Assalamualaikum =D
Hai korang. Lepas dok bebual dalam whatsapp, so ni nak menulis pula dekat blog. Fuh. Hari ni kemahen, aku ter - throwback. Kisah dia macam ni, actually aku memang nak throwback satu gambar. Tapi gambar lain, yang aku nampak. Gambar - gambar masa zaman muda dekat Universiti. Maka entry kali ni, diary huda throwback gambar masa zaman Universiti.
Ok ni gambar masa zaman muda. Gambar masa zaman kurus. Gambar masa belajar. Rasanya ni final year, semester 5 tak silap aku.
Masa ni kat library, Uniten Muadzam Shah.
Ni pula abah amik gambar candid masa zaman aku convo. Tahun 2017.
Actually banyak gambar aku throwback. Jenis aku, kalau nak throwback, mesti buat story haha.
Sorry laaa ter boom/spam dekat story Instagram dan whatsapp. Kihkihkihhhh..
Lepas Convo kan, kekonon dah habis study. Baling la topi. Lepas tu kutip balik haha.
So ni gambar candid masa tengah amik topi, yang sengaja dijatuhkan.
Baca juga : Posting Favourite masa zaman study.
Masa ni kebetulan adik aku ada kerja area Kuantan. Alang - alang study kat Muadzam Shah. Aku lari kejap pergi Kuantan, spent time dengan adik dekat Kuantan.
edit sikit assignment dekat hotel, tempat adik aku menginap.
Full story, here - tekan sini.
Dulu kalau drive jauh. Nilah habit aku.
Air dan gula - gula mentos. Cukuplah jadi peneman aku drive, supaya tak ngantok.
Orang kata, kalau lapar makanlah. Time aku driving, aku tak suka makan. Kecuali air dan gula - gula, jadi peneman aku driving.
Pernah drive malam - malam, convoi dengan adik sedara balik ke JB. Gula - gula nilah, yang buat aku hilang ngantuk. Samping tu, baca juga ayat kursi sepanjang jalan. Seram oi, lalu dekat jalan Mersing memalam, dah la sorang dalam kereta.
Rindu pula nak travel jauh - jauh.
Last drive jauh pergi Melaka. 2 tahun lepas, hahaha.
Pesanan : Ciptalah kenangan banyak - banyak bersama kawan, time korang study. Nikmati zaman study betul - betul. Layari zaman study ni betul - betul. Percayalah, time kerja korang memang stuggle gila. Time kerja, korang dah start pegang banyak commitment. Time kerja, korang dah fikir lain. Tapi satu hari, korang akan rindu zaman study.
aahh ain dulu pun drive jb-kedah memang standby gula2 ngan air masak.. nak hilang ngantukk..pastu pasang radioo karokssss. kuat2 🤣🤣🤣
ReplyDeleterindunya zaman study.. zaman tu la paling best sbnrnya.. haha..
ReplyDeletebetol la kalo nk throwback gmbr kena ade story.. baru la best berthrowback.. kikiki
rindu kan.. sbb tu lah selagi kita boleh cipta kenangan, buat lah banyak2.. busyra pun rindu zaman study.. hmm
ReplyDeleteAda juga gambar untuk tatapan masa akan datang .
ReplyDelete