Bila orang tu hadapi ujian, support dengan kata semangat

Farah
3
Assalamualaikum,

Hai korang. Ujian. Test. Masalah. Setiap orang tak lari, dari ujian/masalah masing - masing. Bila orang hadapi sesuatu ujian, kita support dengan kata - kata semangat. Mungkin hanya sebaris dua kata semangat, selebihnya kita doakan mereka kuat.

Teringat sebaris ayat dari seorang kakak, "kita tak tahu, bila susah kita. Setiap orang perlu ada sifat humanity, cuma tengok pada orang tu,".

Aku teringat kata - kata beliau. Sikit je dia cakap, tapi dah double meaning.

Bila orang tu hadapi ujian, support dengan kata semangat


Betullah lecturer aku pernah cakap dulu, bila kita dewasa, punya tanggungjawab, bekerja, kita akan tengok pelbagai perangai manusia. Perangai yang kadang - kadang, kita tak dapat tafsir. Kadang - kadang, kita tak perlu fikir.

Aku selalu cakap kat diri aku, "let them settle their problem,".

Walaupun, kadang kita manusia banyak benda kena buat, banyak benda kena settle, banyak benda yang kita selalu rungutkan. Banyak perkara yang selalu kita kata tanpa sedar/sedar. Walaupun ada perkara, yang kita rasa tak boleh terima dek akal.

Tapi akhir sekali, kita biarkan mereka settle masalah mereka. Siapa kita nak judge.
Begitu juga kita, jika kita punya masalah. Mereka hanya melihat, sokong, dan mendoakan.

Aku ada tengok video Aiman Azlan, last two days. Aiman ada cakap dalam video tu, "Apa pun keputusan yang kita ambil, apa pun perkara yang kita buat. Sama ada baik, atau tidak, kita perlu hadapi risikonya. Sama ada ianya, risiko baik, atau sebaliknya,".

Kadang - kadang, bila ada orang hadapi ujian. Aku rasa tu ujian untuk kita juga. 

Apa pun, moga kita tabah dalam menghadapi ujian. 

Take care.

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. setiap ujian yg kita dpt tandanya Allah sygkan kita.. smoga kita smua tabah hadapi segla ujian..

    ReplyDelete
  2. Bila ada masalah kita sangat perlukan ruang untuk tenangkan diri sendiri dan mencari solusi terbaik..dan ada masa yang tertentu kita sangat harapkan sokongan dan doa daripada orang lain. Begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Setuju! Dan kadang kadang tak tahu nak komen apa bila dengar masalah orang, tapi cuba jadi pendengar terbaik untuk someone luahkan apa yang dia rasa bila diuji...Bila dia down sebab ujian yang diterima. Moga tabah selalu yeee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !