Cara aku buat poster atau edit gambar dengan Aplikasi Canva

Farah
3
Assalamualaikum =D

Dulu aku jenis edit header blog guna photoshop, since aku punya software entah ke mana (sebab laptop lama rosak), jadi now aku pilih canva sahaja untuk aku edit header, poster, or anything. 

Just a simple step. 

Cara buat poster dekat Canva

1. Kena ada storyline dulu. 
Dengan adanya storyline, ianya akan memudahkan korang nak create any simple design. 

Contoh macam huda jenis buat header blog sendiri, biar pun simple. Huda akan fikir dulu apa yang huda nak letak kat header (walaupun header blog huda tersangat simple). 

Cara aku buat header blog dengan Aplikasi Canva

Cara aku buat header blog dengan Aplikasi Canva
Contoh header blog yang pernah huda buat dekat canva. Nampak simple je gitu.

p/s: huda memang jenis keep tukar header blog. Ikut mood. 

2. Pilih background
Ada variety of background yang korang boleh pilih. Just name it dekat tempat search background tu, then korang pick je mana - mana design background yang berkenan kat hati korang. 

3. Pilih Element
Ada macam - macam jenis element yang korang boleh pilih. Pilih based on storyline korang. Design macam mana yang korang nak show dekat audience korang, yang menggambarkan apa yang korang nak story secara ringkas. 

4. Kombinasi warna
Ini pun pening. Kombinasi warna ni sangat penting dalam design. Nak terangkan secara details huda tak tahu sangat, cuma personally huda suka main dengan kombinasi sesetengah warna dekat canva tu.

Kombinasi warna juga, dapat menarik audience korang.
Contoh, huda suka pilih warna pastel atau warna soft dalam setiap design huda. Huda dah ada beberapa colour pilihan.

5. Try and error, match this and that.
ok part ni, kena main dgn element, dan warna supaya bersesuaian dengan entry atau storyline kita.

Aku memang jenis semua try and error match itu dan ini,  supaya storyline dan design senada. Dan message tu sampai.

Cara Buat Poster dekat Canva - byfarahh.com
Ini antara poster yang huda create dekat canva, based on storyline yang huda nak sampaikan dalam entry

Dalam poster ni, huda selitkan semua tips yang huda share dengan korang (tips - tips seperti di atas). Semua element yang huda guna, ada dalam canva. Untuk design ni, huda guna background warna je. Tak nak guna background gambar. 


p/s : tips more easy user. Please subscribe kepada canva premium, supaya korang lebih mudah nak edit itu dan ini. Yang tak premium korang just dapat basic je. Tapi premium ni double triple best. nak explore canva pun tak limited.

InsyaAllah, kalau ada masa huda buat tutorial one by one pula. Tunggu ada idea, hehhee.

Selamat mencuba guys =D

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !