sangat besar. Lepas SPM, adik - adik terus fikir dua benda sahaja. Nak belajar, atau kerja. Atau nak kerja dulu, lepas tu sambung belajar. 

Terpulang kepada adik - adik, untuk menentukan lorong kehidupan masing - masing. Tak semestinya GAGAL SPM, korang tak boleh sambung belajar. Boleh. Mungkin entry ni, boleh bantu korang - pengalaman sambung belajar selepas SPM.

Kalau ada peluang sambung belajar, mohon sambung jer. 

Kalau belum ada peluang sambung belajar, its ok tak apa. Kerja dulu. Simpan dulu cita - cita korang, kalau ada peluang di masa depan nanti, korang terus sambung belajar dengan buat part time. 

Bezanya belajar part time ni, korang kerja + belajar. Kat sini dia struggle sikitlah. Korang ada 2 commitment. 
Kalau full time belajar, korang just fikir belajar sahaja. Tak fikir commitment kerja. 

Apa pun itu pilihan korang.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sambung belajar dulu . Lepas tu bru fikir pasal kerja

    ReplyDelete
  2. yup, ikut hati dan impian masing2..rancang mana yang terbaik untuk diri dan keluarga..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !