Assalamualaikum, =D
Oh yeah dapat new t-shirt JDT blogger yang cantik. Mostly kiteorang pilih design dan warna dia ala - ala JDT. Baru la nampak Johorean gitu.
Warna tema Johor kan, Merah Biru. Semangat, hahhaa.
Pergi COD pakai baju baru,
Design kat lengan dia pun cantik.
Kain dia pun selesa jer nak pakai, sebab jenis Jersi (atau Micro Fibre).
Kalau nak cakap tentang kain jenis Micro Fibre, atau Jersi ni dia ada banyak jenis juga. Untuk details kena tanya kedai printing.
Design Bahagian Depan
Design Bahagian Belakang
Untuk setiap design dekat JrigGear, korang boleh pilih shortsleeve, longsleeve, dan baju muslimah.
Mine is baju muslimah.
- Design dia memang catik - cantik, huda pun rambang mata kot. Korang boleh singgah laman web Jriggear untuk tengok design lain.
Personal Review About the Baju
- Untuk baju huda dapat ni, kain dia tak panas dan selesa untuk di pakai.
- Kain jenis Microfiber Eyelet
- Untuk muslimah, huda sarankan pakai inner kat dalam untuk lebih selesa.
- Untuk lelaki, dah kira ok.
- Kalau basuh, warna dia tak luntur. Design dia, masih kekal cantik (untuk design ni, sebelum order kena tahu, diorang guna printing jenis apa. Nanti tulisan tu effect tak masa basuh).
Kalau nak tahu, Jriggear ni dia guna Teknik Sublimation Printing.Normally kedai printing memang akan guna tek nik ini.
Apa itu Sublimation printing?
Sublimation Printing ni, adalah teknik mencetak yang digunakan oleh kebanyakan syarikat printing. Teknik ini, merupakan kaedah pencetakan yang melibatkan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (yang juga dikenali sebagai Sublimation Printing).
Maksudnya, selepas mereka buat design dekat computer dengan menggunakan app khas, dengan skills dan teknik para designer, barulah mereka akan buat teknik sublimation ni.
Selepas siap process sublimation tadi (pemindahan design dari printer ke atas kertas khas, mereka akan pindahkan design tu ke material product pula. Contoh, mug, baju, dan sebagainya. Teknik pemindahan design dinamakan teknik pemanasan & tekanan (head press). Teknik head press, akan menjadikan dakwat khas (sublimation ink), bertukar kepada gas melalui proses pemejalwapan, seterusnya diserap masuk ke dalam material product.
and me wearing the new baju.
Semangat ok dapat baju tshirt baru.
p/s: Korang boleh pilih nak letak tulisan apa, contoh kiteorang pilih letak tulisan "JDT Blogger".
Short video,
More info :-
Instagram - https://www.instagram.com/jriggear/?hl=en
Facebook - https://www.facebook.com/Jriggear/
Website - https://jriggear.com/
Cantik baju
ReplyDeletehehehe betul tu
DeleteCantik design tshirt tu . Satu lagi material microfiber ni memang best sgt tak panas
ReplyDeletebetul, memang tak panas. selesa
DeleteLawanyaaa bajuuu..jeles!!
ReplyDeletehehehee, baru ler nampak johorean situ :P
Delete